Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Khamis, 13 Oktober 2011

Rawatan di Kajang : Pesakit yang menghidap Penyakit barah mulut setelah 7 tahun..

"ya Allah permudahkankah urusan ku.."

Alhamdulillah, kami bersukur serta sujud syukur setiap kali pesakit kami mendapat kesembuhan dari Allah.. dan kesempatan ini saya nak kongsikan pengalaman iaitu seorang suami menghidap penyakit pelik selama 7 tahun. Keadaan mukanya seperti menjadi dua, iaitu ianya membesar pada sebelah kiri dan hidung dan mulut menjadi lebar, disamping itu juga ianya mengeluarkan bau busuk, jika sesiapa menghampirinya pasti akan berbau sesuatu.

Saya dan Ustaz Amli sampai kerumah pesakit ini pada selepas Asar, kami dijamu hidangan petang dan dalam pada itu pesakit menceritakan pengalaman dan ikhtiar yang telah diusahakan selama ini,  secara kesimpulannya tiada apa sebarang kesembuhan.

Hampir jam 6.00pm saya mulakan rawatan. Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman saya terus memanggil isterinya duduk disebelahnya. "Puan izinkan saya merawat puan?, dan sabar yer puan, keatas apa yang berlaku semasa rawatan ini."..."tapi kenapa saya dipanggil, dan kenapa nak rawat akak pulak?,.. saya tak sakit.."(isterinya). .."baiklah puan hanya duduk diam saja yer dan dengar bacaan saya, puan boleh tutup mata sekarang.."(saya)...

Rawatan
Seperti biasa rawatan dengan menggunakan ayatul Ruqyah asas dan semasa tiba ayat ayat sihir badan dan tangannya mengeletar, tetapi saya masih bacakan ruqyah... sehingga terjadinya dialog dengan jin yang berada dalam badan puan itu tadi..."siapa kamu" dari mana kamu datang?"(saya)...."aku disuruh,"(jin)... "apa yang kamu dah buat pada suaminya?"... "aku telah letakan pasir, paku, batu dan barang2 kotor pada muka suaminya."(jin)... "wahai jin dengan izin Allah ambil semula barang sihir itu..".. maka jin itu mengambil menggunakan tangan kanan puan itu tadi.

Rawatan tamat setelah menjelang maghrib, tetapi wajah suaminya masih lagi seperti tiada apa yang berlaku, kami hanya beritahunya supaya bersabar setiap musibah yang dihadapi...

3 hari berlalu.
Kami mendapat sms dari keluarga berkenaan menyatakan luahan jutaan terima kasih dan bersyukur tak terhingga kerana perubahan wajah suaminya seperti sediakala.

Biiznillah...

Di Pusat Rawatan :..."disini boleh tak buat rawatan kanser payu dara..?"... Insyallah

"..Ya Allahu Ya Robbi.."





Bismillahir rahmaan nir rahiimm... seorang isteri dalam keadaan muka pucat datang bersama suaminya untuk bertanyakan rawatan,.."maaf yer disini boleh tak buat rawatan kanser payu dara?".. namun saya raikan kedatangan mereka dengan memberikan jawaban.. insyallah..

Terlintas pula dalam fikiran, mereka yang diberi ujian penyakit, bersungguh sungguh untuk ikhtiarkan kesembuhan. Bagi mereka yang ada roh agama ok lagi tetapi jika sebaliknya hukum hakam ni habis dilanggarnya kerana asalkan ada kesembuhan.

"Bagaimana rawatan dengan hospital? (saya)... "saya sudah pergi dan masih menjalankan pemeriksaan, namu hati saya ingin mencuba rawatan alternatif.. jadi saya pilih rawatan Islam"( pesakit ).... "dah berapa lama akak sedar penyakit ini?"... "baru jer..dan akan menjalankan pembedahan.."( pesakit )... "Insyallah kak, maka sama sama lah kita bertawakal pada Allah kerana semua ini adalah urusanNya.. saya hanya bacakan quran dan mendoakan kesembuhan kakak.. namun saya harap akak perlu banyak bersabar yer..." (saya) ..

Sessi RUQYAH
Semasa proses ruqyah terhadap pesakit ini telah mengalami kesurupan, tangan dan kaki mengigil, tetapi tangan di sebelah kanan lansung tidak dapat dikawal sehingga memukul kepalanya sendiri.. setelah memaksa dan bertanyakan jin itu datang dari mane, ternyata yang berada dalam badannya adalah jin sihir. tanpa berlengah lagi saya menyuruh jin itu mengambil barang sihir dan memuntahkan segala racun atau bisa yang ada dalam badannya... rawatan ini mengambil masa 2 jam kerana mangsa tidak sedarkan diri, sambil tu tangan di kirinya mengambil barang sihir pada dadanya.. sempat saya melihat wajah suaminya ketika itu kelihatan sedih dan asyik menggelengkan kepalanya..

Pembantu Perawat
Di pusat rawatan kami, terdapat pembantu perawat yang bertanggungjawab membantu dalam rawatan, membantu pesakit, menyediakan tempat yang selesa kepada pengunjung, menyediakan kelengkapan semasa dalam rawatan, dan ada yang boleh beri khidmat nasihat.. Paling yang saya suka peranan mereka ini adalah untuk menyabarkan pesakit dan keluarga pesakit. Bagi saya sememangnya penting mempunyai pembantu perawat.

Setelah 2 jam merawat, pesakit telah sedarkan diri dan keadaan seperti tidak bermaya dan keletihan. Proses rawatan ini akan diulang semula pada hari lain..

Saya nak kongsikan pengalaman lain pula apabila saya merawat penyakit barah otak, luekimia, kekurangan darah merah, tekanan darah rendah, pasti ada kesurupan.. apakah penyakit fizikal semuanya adalah disebabkan gangguan jin?... tentu tidak kerana ada juga saya pernah merawat ketumbuhan yang berada dalam rahim tiada kesurupan setelah scanning dijalankan..

Insyallah.. semua ini adalah urusan Allah kita hanya mendoakan sahaja..biiznillah..

DI PUSAT RAWATAN : ..saya datang ni untuk rawatan anak saya....

hiasan



Alhamdulillah bersukur saya ke hadrat Allah Ta'ala kerana dengan limpah kurnianya dapat saya merencana untuk berkongsi bersama satu pengalaman merawat seorang budak lelaki yang kurang dari 1 tahun. Kejadian ini juga adalah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan terutama ahli keluarganya, kerana kesembuhan itu berlaku setelah 10 minit dirawat.

Pada Khamis jam 6.15pm, satu keluarga telah berkunjung ke Pusat Rawatan untuk mendapatkan rawatan anaknya kerana kaki disebelah kanan seperti tidak berfungsi. Sebelum rawatan bapa pesakit itu menceritakan bagaimana kepayahan untuk merangkak. Setelah dilihat semasa budak itu merangkak ternyata kaki sebelah kanannya menegak dan tidak boleh dibengkokkan. Budak itu terpaksa menyeret kakinya jika hendak merangkak.

Melalui rawatan, saya hanya beritahu kepada keluarga berkenaan bahawa kebiasaan gangguan kepada budak kecil adalah disebabkan gangguan dari dalam badan ibunya. Mereka seperti tidak percaya, dan terperanjat, lalu saya memanggil ibunya dan terus RUQYAH seperti biasa. Baru memulakan bacaan badan ibu kepada budak itu mengigil dan terus menanggis.

TEKNIK MENGAMBIL BARANG SIHIR
Tanpa membuang masa saya terus berdialog dengan jin yang ada dalam badan ibunya. "Adakah kamu yang menyebabkan anaknya tidak boleh berjalan?.. Adakah kamu berkerja dengan tukang sihir?.. Adakah kamu Islam..? dalam pada itu badan pesakit itu terus mengeletar tanpa boleh dikawal.. saya teruskan teknik mengambil barang sihir dengan menggunakan tangan kanan beliau.. dan selepas diambil dikaki budak itu, saya mengarahkan suaminya untuk meletakkan anak kecil itu supaya merangkak, kejadian ini amat terharu kerana sesuatu perkara yang pelik tapi benar telah berlaku dan disaksikan pengunjung yang berada disitu.

Alhamdulillah sujud syukur oleh ayah kepada anak kecil itu dan saya terus merawat ibunya yang menjadi mangsa tempat tinggal jin sihir.


Dengan izin Allah urusan rawatan untuk anak kecil itu dipermudahkan dan ibunya sendiri hanya tinggal jin saka , manakala jin sihir telah keluar dan ada yang disembelih. Rawatan itu akan dilanjutkan pada hari lain.

Biiznillah...

Jumaat, 30 September 2011

Semua itu urusan Allah... ( merawat penyakit ketumbuhan yang dikenali sebagai CYST pada rahim )

Dengan kalimah basmallah... secara ringkas nak kongsikan pengalaman merawat pesakit ketumbuhan pada rahim yang dikenali sebagai CYST. Pada mulanya saya pun tak tahu penyakit ini kerana pada masa itu pertama kali mendengarnya, namun pesakit perempuan yang baru 3 minggu mengandungkan anak pertamanya datang berjumpa saya, menceritakan kebimbangan setelah mengetahui penyakitnya melalui x-ray dari sebuah klinik di Johor Bahru.

Semasa rawatan seperti biasa akan menjalani sessi RUQYAH pertama, bagi mengetahui sama ada beliau mengalami gangguan ataupun tidak, tetapi yang pasti sememangnya tiada.Untuk meraikan pengharapannya supaya penyakitnya sembuh saya memohon pada Allah dan lalu terlintas untuk membacakan Surah As Soffat.. kerana pesanan guru guru tempat saya belajar, akan ditekankan bahawa merawat tidak boleh bergantung pada ayat mahupun teknik jadi saya ambil keputusan supaya bacaan itu jadikan asbab penawarnya.

hiasan
Rawatan Pertama
Pada pertama kali beliau datang dan menceritakan ketumbuhannya sebesar 7cm, dan doktor itu telah mencadangkan supaya beliau dirawat melalui perubatan Islam kerana jika beliau dirawat di hospital kemungkinan akan menjalani pembedahan dan akan menganggu kandungan berkenaan. Semasa rawatan pertama beliau berada pada hadapan dan duduk menghadap saya. Dengan berpandukan senaskah Quran Surah As Soffat dan dibacakan terus kepada pesakit sehingga akhir surah itu.

Setelah beberapa hari menjalani rawatan, beliau telah menelefon dan memberitahu ketumbuhan itu telah mengecil sebesar 3cm. Namun begitu beliau berkehendakkan menjalani rawatan kedua pada minggu berikutnya.

Rawatan Kedua
Pada kali kedua tidak berbeza seperti rawatan pertama, cuma meletakkan air berhadapan supaya ianya dijadikan penawar. Setelah beberapa hari, beliau menelefon saya dan memberitahu ketumbuhan itu sudah hilang dan pengesahan itu dibuat pada sebuah klinik yang cuba beberapa kali x-ray untuk memastikan ketumbuhan itu benar benar hilang..

Semua ini adalah urusan Allah.. semuanya datang darinya, penyakit dan penawar adalah milik DIA, jadi taqarub dengan Allah adalah satu perkerjaan yang tidak sia sia malah Allah akan kasihkan setiap hambanya.
Biiznillah..

Khamis, 4 Ogos 2011

Cerita Rawatan Islam Perdana 5..

Sampai di Bandar Tasik Puteri lebih kurang jam 615pm.... tp masa tu masjid sibuk dengan kehadiran pelajar membuat program... sesudah solat Asar...pergi ronda ronda manelah tau ada tempat tempat minum...

Malam pula kami dikunjungi satu keluarga dari Ampang... (baru nak tido)... ...alahai pesakit ni satu keluarga kena sihir.. kesian.. kesian...




 ..
Selepas subuh saya terus kuar, jalan jalan cari makan... pekena roti sardin dan air nescafe bersama 2 orang Ust lagi... Pada pukul 9.00am rawatan ini dimulakan... Allhamdlillah program yang dirancang berlaku dalam keadaan selamat tanpa sebarang gangguan. Makanannya pun sedap sedap...

Di kesempatan ini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur terutama Ust Rosdi kerana beliau bersusah payah menyediakan segala kelengkapan perawat perawat dan juga pesakit yang hadir.





bergambar dgn penganjur... ( Ust Rosdi ) kesian sampai demam demam kena attack

Rawatan Islam Perdana 5
Lokasi : Masjid Bandar Puteri, Rawang

jangan lupa yang ke 6 akan menyusul tak lama lagi....tungguuuu insyaALLAH...






Selasa, 7 Jun 2011

Bicara Rawatan : TEKNIK BASMALLAH 21...

Assalamualaikum wbt... Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, serta Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat sahabat baginda.

Dalam usaha untuk menambahkan ruang dalam blog ini, hanya sekadar bicara seorang yang jahil lagi dhaif ini semata semata berkongsi pengalaman kepada perawat dan pesakit.. lama juga tak 'update'..

Kali ini saya hanya ingin berkongsi pengalaman rawatan dan sering digunakan semasa merawat pesakit.. TEKNIK BASMALLAH 21 ini merupakan satu kaedah paling mudah untuk mengetahui gangguan pesakit. Sekiranya pesakit hadir kepada anda.. berikan air rawatan sebelum melakukan teknik ini.


Kaedahnya menggunakan TEKNIK BASMALLAH 21 ini :

1. Niat
2. Baca Basmallah...
3. Tarik nafas panjang melalui hidung.
4. Hembus ikut mulut
*lakukan sehingga 21 kali.... ( tetapi niat hanya sekali sahaja )

Tanda tanda ada ganggguan selepas membaca Basmallah...

1. Ada pergerakkan dalam badan.
2. Pening kepala
3. Sakit perut
4. Sesak nafas
5. Kebas : tangan dan kaki
6. Terasa panas... badan, tengkuk, tangan dan hujung kaki.
7. Sakit : bahu, pinggang, lutut
8. Kerasukan

*PERHATIAN : sekiranya pesakit yang kritikal hendak melakukan kaedah ini pastikan ada sahabat lain disampingnya.

Ada juga pertanyaan dari sahabat sahabat atau pesakit apa yang perlu diniatkan??

Dari pengalaman saya, kaedah ini boleh dijadikan NIAT antaranya :

1. RACUN / BAKAR / AZAB
2. PECAH SARANG JIN DALAM BADAN
3. SCANNING
4. PENAWAR

Cara niatnya :
baca Ta'uz....kemudian "... dengan izinmu YA ALLAH... (guna niat di atas) racunlah jin yang duduk dalam badan ku ini... ATAU jadikanlah ia penawar ( sekiranya untuk menghindarkan kesakitan )...

InsyALLAH dengan keizinnannya, maka ini adalah salah satu kaedah memudahkan dalam rawatan anda dan pesakit.. pesakit yang tidak kerasukan boleh merawat sendiri dirumah disamping amalan untuk mencari keredhaan Allah...

BarakaAllahu Fiq.....

Jumaat, 27 Mei 2011

HISTERIA lagi!!!... 2 KELOMPOK JIN YANG DIKENAL PASTI....

hiasan

Assalamualaikum WBT... dengan izinNya dapat kembali mengemaskini blog ini, sebabnya dah berbulan tak dijengok... Alhamdulillah syukur kepada pemberi rahmat kerana memberi kesihatan sehingga kehari ini... rasa kekok pulak nak 'create' kerana dah lama tak menaip... walaubagaimanapun ada sedikit kisah yang saya nak kongsikan bukan dengan niat untuk menunjuk nunjuk mahupun riak tetapi hanya sekadar perkongsian rawatan.

Pada 23.5.2011, saya bersama Ustaz Amli telah hadir ke salah satu sekolah di daerah ini kerana kekerapan terjadi gangguan HISTERIA. Pada malam selepas isyak saya sampai pada jam 9.15pm. Ketika itu suasana tenang dengan kedengaran pelajar mengaji seperti membaca 'mathurat'. 

Sebenarnya saya telah memberitahu seorang Ustaz yang bertugas sebagai warden disitu untuk memanggil pelajar yang bermasalah.... supaya di letakkan satu tempat untuk memudahkan rawatan, antaranya pelajar yang pernah mengalami gangguan histeria, nampak kelibat, dengar suara seperti ketawa dan menanggis, mendengar bisikan dan diganggu ketika tidur seperti dicakar dan digaru.
hiasan

Amatlah terperanjat sejumlah hampir 70 orang pelajar yang mempunyai masalah seperti yang dinyataka telah ditempatkan di sebuah surau asrama perempuan dan sebelum kami datang mereka disuruh membaca 'mathurat' iaitu antara amalan mereka supaya mengelakkan dari diganggu.

Suasana dalam surau ketika itu agak tenang dan selesa yang dihadiri sejumlah 70 orang  pelajar dan beberapa orang guru. 

Pada jam 9.45pm kami telah diberi arahan untuk memulakan rawatan. Teknik yang kami gunakan adalah BASMALLAH 21.. dengan niat bakar dan racun jin dalam badan... Ustaz Amli memberi arahan kepada pelajar supaya pasang niat untuk racun dan bakar jin dalam badan.. kemudian bacaan basmallah dimulakan secara beramai ramai.. sebaik habis bacaan...  ada pelajar batuk dan muntah... dan selepas itu mereka ini kerasukan seperti histeria... bilangan pelajar  yang histeria pada masa itu adalah seramai 32 orang.. dan selebihnya hanya menanggis dan lemah badan. 

Keadaan masa itu dapat dikawal kerana mangsa yang cuba lari dari surau berkenaan tidak dapat menembusi dinding yang dipagar menggunakan ayatul kursi, yassin 9 dan 3 qul. Walau apa pun kesembuhan dalam rawatan itu adalah milik Allah, kami sentiasa bertawakal pada Allah dengan menggunakan kaedah berdakwah, baling, sembelih, dan pancung. 

Dalam rawatan ini kami menemui dua kelompok jin yang sering menyerang pelajar, satu di antaranya adalah dari hutan dengan tiada agama telah sepakat untuk menganggu kerana keinginan untuk berkahwin atau mencari pasang, tapi semasa sesi berdialog dengan kelompok ini mereka datang adalah kerana diseru oleh pelajar pelajar disitu... wallahu alam...dan satu lagi kelompok dari jin yang beragama kristian untuk merosakkan aqidah pelajar disitu... kami dapat berjumpa ketua ketua dari kelompok jin berkenaan dan akhirnya mereka ini keluar dengan ikrar dan berjanji tidak akan menganggu mereka lagi. 

hiasan
Pada jam 1240am suasana di surau berkenaan kembali tenang seperti sedia kala, mudah mudahan benar benar jin yang berjanji tadi keluar dan tidak menganggu pelajar lagi.. Dalam pada itu juga saya telah meminta seorang guru melakarkan satu plan sekolah dengan tujuan memagar..  bagi pelajar yang hanya menanggis dan badan lemah, saya menyuruh pelajar berniat supaya jadikan penawar dan bacaan BASMALLAH 21 di baca beramai ramai... setelah itu keadaan menjadi stabil semula dan mereka kembali ke asrama masing masing.

Persoalan yang masih timbul sehingga kehari ini adalah benarkah pelajar ini menyeru jin berkenaan?? sejauh manakah kebenaran ini?? wallahu alam.. apa pun ketentuan adalah milik mutlak Nya...

Rabu, 20 April 2011

Dengan Izin Allah....

Teknik ini ana kaji sendiri dan sering digunakan semasa rawatan, ana kongsikan kepada yang berminat... QOBILTU....

TEKNIK HINDAR DARI GANGGUAN ATAU DISERANG....

1. Niat nak hindar serangan kerana Allah
2. Cantumkan telapak kedua dua ibu jari tangan
3. cucuk atau tekan pada hulu hati
4. baca lah Syahadah 3x
5. tarik nafas dalam2
6. jangan lepas nafas terus baca BISMILLAHI MASYA ALLAH.
7. hembus melalui mulut.
8. lakukan semula jika masih ada lagi...( insyallah ianya akan berkurangan )       
* ijazah dari Ust Wan Asrul.... 



TEKNIK HINDAR DARI PANDANGAN ATAU GANGGUAN MUSUH

1. niat hindar pandangan musuh kerana Allah.
2. Yassin ayat 1 - 9
3. tiup di tapak tangan sehingga habis nafas
4. sapu lah dari kepala hingga ke kaki..
5. insyallah semuanya dengan izin Allah

* musuh datang tp dia tak nampak


TEKNIK MENGESAN BARANG SIHIR

* sebelum masuk sesuatu tempat untuk mengesan barang sihir..

1. Niat mengesan barang sihir kerana Allah
2. Al Fatehah
3. Ayat pengerak 3x
4. Tanda tanda semasa mengesan - sedikit pening, mual, rasa nak muntah, rasa tak sedap badan, meremang 


TEKNIK MEMAKSA JIN KELUAR DARI TUBUH

1. Niat paksa jin keluar dengan izin Allah
2. As Soffat 1 - 10
3. 7 salamun  ( baca ulang ulang )  - halakan tapak tangan tempat tinggal jin sehingga mulut pesakit akan          terbuka sendiri..


TEKNIK PAKSA JIN BERCAKAP ( jika perlu )

1. Niat kerana dengan izin Allah
2. Al Fatehah
3. 7 salamun
4. tiup pada tengkuk pesakit

Isnin, 18 April 2011

Pusat Rawatan AKRINE SEGAMAT




Pusat Rawatan AKRINE SEGAMAT menggunakan Pejabat Pas Segamat, di Bandar Utama Segamat, Johor.


Keselesaan tempat bermuzakarah dan berjumpa para Mualij yang bertugas.

Tempat Pendaftaran 


ruang tempat menunggu



Jadual Waktu Pusat Rawatan

Hari     : Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu
Masa  : 530pm - 11.30pm

Perawat yg bertugas

1. AMLI NORDIN       - 013 620 3008
2. FAIZAL MUALIJ   - 019 700 2278

Pembantu Perawat  

1. Johan Nawawi         - 019 325 0427
2. Wahab Azzuhaili    - 019 721 6404
3. Daud Md Jan          - 019 700 8595


Nota : Untuk Makluman semua, untuk mendapatkan rawatan sila menelefon mana mana petugas untuk keterangan lanjut supaya memudahkan giliran... jika telefon tidak diangkat diharap gunakan khidmat sms. ( taip : NAMA, TEMPAT TINGGAL, )

Pusat Rawatan ini sudah beroperasi 1 tahun 6 bulan.
 ILMU
Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Tiada seorang Hambapun mengucapkan 'BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM" kecuali Allah s.w.t. perintahkan para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus (400) kebaikan."
Dan diantara khasiat 'BASMALLAH" dan 'LA HAU LAWALA QHU WATAILLA BILLAHI ALIYIL AZIM" maka ia dihindarkan daripada tujuh puluh musibah diluar keperihatinan, kesusahan, penyakit akal dan membebel.
  • Barangsiapa membaca 'Basmallah" 21 kali ketika hendak tidur maka ia aman dari syaitan laknatullah, kecurian, maut mendadak dan bala.
  • Barangsiapa membaca 'Basmallah" ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak cerdas dan terbuka hatinya serta menjadi anak yang soleh dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
  • Barangsiapa membaca 'Basmallah" 41 kali pada telinga orang yang pengsan maka ia akan segera siuman (sedar).
  • Barangsiapa membaca 'Basmallah" 313 kali dan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. 100 kali pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kearah Kiblat maka Allah s.w.t. memberi rezeki tanpa diduga bersamaan fadhal dan kemurahan Allah s.w.t.
  • Barangsiapa membaca 'Basmallah" 786 kali lalu ditiupkan pada air lalu diminumkan kepada orang yang bebal selama tujuh (7) hari disaat matahari terbit maka lenyaplah kebeballannya dan ia akan hafal apa yang didengarnya.
  • Barangsiapa membaca 'Basmallah" 50 kali dihadapan orang yang zalim atau penguasa yang bengis maka ia akan tunduk atau ketakutan.
  • Barangsiapa menulis 'Basmallah" 101 kali diatas kertas lalu diletak disawah padinya maka sawahnya akan subur dan terpelihara dari bencana dan kalau dituliskan pada kain kafan 70 kali maka mayatnya yang berselimutkan kain kafan itu akan aman dari bahaya Munkar dan Nakir juga ia terlindung dari siksa kubur.
  • Dan barangsiapa yang punya hajat kepada Allah s.w.t. maka sebaiknya ia berpuasa dihari Rabu, Khamis dan Jumaat dan dihari Jumaat itu dia mandi sunat dan wuduk lalu berangkat untuk menunaikan solat Jumaat dengan sedekah sekadarnya lalu sebaik sahaja habis solat Jumaat membaca doa:
          (Maksudnya)  Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang amat pengasih lagi penyayang; yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah yang maha pengasih lagi penyayang. Aku memohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir ayat) Dialah yang penuh kebesaran-Nya dilangit dan dibumi. Dan aku memohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang, yang melutut bagiNya setiap wajah, tunduk kepadanya riqab (tengkuk) dan khusyuk bagiNya setiap mata, dan gentar kepadaNya setiap hati kerana terlalu takut, dan mengalir kerananya air mata, bahawa berilah salawat serta salam kepada penghulu kami Muhammad, keluarga dan para sahabatnya, dan berikanlah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa yang ku kehendaki, yakni.....(disebut segala hajat)

AMAR MA'RUF DAN NAHI MUNGKAR.....

hiasan

 Abul-Laits berkata: "Seharusnya bagi orang yang maruf (menganjurkan kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah kejahatan) itu harus niat ikhlas kerana Allah s.w.t. dan menegakkan agama Allah s.w.t. bukan semata-mata membela kepentingan diri sendiri, sebab bila ia benar-benar ikhlas kerana Allah s.w.t. dan agama Allah s.w.t., maka pasti mendapat bantuan pertolongan Allah s.w.t. sebagaimana ayat yang berbunyi: "In tanshurullaha yan shurkum." (Yang bermaksud: "Jika kamu benar-benar menegakkan khalimatullah, maka Allah akan menolong kamu.) Juga pasti ia terpimpin dengan taufiq dari Allah s.w.t. Ada riwayat dari Ikrimah berkata: "Ada seorang berjalan tiba-tiba ia melihat sebuah pohon disembah orang maka ia marah dan langsung ia pulang mengambil kapaknya lalu naik himar menuju ketempat pohon itu untuk memotongnya, maka dihadang iblis laknatullah ditengah jalan tetapi merupai orang, maka ditanya: "Engkau akan kemana?" Jawab orang itu: "Saya melihat pohon yang disembah orang, maka saya berjanji kepada Allah s.w.t. akan memotong pokok itu, kerana itu saya pulang mengambil kapak dan naik himarku ini untuk pergi kepohon itu." Iblis laknatullah berkata: "Apa urusanmu dengan sembahan orang, biar orang lain, mereka telah jauh dari rahmat Allah." Disebabkan rintangan iblis laknatullah itu maka ahkirnya mereka berkelahi tetapi ternyata Iblis laknatullah itu kalah, sampai berulang tiga kali tetap iblis laknatullah kalah lalu Iblis laknatullah itu berkata: "Lebih baik kau kembali dan saya berjanji kepadamu tiap hari aku akan berikan kepadamu empat dirham diujung tempat tidurmu." Orang itu bertanya: "Apakah betul kau akan begitu?" Jawab iblis laknatullah: "Ya, aku jamin tiap hari." Maka kembalilah orang itu kerumahnya, maka benarlah pada esok hari ia mendapat wang itu selama dua hari dan pada hari ketiga ternyata tidak ada apa-apa, kemudian esok harinya lagi tiada juga. Maka kerana ia tidak mendapat wang itu, maka ia segera mengambil kapak dan naik himar untuk pergi kepohon itu, maka ditengah jalan dihadang oleh iblis laknatullah yang merupai manusia dan ditanya: "Kemana kau mahu pergi?" Jawabnya: "Kepohon yang disembah orang itu untuk memotongnya." Iblis laknatullah berkata: "Engkau tidak dapat berbuat demikian, adapun yang pertama kali itu kerana kau keluar dengan marahmu itu benar-benar kerana Allah sehingga umpama semua penduduk langit dan bumi akan menghalangi kamu tidak akan dapat, adapun sekarang maka kau keluar kerana tidak mendapat wang maka bila kau berani maju setapak aku akan patahkan lehermu.", maka ia kembali kerumahnya dan membiarkan pohon itu.

Abul-Laits berkata: "Seorang yang akan menjalankan amar maruf dan nahi mungkar harus melengkapi lima syarat iaitu: 
  1. Berilmu, sebab orang yang bodoh tidak mengerti maruf dan mungkar
  2. Ikhlas kerana Allah s.w.t. dan kerana agama Allah s.w.t.
  3. Kasih sayang kepada yang dinasihati, dengan lunak dan ramah tamah dan jangan menggunakan kekerasan sebab Allah s.w.t. telah berpesan keppada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. supaya berlaku lunak kepada Fir'aun
  4. Sabar dan tenang, sebab Allah s.w.t. berfirman yang berbunyi: "Wa'mur bil ma'rufi wanha anilmunkar wash bir ala maa ashabaka." Yang bermaksud: "Anjurkan kebaikan dan cegahlah yang mungkar dan sabarlah terhadap segala penderitaanmu."
  5. Harus mengerjakan apa-apa yang dianjurkan supaya tidak dicemuh orang atas perbuatannya sendiri sehingga tidak termasuk pada ayat yang berbunyi: "Ata'murunannasa bil-birri watansauna anfusakum." Yang bermaksud: "Apakah kamu menganjurkan kebaikan kepada orang lain tetapi melupakan dirimu sendiri."
Anas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Ketika malam isra' saya melihat orang-orang yang digunting bibirnya dengan gunting dan ketika aku bertanya pada Jibril: Siapakah mereka itu, ya Jibril? Jawabnya: Mereka pemimpin-pemimpin dari ummatmu yang menganjurkan orang lain berbuat baik tetapi lupa pada diri sendiri, padahal mereka membaca kitab Allah s.w.t. tetapi mereka tidak memperhatikan dan mengamalkannya."

Qatadah berkata: "Didalam kitab Taurat ada tertulis: Hai anak Adam, engkau mengingatkan lain orang dengan ajaranKu sedang engkau melupakan Aku, dan mengajak orang kembali kepadaKu sedang engkau lari daripadaKu, maka sia-sia perbuatanmu itu."

Abu Mu'awiyah Alfazari meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Kamu kini dalam hal yang sangat jelas dari jalanTuhanmu sehingga nampak jelas bagimu dua macam mabuk iaitu mabuk penghidupan dan mabuk kebodohan dan kamu kini masih menjalankan amar maruf dan nahi mungkar, dan kamu berjuang bukan dalam jalan Allah s.w.t. dan orang-orang yang dapat menegakkan ajaran kitab dengan sembunyi atau terang-terangan sama pahalanya dengan orang-orang dahulu dari sahabat Muhajirin dan Anshar."

Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Siapa yang lari dari daerah ke lain daerah untuk mempertahankan agamanya, walau baru melangkah satu jengkal, maka telah pasti (berhak) masuk syurga dan menjadi kawan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad s.a.w."

sekadar renungan untuk diri saya dan anda semua..... ( TONHIBUL GHAFILIN )

Isnin, 4 April 2011

Sedikit kisah Rawatan Perdana Siri ke2, Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas, Muar Johor.

dari kiri : Mualij Bukhari, Mualij Amli, Mualij Faizal, Ust Hassan
2.4.2011 - para mualij berkumpul di Masjid Sultan Ismail Tanjung Agas Muar, Johor... pada malam tu para mualij dan pembantu mualij berta'ruf selepas menunaikan solat Isyak. 

Duduk bersama semasa majlis makan malam sambil bercerita perihal dan kerenah masing masing... memang lah seronok, yang suka buat lawak Ust Hassan mukanya serius jer, tp org lain ketawa... Kenangan seperti ini pasti kami tidak akan lupakan... Majlis ta'ruf selesai hampir jam 12.00 malam (lamanya..)... sebab masing masing cerita pengalaman merawat... dan pengalaman menghadapi pesakit paling kritikal... (disinilah yang dapat kita berkongsi ilmu)..

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mementingkan umat yang bersatu padu di mana setiap hubungan yang terjalin mestilah diperkuatkan dengan ikatan kasih-sayang, kepercayaan, belas kasihan dan menjauhi permusuhan kerana seorang muslim yang baik adalah mereka yang sentiasa memikirkan kebaikan orang lain sebagaimana ia memikirkan kebaikan untuk dirinya sendiri.

Tidak sempurna iman seseorang yang didapati tidak mengakui persahabatan, pertalian kerabat dan seumpamanya kecuali apabila ia mendapati terdapat sesuatu faedah atau keuntungan di sebalik perhubungan itu untuk dirinya.

barisan perawat tp ramai lagi sebab ada urusan
3.4.2011 - jam 7.30am kami berkumpul dan persiapan kelengkapan untuk merawat telah sempurna. hanya menunggu kunjungan dari pesakit... 

masing masing dah baca tahsin dan amalan pendinding diri, memohon pada Allah supaya dijauhkan segala musibah.

Gabungan dari TIAF,AKRINE, KISWAH, D'SAKA, D'SYIFA', dan ramai lagi telah turut serta ratawan perdana kali ini..


Suasana rawatan
Sessi RUQYAH pertama disampaikan oleh Syiekh Mustaqim... awal awal dah kena kerja keras sebab ramai pesakit kerasukan...

Sessi pertama seramai hampir 40 orang dipanggil untuk memperdengarkan bacaan ruqyah. Paling ramai pesakit yg daftar adalah perempuan berbanding dengan lelaki.





pesakit kritikal
dibacakan ayat ayat azab.. ayat dakwah...ayat peringatan.. supaya jin yang ada insaf... dalam rawatan hanya bertawakal pada Allah.. tidak pada lainnya.. yg terjadi dan segala pergerakkan semua dari-Nya...


Daripada Abdullah ibn Abbas ra, bahawa Rasulullah pernah berdoa: “Ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan. Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati (Muttafiqun alaih)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

dalam rawatan pasti ada yg muntah...


Doa adalah mustajab bagi orang mukmin. Oleh itu hendaklah berdoa kepada Allah dengan menyerahkan diri dengan penuh keimanan dan bertawakal kepadanya serta memuji sifat-sifatnya.

Setiap hamba Allah hendaklah meletakkan sepenuh harapan kepadanya supaya diterima doanya.


turun... turun ..turun....
antara yang kena sembelih

waktu makan kita makan 

senyum jer depan jurucamera.... amacam!! cantik tak ves ni..

mualij khairunizam asib & syeikh bukhari


Ust Mohd Mahelah.. sedang RUQYAH

aaaaa... bisik apa tu!!??..

pak cik ni ada gangguan sikit jer... penawarnya sembahyang berjemaah ya.

alhamdulilblah.. terima kasih tak terhingga kepada TG Uts Wan Asrul, kerana masih sempat ziarah kami..

alahai lama tak jumpa...

barisan pejuang pejuang ..

Setiap Penyakit ada penawarnya...
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya : “Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram”. (Abu Daud)

Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Ibnu Mas'ud
Terima kasih kepada pembantu perawat dari Pemuda Cawangan Ledang, Pemuda Pagoh, Pemuda Segamat

Terima kasih kepada perawat yang terlibat... 
Terima kasih kepada AJK Masjid Sultan Ismail Tangjung Agas, Muar, Johor..

InsyaLLAH mungkin pada bila bila masa nanti akan muncul Rawatan Perdana Siri ke 3... sama2 lah kita doakan... 

Rabu, 23 Mac 2011

GEMPAR!!!.......... Jin Pahlawan tiba tiba muncul semasa merawat di PUSAT RAWATAN..


Dari Aisyah ra katanya: Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan: “Pemandangan tidak sampai kepada-Nya”. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan: “Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah”. (Muslim)

Sesungguhnya segala yang sabit wujudnya di alam maya (ghaib) ini adalah lebih luas daripada apa yang dapat dicapai dengan pancaindera mahupun peralatan canggih ciptaan manusia. Demikian fahaman akal manusia yang pendek dan terbatas. Dengan itu ternyata bahawa sebarang usaha untuk mengetahui perkara-perkara yang ghaib dengan jalan akal yang tenaganya terhad dengan batasan-batasan hidup di bumi ini semata-mata, adalah suatu usaha yang sia-sia, yang sudah tentu akan menemui kegagalan.

Akal fikiran yang dikurniakan Allah kepada manusia sebenarnya ialah untuk menjalankan tugas mengatur kehidupan dalam alam ini dengan cara memerhati, mengkaji dan mengambil kesimpulan untuk mencapai kemakmuran hidup di dunia dan akhirat, bukan digunakan pada perkara-perkara yang tidak dapat dikuasainya yang akhirnya menyebabkan berlakunya kesesatan.

Mukadimah di atas adalah renungan untuk kita semua... dengan ini berhati hatilah berhadapan, ataupun berhampiran dengan manusia yang selalu suka cakap perkara ghaib... seperti contoh satu kisah kami, ikuti kisah ini...
 
Pengalaman berentap dengan jin pahlawan.

hiasan
Kebiasaan sebelum merawat sesi pendaftaran pada jam 530pm. Kelihatan ramai pesakit yang mendaftar, yang datang dari sekitar daerah Segamat, Muar dan Muadzam Shah. Saya dan Ustaz Amli masih lagi duduk dalam satu bilik sambil berkumat kamit dimulut kami membaca Tahsin. Kira kira jam 6.15pm selesai sesi pendaftaran dan borang dibawa kepada saya. Selalunya saya menyemak simptom pesakit ni, dari borang yang diisi kita dah tahu apakah gangguan mereka. Borang ada 15 bermakna ada 15 orang yang perlu dirawat. Rupa rupanya ramai yang datang menghantar jer, bukan unutk dirawat. Seperti biasa, saya terus menyuruh pembantu membuat persediaan untuk mengatur semua pesakit.

Sesi RUQYAH
Di Pusat Rawatan AKRINE SEGAMAT sesi RUQYAH kami berjadual iaitu sesi pertama jam 6.00pm, sesi kedua jam 7.45pm, sesi ketiga jam 9.15pm... berhenti unutk solat berjemaah Maghrib dan Isyak... kami disini mengalakkan pesakit bersembahyang berjemaah.. kerana sembahyang jemaah inilah salah satu penawar penyakit yang mereka sering diganggu.

Sebelum meruqyah kami akan sediakan minuman air penawar kepada pesakit, kadang kala selepas minum terus tumbang, ada yang terus terasuk, ada yang terus nak lari, ada yang rasa "air tak sedap", "air pahit", "air longkang" dan macam macam lagi... kebiasaan RUQYAH ni saya yang membaca, jadi saya yang akan memastikan semuanya dah siap... semasa nak mulakan bacaan tiba tiba ada seorang budak lelaki tiba tiba menjerit.. dan pengsan. Dia bukanlah pesakit masa tu, cuma dia datang bawa berubat untuk mak ayah dia. 

hiasan

Jin Bersilat.
Budak yang pengsan tadi bangun semula dengan mengayakan silat harimau. "Aku harimau berantai  berasal dari Sumatera, aku dihantar dari Labis, datang sini untuk menuntut bela ke atas kematian ketua ku yang kamu bunuh!! "( suara gharau - budak berusia 15 tahun ).... Wah dah jadi lain pulak ( kata dalam hati saya...Astaghfirullah... la haw la wala qu wata illa billa... ).. saya terpaksa menyuruh pesakit bangun dan duduk pada satu tempat untuk memberi ruang pada saya dan Ustaz Amli berhadapan dengan jin ini. Kalau diperhatikan silatnyer memang kemas itu dari mulut orang yang biasa bersilat, sebab saya tak pandai bersilat.

Menyerang Jin Dengan Teknik Baling, Pancung, dan Sembelih.
Kami terus berdialog dengan cara baik, dakwah tak tinggal, tetapi jin itu masih berdegil, Saya terus menyerang dengan teknik membaling : ayat - "WA QADIM NA ILA MA'AMILU MIN AMALIN FAJA'AL NA ABA'AM MANSURO", ada juga ayat surah ikhlas, (jin terlentang dan rebah semasa kena baring tetapi bangun lagi).. Teknik pancung pertama dilakukan oleh Ustaz Amli - ayatnya surah ikhlas dan Al Hasyr.. ( jin itu rebah)... dalam pada itu keluar pula jin helang sebab dia silat seperti helang... saya terus baling dan terus sembelih (sebelum sembelih diazankan ditelinganya)... budak itu rebah semula... kemudian bangun lagi.. dan bersilat lagi seperti berkungfu... 

Ustaz Amli terus memegang di tengkuknya dan saya terus sembelih gunakan ayat Al Haysr... sehingga jin keempat, tetapi jin kelima dah mengigil tak nak bersilat, kami terus dakwah dan jin itu tak nak ganggu lagi... semasa berdialog dengan jin kelima.. "ramai lagi pendekar menunggu untuk bertarung, sambil beratur, tetapi ramai dah lari kerana melihat jin yang berpangkat abang abang dah tumbang..kami dihantar untuk membalas dendam kerana jin kesayangannya telah kamu bunuh".... wallahualam... 

Saya hanya mendengar tetapi dalam pemikiran kami adakah dugaan ini untuk kami?? Semuanya milik Allah... alhamdulillah selesai berentap pada jam 720pm dan selepas maghrib baru kami mulakan RUQYAH sesi pertama....

Selesai rawatan pada hari itu saya dan Ustaz Amli bermuzakarah, dan kami kena berhati hati selepas ini, kerana dah ada musuh, jadi kena pagarlah guna kawat besi...

Selasa, 22 Mac 2011

Pengalaman Merawat Pesakit di SIHIR sehingga lumpuh....

hiasan
Perkongsian Perubatan kali ini, saya  nak ceritakan satu pengalaman merawat pesakit perempuan disihir sehingga tidak boleh mengerakkan anggotanya... Kisah ini bertujuan bukan niat nak menunjuk nunjuk jauh sekali bersifat riak... cuma hanya sekadar menjadi pengetahuan dalam rawatan dan bahan bacaan kepada yang lain.

Pesakit ini merupakan seorang perempuan yang solehah, merupakan pelajar menuntut ilmu di salah satu madrasah di dalam negara kita. Cita cita mendalam dan ingin menghafaz quran 30 juzuk.. Alhamdulillah hanya Allah yang menyaksikan ke atas dirinya... Malang berlaku pada akhir tahun lepas di Madrasah tersebut tiba tiba mendapati diri nya mengalami demam panas.. selepas seminggu beliau terlantar sehingga badan dan kaki tidak boleh bergerak.. kekadaan kaki seperti mengeras, jika disentuh tidak merasai apa apa langsung...

Setelah beberapa minggu di hospital, masih tidak ada keputusan doktor, apakah penyakit yang di alaminya, dan ibunya mengambil keputusan supaya berubat secara perubatan Islam. Jangka masa beliau alami lebih kurang sebulan setengah. Kemudian saya dapat panggilan untuk merawat dirumahnya. Sebenarnya saya tak suka merawat di rumah pesakit, banyak perkara yang perlu diambil kira, mungkin pengalaman perawat lain sependapat dengan saya kot?... saya lebih suka merawat di pusat rawatan.

Pada hari pertama:
Tiba dirumahnya, saya dapati pesakit terlantar di atas katil. Pada mulanya saya bertanyakan beberapa soalan mengenai simptom gangguan melalui mimpi yang dia alami. Tetapi jawabannya amat melesit sekali sebab dia kata susah nak mimpi. Seperti biasa saya akan buat air rawatan dan membacakan ayatul RUQYAH dan dicampurkan sedikit garam. Kemudian beri dia minum. Tiada kesan apa apa masa tu. Tak nampak pun simptom sakitnya diganggu oleh makhluk halus atau jin. Doa saya pada masa tu berterusan.

Keadaan fizikal tubuhnya tiada sebarang cacat celanya. semua nya ok, tetapi semasa saya aktif bergerak terlanggar katil yang dia baring, tiba tiba dia mengerang kesakitan.Pelik jugak?... Dia menunjukkan tempat dia sakit iaitu di kawasan peha kedua dua kakinya.

Teknik RUQYAH
Saya membaca RUQYAH dengan memegang kepalanya, bacaan RUQYAH ( TIAF ), sehingga habis bacaan tiada kesan apa apa pun. Pesakit seperti biasa saja, saya tanyakan sesuatu seperti sakit kepala, ada pergerakkan dalam badan, terasa bahang, kebas, sakit perut tetapi jawabannya tetap negatif... Doa masih tidak putus putus.

Teknik berdialog dengan JARI TANGAN
Kaedah ini selalunya menjadi penyelamat... (semuanya Allah yang mengerakkan)... semburan menggunakan Aroma terapi dari AKRINE pada tapak tanggannya dan dibelakang tangan, di kepala, perut,dan kaki. Bacaan Al Kursi dan Ar Rahman 33 - 36 dan kemudian menyuruh jika ada jin dalam badan berkumpul pada jari tangan kanannya... sessi dialog dengan jari sehingga saya menyuruh menulis dan akhirnya ketahui juga ada jin sihir dengan banyaknya berada dibahagian pinggang dan pehanya.  Alhamdulillah...Allah memudahkan urusan, besar kuasa mu YA ALLAH... tetapi itu baru nak tahu jer apakah simptomnya... belum apa apa lagi.

Teknik Mengambil Barang Sihir
Setelah 1 jam saya mencari apakah simptom penyakitnya baru dapat diketahui dan selepas tu saya menyuruh jin yang berada di tanggannya mengambil barang sihir yang ada pada pesakit, tetapi malangnya saya dilihatkan isyarat jari tadi TIDAK BOLEH... yang tertulis pada kertas TUKANG SIHIR TAK BAGI AMBIL... inilah masa kepayahan saya...

Teknik Dakwah
Jika terjumpa kes kes jin yang kureng ni... kebiasaannya saya akan dakwah menerusi ayat ayat dakwah... tetapi kaedah ini pun saya gagal dan saya teruskan mengasak jin itu dengan ayat ayat pembakar... ada juga tindak balas nyer tetapi sekali sekala.

Rawatan Hari kedua hingga hari kelima
RUQYAH, AIR PENAWAR, BERDIALOG, DAKWAH, dan MANDIAN LIMAU - kaedah ini tidak saya tinggalkan, tetapi pesakit tidak ada kesan apa apa.

Rawatan Hari Keenam
Saya menyuruh keluarga menyediakan AIR ZAM ZAM dan saya bacakan Surah Yassin, As Soffat dan Sod dari awal hingga akhir. tetapi kali ini jin itu terbahagi kepada dua ada yang dah masuk islam dan ada yang kafir. Saya menyuruh jin islam duduk di tanggan kanan manakala jin kafir duduk di tanggan kiri...  kadang kala jin ini bergaduh, sehingga pesakit tidak mengawal pergerakkan tangannya. Di sini jugalah jin islam tadi mengambil barang sihir yang berada di perut kaki dan di pinggang. Kelihatan pada masa tu dapat melihat pergerakkan kakinya... dan deria rasa mulai pulih. Rawatan pada masa tu saya terpaksa berada dirumahnya sehingga 8 jam.. dan sembahyang berjemaah dengannya. Rawatan air zam zam dan ambil barang sihir masih kekal untuk hari ketujuh sehingga kari kesembilan, sambil tu saya baca Surah As Soffat di kepalanya.

Pada Hari Kesembilan
Pesakit dah boleh duduk dengan izin Allah. namun saya masih teruskan bacaan RUQYAH di kepalanya, selepas tu suruh jin ambil lagi barang sihir sambil bacakan Yassin dan Surah As Soffat. Saya hanya melihat pergerakkan tangannya mengambil, mengenggam dan buang pada bahagian bahagian yang selalu pesakit mengadu sakit.

Pada Hari Kesepuluh dan Kesebelas
Hanya ziarah jer... dan bacakan RUQYAH pada AIR ZAM ZAM... kekadang berdialog dengan jari pesakit.
Pada hari kesebelas pesakit dah boleh berjalan secara perlahan seperti kita berjalan, cuma dia tak boleh berlari... dan pada hari tu juga kepayahan berdialog dgn jin yang ada di jarinya... Mungkin dah keluar habis kot?? Wallahualam.... Biiznillah... 

Pesakit ini merupakan yang pengalaman ketiga saya merawat mangsa disihir sehingga lumpuh... Mudah mudahan Allah permudahakan segala usaha kita semua.... Insyallah.

AQIDAH : Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam..

cintaku...
 Tergelincir Iman dan Islam?? Amat menakutkan sekiranya perkara ini berlaku pada keluarga dan masyarakat kita sekarang... ianya boleh berlaku sama ada kita tidak sedar atau disengajakan.. Marilah kita imbas semula (refresh), yang wajib diketahui perkara yang boleh membatalkan Iman. Saya mengingatkan untuk diri saya dan kepada yang memerlukan risalah ini supaya beringat apakah perkara selama ni dah betul atau kita memang tiada ilmu... atau tidak diberitahu.. atau tidak pernah dengar...

 Di sini saya ambil petikan dari Mustika Hadis ( jilid Pertama - Bahagian Iman)

Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam itu terbahagi kepada 3 bahagian:

Bahagian  yang Pertama :
I'tiqad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar dasar Islam, iaitu :
  1. I'tiqad bahawa alam ini qadim, tiada penciptanya, atau alam ini kekal selama-lamanya.
  2. I'tiqad bahawa pencipta alam ini baharu, atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat sifat baharu, atau pun mempunyai anak isteri, berbilang bilang atau menerima mati.
  3. I'tiqad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW atau I'tiqad bahawa Nabi Muhammad yang sebenar ialah yang disebutnya Muhammad yang batin bukan Muhammad yang zahir, atau orang yang i'tiqad bahawa kerasulan Nabi Muhammad SAW hanya untuk orang orang Arab sahaja, atau i'tiqad bahawa hukum-hukum Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW ialah hukum-hukum lapok yang tidak sesuai dengan keadaan zaman, atau i'tiqad mengengkari mana mana Rasul Tuhan, atau i'tiqad bahawa ada lagi Nabi dan Rasul yang lain yang diutus oleh Allah membawa syariat sesudah Nabi Muhammad SAW, khatam an-Nabiyyin
  4. I'tiqad bahawa tidak ada dosa dan pahala, tidak ada Syurga dan Neraka, tidak  ada bangkit hidup semula sesudah mati, tiadak ada hari Qiamat dan segala perkara yang berlaku padanya.
  5. I'tiqad bahawa roh orang-orang yang mati berpindah pindah dari satu tubuh ke satu tubuh yang lain.
  6. I'tiqad agama kafir lebih baik dari agama Islam.
  7. Perasaan ragu-ragu terhadap mana-mana satu dari perkara-perkara yang tersebut di atas.
  8. Berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak, atau bercita cita hendak menjadi kafir pada masa akan datang.
Bahagian yang kedua:
Perkataan, iaitu tiap-tiap yang mencaci, menghina, merendah rendah, mengejek ngejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, Malaikat-malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, Kitab-kitab-Nya, Ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya yang diterangkan oleh Rasul-Nya.
Dan juga perkataan yang menolak, menafi, dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama menthabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana mana hukum Islam :
  1. "Hukum apa ini?"
  2. "Hukum ini sudah lapok."
  3. "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan."
  4. "Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus."
  5. "Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya."
  6. "Minum arak kalau tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?"
  7. "Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung rugi apa salahnya?"
  8. "Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju."
  9. "Berkata : "Perbuatan yang demikian tidak beradap" - apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan: Menjilat sisa makanan dijarinya.
  10. Berkata: "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat" - apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.
  11. Berkata: "Si anu dah mula menyalak" - semasa ia mendengar azan berkumandang.
  12. Membaca ayat-ayat suci, hadi-hadis Nabi dan nama nama Tuhan dengan cara mempersendakan dan mempermain-mainkannya.
  13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, padahal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadia Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.
Bahagian yang ketiga:

Perbuatan, iaitu:
  1. Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan mengagungkan Allah, seperti sujud kepada makhluk walau pun tidak dengan niat untuk menghormatinya sama seperti Tuhan, atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai had sekurang kurangnya ruku' sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti Allah" kalau tidak dengan tujuan itu maka tidaklah menjadikan orang yang melakukan itu murtad, tetapi hukumannya tetap haram.
  2. Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.
  3. Melakukan mana mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah 'Azza wa Jalla.
  4. Meletakkan ayat ayat suci, hadis hadis Nabi, Nama nama Tuhan, Rasul rasul-Nya, Malaikat-Nya dan ilmu ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendah rendahkannya. kalau tidak dengan tujuan yang tersebut maka hukumannya tetap haram. Demikian juga haramnya menggunakan kertas kertas yang tertulis padanya ayat ayat suc, hadi hadis Nabi, dan Nama nama Allah serta ilmu agama unutk membungkus, mengesat, serta menyapu sesuatu; tetapi kalau perbuatan yang dilalukan itu dengan tujuan menghina atau mempersendakannya maka orang yang melakukannya itu menjadi murtad.
  5. Meninggalkan SEMBAHYANG. - orang yang meninggalkan sembahyang fardu, jika ia engkarkan wajibnya, jadilah ia kafir murtad keluar dari agama Islam, kerana mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu adalah satu perkara yang wajib di atas tiap tiap orang yang wajib di atas tiap tiap orang Islam, selama akalnya sihat.
tuntutlah ILMU kerana ianya adalah FARDU

Dengan keterangan yang tersebut hendaklah diingatkan bahawa seseorang yang cintakkan keselamatan dirinya dan agamanya, jangan sekali kali mendekati. apa lagi melakukan, sebarang perkara hukumnya berkisar di antara jadi murtad dan berdosa besar. Semoga Allah selamatkan kita dengan taufik hidayah-Nya.

Khamis, 17 Mac 2011

HAK seorang MUSLIM terhadap Muslim yang lain.

ALLAHU AKHBAR
Rasulullah SAW telah bersabda :
"Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain enam perkara, Para sahabat bertanya: Apakah dia wahai Rasulullah? Jawab Nabi: Jika anda menemuinya, hendaklah memberi salam, jika ia mengundangmu, hendaklah memenuhi undangannya. Jika ia meminta nasihat, hendaklah menasihatinya. Jika ia bersin serta menguap Alhamdulillah, hendaklah mendoakannya. Jika ia sakit hendaklah melawatnya. Jika ia mati, hendaklah turut hantar jenazahnya ke kubur."

Di antara hak-hak yang dituntut melakukan antara seorang Muslim denga Muslim yang lain ialah memperbanyakkan nasihat mengenai hal keagamaan, membantu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa kepada Allah Ta'ala, serta mengajak untuk berbuat ketaatan terhadap perintah perintah Tuhan seru sekalian alam.

Di antara hak hak yang terpenting lagi ialah :
  1. Menutup keaibannya.
  2. Meringankan kesusahannya.
  3. Membantunya dalam segala perkara penting dan perlu.
  4. Memenuhi segala hajat dan keperluan.
  5. Menghapuskan duka nestapanya.
  6. Membelanya jika teraniaya.
  7. Menolongnya jika lemah.
  8. Menghormati yang tua.
  9. Meringankan beban hidupnya.
  10. Berbelas kasihan terhadap yang kecil.
  11. Tiada menyusahkan seorang muslim yang lain, tiada mensia siakanya, atau menghinanya, atau memandangnya rendah.
  12. Tiada mencaci seorang Muslim, atau mengejek ngejeknya.
  13. Tiada menipu seorang Muslim yang lain.
  14. Tiada mendengki seorang Muslim, atau memendam perasaan dendam terhadapnya, atau menyangka sesuatu yang tidak baik terhadapnya.
  15. Hendaklah mengambil berat terhadap urusan kaum Muslimin, merasa gembira ketika mereka senang, dan bermuram durja ketika mereka sedang dalam kesusahan.
  16. Hendaklah mengharapkan sesuatu yang baik bagi mereka, sebagaimana ia mengharapkan bagi diri sendiri dan membenci sesuatu yang tidak baik bagi mereka, sebagaimana ia membencinya untuk diri sendiri.
Sabda Rasulullah SAW:
"tiada sempurna iman seseorang kamu, sehingga ia mencintai saudaranya, sebagaimana ia mencintai diri sendiri"

Sabdanya lagi
"seorang Muslim terhadap Muslim yang lain, laksana sebuah binaan, yang setengahnya mengukuhkan setengah yang lain"

Sabdanya lagi
"barangsiapa tiada mengambil berat terhadap urusan kaum Muslimin, maka dia bukanlah dari golongan mereka sendiri"

Sabdanya lagi
"bukan dari golongan kami, siapa yang tiada berbelas kasihan terhadap yang kecil dan menghormati yang tua di antara kami"

Sabdanya lagi
"siapa yang menipu kami maka dai bukanlah dari golongan kami"

Sabdanya lagi
"bantulah saudaramu apabila ia menjadi orang yang mneganiaya atau orang yang teraniaya. Seorang sahabat bertanya: Kita memang membantunya jika ia menjadi orang yang teraniaya, tetapi bagaimana pula boleh kita membantunya, jika ia menjadi orang yang menganiaya"? Jawab Nabi SAW :  Kita melarangnya dari menganiaya orang lain itulah bererti kita membantunya."

Sabdanya lagi
"janganlah kamu dengki mendengki, jangan bersaingan dalam tawar menawar (sedang kamu tiada hajat untuk membeli), jangan bermusuh musuhan dan jangan seseorang kamu menambah harga ke atas sesuatu barang yang telah dibeli oleh setengah kamu, dan jadilah kamu sekalian hamba hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak boleh menganiaya atau merendahkan kedudukannya, menghinanya, atau mendustakannya. Taqwa berada di sini, sambil baginda mengisyaratkan ke dadanya ( disebutkannya tiga kali). Memadailah seorang manusia itu dikira telah berbuat jahat dengan menghina seorang saudaranya yang Muslim. Setiap Muslim terhadap Muslim yang lain, haram darahnya dan hartanya dan kehormatan dirinya."

Sabdanya lagi
"barangsiapa melepaskan seorang Muslim suatu kesusahan dari kesusahan kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskannya suatu kesusahan dari kesusahan kesusahan Hari Kiamat. Barangsiapa yang meringankan suatu kesempitan seorang, niscaya Allah akan meringankan kesempitannya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutup (keaiban) seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup ( keaibannya) di dunia dan di akhirat. allah sentiasa bersedia unutk membantu hambaNya, selama hamba itu sentiasa bersedia untuk membantu saudarnya."

Sabdanya lagi
"barangsiapa sentiasa mengambil berat tentang keperluan saudaranya, niscaya Allah sentiasa mengambil berat terhadap keperluanya."

Allah sajalah yang menunjukkan yang HAK (benar) dan Dialah yang menunjukkan jalan yang lurus.

(dipetik dari KITAB An-Nashaaih Ad Diniyah Wal-Washaaya Al-Imaaniyah)

Jumaat, 11 Mac 2011

salah satu simptom SIHIR PEMISAH...

Pusat Rawatan Akrine Segamat dikunjungi sepasang suami isteri...
gambar hiasan

"Akak bawa suami ni.. dia dah 6 bulan sakit.. tengok lah dah kurus kering dah... kenapa yer Ustaz?"... kata si isteri untuk suaminya supaya dirawat... "Akak isi borang ni dulu... lepas tu saya akan rawat dia... insyallah yer" balas saya..

Melihat keadaan suaminyer seperti orang tak normal.. maksud saya kepala dan badan ok.. tp tak kena pada tangan dan kaki kerana tinggal tulang jer.. paling teruk suaminya mati pucuk...."Ya Allah apa dah jadi pada orang ni." kata hati saya.. Selalunyer saya suka scan melihat pada borang yang diisi... itu cara saya lah sebab simptom gangguan sihir mempunyai alamat mimpi yang sama (pengalaman)... melihat keadaan isterinya seperti tiada sakit apa, sihat tubuh badan, makan minum takde masalah, buat kerja pun ok... Mereka ni orang berniaga kedai makan... tapi ada masalah tersembunyi yang kita tak tahu...

Saya melihat borang mereka... suaminyer tiada simptom pun cuma si isteri tadi selalu mimpi banjir, lemas dalam air, mimpi banyak ular, mimpi hutan dan semak samun... dan banyak lebam lebam pada bahagian peha dan tangan... insyallah kat situ jer kita dapat mengetahui apakah sakit mereka...(pengalaman)..

Sesi RUQYAH....
Saya panggil kedua duanya untuk diruqyah... tp alasan isterinya "eh! saya tak sakit Ustaz..." , "takperlah akak duduk sahaja kat situ dan dengar jer apa yang saya baca... ayat quran jer".. jawab saya, Saya terus bagi air rawatan dan mereka minum... pada masa tu si isteri terasa sesak nafas.. dan pening kepala... "Ustaz.. saya nak muntah lah..." masa yang sama pembantu saya sudah sediakan beg plastik... tapi tak muntah pun.. sajer jer tu... seperti biasa saya baca ayat pembuka "ya ayuhan nafsul mutma'innah.. ( akhir ayat ) tiba jer ayat albaqarah 102 tiba2 si isteri mengamuk.. jadi kecoh kejap... agaknya jin ajak berlawan kot... yelah saya ni berserah pada Allah, hanya baca je masa tu...

Jin Mengamuk

bacaan ayat ayat sihir saya ulang sehingga 3x.. semakinlah dia mengamuk.. tp kali ni saya dipukul.. sebenarnya taknak lah bersikap ganas sebab penat merawat yang kena jenis ni... "Ya Allah bantu lah hamba mu ini"... tanpa berlengah lagi saya bacakan surah Al Ikhlas dan hembus di tapak tangan yang pertama saya lontarkan dibahgian kepala yang dua lagi saya baling ke arah perut... akak yang terasuk tadi muntah... "MasyAllah, Allah Maha Besar".... dia rebah dan tersandar pada dinding.. nafasnya termengah mengah.. namun saya teruskan bacaan As Soffat 1-10, Ar Rahman, Al Hasyr 21 - 24, Al Jin 1 -9 dan 3 Qul... pada masa tu dia tutup telinga jer... saya teruskan teknik setelah berdialog jin itu dihantar oleh tukang sihir...

Teknik Mengambil Barang Sihir..
Dakwah adalah perkara paling penting dalam rawatan, setelah mengislamkan jin sihir tadi, menyuruh jin mengambil barang sihir menggunakan tangan pesakit, jadi nampaklah tangan si isteri akan bergerak dengan sendirinya...si isteri akan menghabiskan barang sihir dulu.... kemudia saya memanggil suaminya duduk dihadapan isterinya... tangan si isteri tadi akan mengambil barang sihir pada bahagian2 tertentu dan yang paling dasyat di tempat alat sulit suaminya....

Mengeluarkan jin dalam badan...
Lebih kurang 2 jam saya merawat, jin tu kata barang sihir dah habis dia ambil.. namun saya dakwah supaya tidak mengikut telunjuk tukang sihir... Allah ciptakan dunia ni sungguh luas, bukan tempat tinggal kamu dalam badan manusia... akur jin tu tadi... sebenarnya bukan seekor tapi 3... apabila proses ikrar jin tadi selesai saya mengazankan pesakit tadi untuk membantu mengeluarkan jin tersebut...

Tidak ada niat apa pun untuk menceritakan hal ini... melainkan hanya berkongsi pengalaman dalam rawatan, bagi saya dalam kaedah rawatan sekiranya kita dapat puncanya... salah satu cara ianya akan memudahkan rawatan.. INSYALLAH.. bertawakal penuh pada Allah dan mesti ada kesungguhan untuk merawat pesakit...