Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Khamis, 28 November 2013

Bicara perihal SYAITAN... : SENJATA SYAITAN...Apakah senjata syaitan yang digunakan untuk memerangi manusia??

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum...subahanALLAH, alhamduLILLAH, ALLAHU akhbar.... masyaALLAH, segala puji bagi Allah Taala sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan alam Nabi Muhammad s.a.w keluarga serta sahabat sahabat baginda.Sudah sekian lama menyepikan diri dengan izinNYA rasa semangat untuk menambahkan koleksi bacaan dari hamba yang masih faqir ini.

Berdasarkan al-Quran senjata  yang digunakan oleh syaitan untuk memerangi manusia boleh disimpulkan kepada tiga perkara :

1.Menghiasi kejahatan agar nampak baik.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
 "Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang telah mereka lakukan." ( an-An'aam 43)
salah satunya rasuah

2. Menyesatkan manusia dari kebenaran. 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, "Kecuali di antara zuriat zuriat Adam itu hamba hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik" (al-Hijr 39-40)
antaranya adalah berzina

3. Banyak angan angan
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong ; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata mata." ( an-Nisa' 120)


Persoalanya : Bagaimanakah manusia boleh selamat di dalam peperangan dengan syaitan?

Sesungguhnya dengan rahmat Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul rasul a.s. kepada manusia dan menurukan bersama petunjukk, jika manusia berpegang dengan petunjuk tersebut nescaya syaitan tidak akan berjaya menyesatkannya, firman Allah s.w.t :
"Kami berfirman lagi :"Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada-KU (melebihi Rasul rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."....       (al-Baqarah 38) 
 Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari syurga itu, bersama sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengah yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara." (Thaha 123)
"Sesungguhnya hamba hamba Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). "Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu)." (al-Hijr 42)

Malahan syaitan telah membuat pengakuan bahawa hamba Allah s.w.t. yang ikhlas tidak akan dapat disesatkannya, 
Firman Allah s.w.t
"Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, (maka demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriat zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka smeuanya, "Kecuali di antara zuriat zuriat Adam itu hamba hamba-Mu yang ikhlas (dibersihkan dari sebarang syirik)."...(al-Hijr 39-40)
Segala puji pujian bagi Allah s.w.t yang telah memberikan hidayah-Nya untuk menyempurnakan penulisan ini. 
 
 
 
 
 

1 ulasan:

  1. No Deposit Casino 2021 – Deposit Bonus for $10 Free at MGM
    This will ensure 시흥 출장안마 you 통영 출장샵 have the funds 원주 출장마사지 you need to deposit and claim your 거제 출장마사지 no deposit casino bonus with the nodeposit.org site. The site is a great online 구미 출장안마

    BalasPadam