Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Rabu, 9 Februari 2011

TOK BOMOH dah bertaubat??!!

gembar hiasan.

Assalamualaikum... Subahannallah... lamanya saya tak lihat blog... dah hampir 4 bulan, inilah dia sifat kekurangan yang ada pada diri .. Maaflah sekiranya kekecewaan yang melanda kepada para pelawat pelawat blog.

Selama 4 bulan dah tak cerita pasal rawatan, tapi bukan bermakna saya tak merawat atau sebagainya, malah usaha mengkaji teknik teknik supaya memudahkan lagi dalam rawatan... Tiap tiap hari ada rawatan.., cuma bila nak dikongsikan di dalam blog, dihalang oleh kekurangan  pada diri saya ( nak cakap malu )..

Sejak dua menjak ni Akrine Segamat dikunjungi ramai pesakit..., ...rezeki kot??... sampai dah tak terlayan hampir 40 org sehari... saya bersama Utz Amli membantu mereka yang menghadapi masalah gangguan makhluk halus (jin).. Jadi siapa siapa yang sudi berkhidmat di AKRINE SEGAMAT dipersilakan 100%...



Aktiviti sepanjang 4 bulan lepas, berikut adalah perkara yang saya telah lakukan termasuklah :
  1. Mengkaji teknik supaya memudahkan dalam rawatan.( dah ada 4 tp tak dikongsikan lagi )
  2. Pengalaman merawat 2 tok bomoh yang bertaubat nasuhan.
  3. Merawat sambil memancing di Tasik Bera Pahang.
  4. Terlibat dalam Rawatan Perdana di Kg Sungai Buaya.
  5. Bertugas sebagai perawat semasa PRK DUN TENANG.
  6. Membantu menyelamatkan mangsa banjir. Ziarah mangsa banjir di Segamat.
  7. Merawat di Pusat Rawatan dan dirumah bagi mereka yang tidak boleh hadir.
 kisah kisah ini tak dapatlah nak dikongsikan... cukup dengan ini saja, saya sedar betapa besarnya Allah itu dan betapa jahilnya diri saya..  sebenarnya seronok menjadi perawat... anda bila lagi??

Nak cerita jugak ker??... insyallah dengan izin Allah... maka saya hanya cerita secara ringkas tentang pengalaman merawat seorang warga tua yang sudah 45 tahun menjadi bomoh.. mereka ni suami isteri... anak mereka semua ada saka... saya hanya pergi seorang diri.. sambil melangkah kerumahnya membaca BISMILLAHI TAWAKKAL TU A'LA ALLAH.. tak henti henti... masa tu bawalah keperluan seperti beg yang saya sandang warna hitam, didalamnya ada serban 3 helai, garam bukit, minyak hitam kasturi, spray dari Akrine, dan alatan lain.. dengan berjubahkan pakaian serba hitam.. pun macam tok bomoh tu jugak.. tp kupiah je putih...

Sampai pintu pagar rumahnya, saya lihat dah ramai orang, rupa rupanya anak cucu dia... tp yg balik hanya 3 keluarga jer.. yang lain sibuk... ye lah tu... masuk jer dalam rumah terasa gerun pulak sebab gelap, dalam hati terdetik... kena terkam pulak ni kang,sebab mereka semua sakit... Kaedah pertama saya spray dulu supaya udara kat rumah tu segar... selepas tu saya minta semua ambil wudhuk... sambil tu saya ruqyah satu jag air dan ditambahkan sedikit garam bukit warna merah.... selepas mereka bersiap untuk di RUQYAH saya bagi mereka segelas air... kebiasaan selepas minum saya terus anjurkan mereka baca TEKNIK BISMILLAH 21...  dalam pada itu juga saya terus baca ruqyah... 8 orang disusun termasuk cucu tok bomoh tu, sorang je tak tumbang... ruqyah tak lama pun baru sikit jer... Alhamdulillah Allah mudahkan usaha saya yang pertama...

Saya mula mengesan jin yang duduk dalam anggota badan... dengan ikrar "wahai jin yang duduk dalam tubuh manusia, gementarlah kamu, sebaik aku baca kalam Allah supaya manusia ini diperlihara oleh Allah..." ( baca Al Baqarah 137 sebanyak 21 kali )... ada yang kaki gegar, ada yang tangan gegar, ada yang kepala dan badan.. kalau tgk masa tu tak macam orang... macam sotong pun ada... Maha Suci Allah..

Saya teruskan bacaan ayat2 dakwah pula... sebenarnya mereka ni bukan saja ada saka... malah keluarga mereka disihir dari Tok Moh lain kerana atas sebab menganggu periuk nasi dia... jadi bercampur aduk... Dalam kaedah merawat ramai pesakit saya sentiasa berdoa pada Allah supaya segala teknik serangan atau apa pun adalah untuk semua pesakit.... kejadian pada masa kritikal semasa merawat, saya diserang angin dan 3 tikaman di belakang seperti dicucuk jarum.. masa tu lah keluar peluh jantan kerana terasa tenaga patut dikeluarkan...  saya belasah terus jin yang ada guna serban, tekan dan baling...

Rawatan masa tu mengambil masa sehingga 5 jam... akhirnya saya menemui jalan untuk selesaikan perkara ni... bila pesakit ramai muntah saya minta barang lama dalam rumah itu dikeluarkan... tak lama kemudian barang barang kepunyaan isteri dan tok moh tu dilambakkan di hadapan saya.... Beristighfar panjang... akhirnya saya musnahkan menggunakan bismillah 5 dan bakar... keris sebanyak 7 bilah dikosongkan...

Mereka sedar semula sebaik jin dalam badan keluar... ada jin yang tak larat nak jalan, saya sediakan kuda, ada yang nakkan pasangan, saya adakan pasangan, ada yang nak hidup berkeluarga... saya sediakan rumahnya.... dan macam2 karenah masing2...

Bersyukur pada Allah kerana urusan saya dimudahkan... dan akhir sekali TOK MOH tu berikrar dan berjanji tak nak buat lagi...  amin..

Biiznillah...