Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Sabtu, 13 Februari 2016

Sudah berpindah...

Assalamualaikum wbt

Untuk makluman bahawa saya telah berpindah di alamat seperti berikut :

Pusat Terapi Islam Al Barokah
No 4, Jalan Sri Seruling Satu
Taman Sri Seruling, Buloh Kasap
85010 Segamat
Johor

telefon pejabat 079441455

fon / whatsapp / telegram / Line
0133831438 / 0197002278


Khamis, 28 November 2013

GANGGUAN JIN ASYIK...

Bismillahirahmanirahim....

Sejak kebelakangan ini saya mendapati begitu ramai terutamanya perempuan datang ke pusat rawatan untuk mengenalpasti simptom atau satu masalah yang menganggu kehidupan mereka sehingga tidak dapat fokus kerja dan rutin harian mereka. Perubahan mereka sering menjadi murung, suka bersendirian, hilang selera makan, berasa letih, dan sering sakit kepala. Apabila menjalani rawatan yang menggunakan ayatul Quran telah dikenalpasti simptom yang menganggu mereka adalah gangguan JIN ASYIK.

Gangguan jin asyik ialah jin jantan telah jatuh cinta dan asyik kepada seseorang perempuan, atau jin betina cinta kepada seorang lelaki.

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah berkata :"Gangguan dari jin kepada manusia kadang kadang kerana hawa nafsu dan asyik (jatuh cinta) sebagaimana ianya berlaku sesama manusia" (majmu' al-Fatwa)

Gangguan jin asyik ini berpunca dari perbuatan dan perangai pemuda pemudi yang boleh merangsang nafsu syahwat jin. Sebagai contoh, perempuan remaja yang menghadap cermin dalam keadaan berbogel, tiba tiba tanpa disedarinya telah lalu jin melihat kecantikkan tubuh badannya. Ini akan me,bangkitkan nafse syahwat jin tersebut, sebagaimana manusia juga akan bergelora syahwat apabila melihat keadaan begitu.

Ia juga berlaku kepada pemuda yang selalu melakukan 'onani', akan menyebabkan jin betina yang kebetulan lalu situ akan merangsang nafsunya dan akan jatuh asyik kepadanya.

gambar hiasan

Tanda tanda gangguan jin asyik :

1. Selalu bermimpi melakukan hubungan seks. Perlu diingatkan disini, mimpi seperti itu terbahagi kepada dua jenis :

  • Sampai umur Baligh : remaja yang bermimpi sehingga keluar air mani menunjukkan telah sampai umur Baligh.
  • Tenaga dalaman yang berlebihan: pemuda bujang yang tenaga berlebihan dari biasa akan bermimpi sehingga inzal, tenaga itu akan keluar dan berkurangan serta menjadi seimbang.
  • Selalu memikirkan seks atau melihat perkara perkara yang merangsangkan seksnya: pemuda yang selalu memikirkan keseronokan seks atau melihat perkara yang merangsangkan seksnya sebelum tidur, biasanya terbawa bawa di dalam mimpi sehingga inzal.
Ketiga tiga keadaan ini adalah mimpi, yang tidak berlaku hubungan seks sebenarnya, ianya hanyalah mainan perasaan. Sebab itulah selepas dia bangun dari mimpi itu, dia tidak merasa letih kerana ianya berlaku hanya beberapa saat sahaja di alam mimpi. Mimpi ini berlaku kepada manusia biasa, mungkin sekali setiap minggu, bulan atau tahun, malahan ada yang bermimpi seperti itu sekali atau dua kali seumur hidupnya.

2. Mimpi yang berpunca dari gangguan jin asyik.

Ia berbeza dari keadaan mimpi di atas, diantaranya :
  • Seseorang itu bermimpi tanpa sebab sebab yang lalu.
  • Berlakunya hubungan seks di dalam mimpinya memakan masa yang akan lama, lima sepuluh minit atau lebih.
  • Apabila dia sedar dari mimpi, akan terasa letih dan merasakan ianya benar benar berlaku.
  • Mimpi ini selalu datang, kadang kadang dua, tiga kali seminggu atau setiap hari, malahan lebih teruk lagi bila terlelap sahaja bila bila masa dia akan bermimpi.
  • Merasakan seolah olah ada orang tidur disebelahnya.
  • Hilang nafsu ingin bernikah.
  • Hilang nafsu kepada perempuan atau lelaki.
  • Sekiranya dia telah berkahwin, merasa tidak selesa dengan pasangannya terutama ketika mahu melakukan hubungan kelamin.
  • Apabila selesai melakukan hubungan kelamin dengan pasangannya, merasa tidak puas dan merasa amat letih.
Mudah mudahan sedikit pencerahan dari sang faqir ini memberi manafaat dan dapat mencegah supaya tidak menjadi mangsa gangguan JIN ASYIK.

Bicara perihal SYAITAN... : SENJATA SYAITAN...Apakah senjata syaitan yang digunakan untuk memerangi manusia??

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum...subahanALLAH, alhamduLILLAH, ALLAHU akhbar.... masyaALLAH, segala puji bagi Allah Taala sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan alam Nabi Muhammad s.a.w keluarga serta sahabat sahabat baginda.Sudah sekian lama menyepikan diri dengan izinNYA rasa semangat untuk menambahkan koleksi bacaan dari hamba yang masih faqir ini.

Berdasarkan al-Quran senjata  yang digunakan oleh syaitan untuk memerangi manusia boleh disimpulkan kepada tiga perkara :

1.Menghiasi kejahatan agar nampak baik.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
 "Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang telah mereka lakukan." ( an-An'aam 43)
salah satunya rasuah

2. Menyesatkan manusia dari kebenaran. 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, "Kecuali di antara zuriat zuriat Adam itu hamba hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik" (al-Hijr 39-40)
antaranya adalah berzina

3. Banyak angan angan
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong ; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata mata." ( an-Nisa' 120)


Persoalanya : Bagaimanakah manusia boleh selamat di dalam peperangan dengan syaitan?

Sesungguhnya dengan rahmat Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul rasul a.s. kepada manusia dan menurukan bersama petunjukk, jika manusia berpegang dengan petunjuk tersebut nescaya syaitan tidak akan berjaya menyesatkannya, firman Allah s.w.t :
"Kami berfirman lagi :"Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada-KU (melebihi Rasul rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."....       (al-Baqarah 38) 
 Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari syurga itu, bersama sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengah yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara." (Thaha 123)
"Sesungguhnya hamba hamba Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). "Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu)." (al-Hijr 42)

Malahan syaitan telah membuat pengakuan bahawa hamba Allah s.w.t. yang ikhlas tidak akan dapat disesatkannya, 
Firman Allah s.w.t
"Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, (maka demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriat zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka smeuanya, "Kecuali di antara zuriat zuriat Adam itu hamba hamba-Mu yang ikhlas (dibersihkan dari sebarang syirik)."...(al-Hijr 39-40)
Segala puji pujian bagi Allah s.w.t yang telah memberikan hidayah-Nya untuk menyempurnakan penulisan ini. 
 
 
 
 
 

Selasa, 11 Disember 2012

15 Perkara ini nescaya bala' bencana akan menimpa mereka

Daripada Ali Bin Abu Talib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w

Jika umatku melakukan 15 perkara yang berikut ini, nescaya bala' bencana akan menimpa mereka. Para sahabat lalu bertanya: "Apakah dia itu wahai Rasulullah? Jawab baginda:
  1. Jika harta rampasan perang bertukar tangan.
  2. Jika amanat dikira suatu keuntungan.
  3. Jika zakat dianggap sebagai denda (dikeluarkan secara terpaksa)
  4. Jika lelaki terlampau tunduk kepada isteri.
  5. Jika ramai orang menderhakai kepada ibunya.
  6. Jika orang terlampau patuh pada teman.
  7. Sedang ayah sendiri dihampakan dan disia siakan
  8. Jika ada orang suka bertengkar tengkar dalam masjid.
  9. Apabila orang yang rendah maruahnya menjadi ketua sesuatu kaum.
  10. Apabila orang yang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.
  11. Apabila minuman keras tersebar luas.
  12. Apabila ramai orang memakai kain sutera.
  13. Apabila penyanyi penyanyi wanita diutamakan dan diagungkan.
  14. Apabila alat alat muzik digunakan.
  15. Apabila umat hari ini mengutuki umat sebelumnya.
Apabila hal hal serupa ini berlaku, maka tunggulah ketika itu akan tibanya angin panas, atau bahaya bahaya lain seumpama gempa bumi dan penukaran corak dan rupa.

Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, seraya berkata: Hadis ini adalah gharib, yang hanya diriwayatkan dari Saiyidina Ali bin Abu Talib semata.

Kurang Belas-kasihan dan sentiasa menyangka buruk...

Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Penyayang

Tiada upaya dan kuasa melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Maha Suci Engkau. Wahai Tuhan! Tiada Ilmu bagiku melainkan apa yang engkau ajariku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Maha Bijaksana.

Segala puji bagi Tuhan seru sekalian alam, yang telah menjadikan dakwah kepada kebenaran, petunjuk kepada kebaikan dan nasihat kepada kaum Muslimin sebagai semulia mulia amal bakti, setinggi tinggi darjat dan sepenting penting urusan dalam Agama iaitulah para Nabi Allah yang diutus, dan jalan para auliyaNyayang soleh, juga para ulama yang patuh, yang mendalami seluruh ilmu pengetahuan dengan yakin. Selawat dan Sejahtera atas junjungan dan penghulu kita Nabi Muhammad, Nabi yang Amin dan kekasih yang teguh, penutup sekalian para nabi, imam sekalian para muttaqin, pemimpin bagi orang orang terdahulu dan yang terkemudian.

Adapun perasaan kurang rahmat dan belas kasihan terhadap kaum Muslimin, maka yang demikian itu menunjukkan kerasnya hati, kejam, bengis dan ganas. Semua sifat sifat itu adalah dicela dan buruk, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"Tunjukkanlah belas-kasihan terhadap orang orang yang di muka bumi, niscaya Tuhan yang di langit akan membelas-kasihanimu. Berbelas-kasihanlah, niscaya adan dibelas-kasihani pula. Sesungguhnya Allah merahmati para hambaNya yang bersifat belas-kasihan."

Sabda Rasulullah SAW lagi :

"Perasaan belas-kasihan itu tidak akan dicabut, melainkan daripada seorang yang jahat"

Orang yang tiada menyimpan perasaan belas-kasihan dan rahmat di hatinya terhadap kaum Muslimin, terutama sekali kepada orang orang yang susah, miskin, dan lemah, dan terhadap orang orang yang ditimpa bala' dan bencana, adalah orang yang mempunyai keras hatinya, lemah imannya dan sentiasa terjauh dari Tuhannya.

Adapun yang menyangka buruk terhadap kaum Muslimin, maka sifat itu dicela dan buruk. Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Dua perkara tiada sesuatu pun yang lebih utama daripadanya, iaitu menyangka baik terhadap Allah Ta'ala, dan menyangka baik terhadap hamba- hamba Allah. Dan dua perkara lagi, tiada sesuatu pun yang lebih buruk daripadannya, iaitu: menyangka buruk terhadap Allah Ta'ala, dan menyangka buruk terhadap hamba hamba Allah."

Maksud buruk sangka terhadap kaum Muslimin, ialah: 'Anda menyangka buruk terhadap perbicaraan dan perbuatan mereka, yang pada lahirnya kelihatan baik dan bagus. Akan tetapi anda sengaja memahamkan maksud sebaliknya dari apa yang mereka lahirkan itu.

Ataupun anda menganggap semua perbuatan dan percakapan orang lain yang mungkin ada baiknya dan ada jahatnya, semuanya tidak baik, padahal anda boleh menganggap kesemuanya baik. Itu juga dikira buruk sangkanya, akan tetapi tidaklah serupa dengan yang pertama. Adapun baik sangka terhadap kaum Muslimin,   adalah sebalik yang demikian. 

Segala perbuatan dan percakapan mereka, jika lahirnya baik, anda menganggapnya baik dan menyangka yang baik saja. Manakala perbuatan dan percakapan itu mungkin sebaliknya, anda menganggapnya baik semata mata. Perlakukanlah serupa itu sekadar kemampuan, kemudian hendaklah anda meminta diperbantu Allah Ta'al, dan Maha Pemberi Taufiq"

dipetik dari Kitab An-Nashaaih Ad-Daniyah Wal-Washaaya Al-Imaaniyah.....

Janganlah kita memperkecilkan amalan orang lain, sungguhpun kita selalu pergi ke majlis ilmu....

Daripada Abdur Rahman Bin Samurah r.a. berkata : Sekali peristiwa Rasulullah SAW keluar, seraya berkata: Sesungguhnya aku telah bermimpi ajaib malam kelmarin.....

Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawanya, maka Malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksaan kubur, maka ia telah diselamatkan oleh wudhu'nya.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh zikrullah..

Aku melihat juga seorang dari umatku telah diseret oleh Malaikat-azab, maka segera menjelang sembahyangnya serta melepaskannya dari tangan mereka.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang berat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminum daripadanya, maka segera menjelang puasanya serta memberikannya minum sehingga ia merasa puas.

Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul kumpul, setiap ia mendekati mereka, ia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnyasambil meminpinnya ke kumpulanku seraya menunjukkannya supaya duduk di sisiku.

Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap gulita, dihadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan binggung, maka menjelmalah haji dan umrahnya, lalu mengeluarkannya dari suasana gelap gulita itu dan memasukkannya ke dalam suasana terang menderang.

Aku melihat juga dari seorang umatku berbicara kepada kaum Mu'minin, akan tetapi tidak seorang dari mereka yang mahu membalas bicaranya, maka menjelmalah silaturahimnya seraya menyeru orang orang itu katanya "wahai kaum Mu'minin sambutlah bicaranya, lalu mereka pun berbicaralah dengannya.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang menepis nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera menjelmalah sedekahnya lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat-Zabaniah ke merata tempat. maka segera menjelmalah Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkarnya seraya menyelamatkannya dari cengkaman mereka serta menyerahkannya pula kepda Malaikat-Rahmat.

Aku melihat juga dari seorang umatku sedang merangkak rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang hijab(tabir), maka jelmalah budipekertinya seraya memimpinnya sehingga dibuka hijab tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Ta'ala.

Aku melihat juga dari seorang umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catitannya, maka menjelmalah perasaan takutnya kepada Allah menukarkan tujuan buku catitat itu ke arah kanan.

Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak anaknya yang mati kecil, lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat pula.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri dipinggir Jahannam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksaan Allah Ta'ala, lalu membawanya jauh dari tempat itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka menjelmalah airmatanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Ta'ala, lalu menyelamatkannya dari api neraka itu.

Aku melihat juga dari seorang umatku sedang meniti 'shirat' (titian) manakala seluruh tubuhnya bergoncang, seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Ta'ala, lalu menenteramkan kegoncangannya itu dan mudahlah ia meniti hingga ke hujung titian itu.

Aku melihat juga dari seorang umatku sedang meniti di atas 'shirat'`, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah selawatnya ke atas diriku, lalu ia pun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku sudah hampir tiba di pintu syurga, dan dengan sekonyong konyong pintu pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, lalu membukakan pintu pintu syurga itu untuknya, sehingga ia boleh memasukinya.

Aku melihat juga ada ramai orang yang digunting gunting lidahnya, maka aku bertanya Jibril..siapa gerangan mereka itu, maka Jibril menjawab : Mereka itulah orang orang yang suka membawa mulut ke sana ke mari, Dan aku melihat juga orang orang yang digantung dengan lidah lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapa gerangan mereka itu, maka Jibril menjawab; Mereka itulah orang orang yang melemparkan tuduhan terhadap kaum Mu'minin dan Mu'minat dengan tuduhan tanpa bukti.

Hadis ini telah disebut oleh Imam As-Sayuthi di dalam kitabnya Syarhus-Shudur, sambil berkata, ia telah dikeluarkan oleh At-Tabarani di dalam kitab Al-Kabir. Begitu pula oleh Al-Hakim At-Tarmidzi di dalam kitab Nawadirul-Ushul, dan Al-Isfahani di dalam kitabnya At-Targhib.

Sabtu, 24 November 2012

Bicara Rawatan Islam..: Kaki dihuni Jin Spesis Ular...

Bismillahirahmanirahim........Assalamualaikum wbt.......

Segala puji bagi Allah yang mencipta alam ini dan pujian ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW. Pada kali ini hanya berkongsi cerita berdasarkan pengalaman... namun tiada niat lain melainkan hanya menceritakan satu kisah pengalaman rawatan sahaja. Baru baru ini sepasang suami isteri daripada Terengganu telah datang mengunjungi pusat rawatan saya, namun pada masa itu masa dan keadaan tidak mengizinkan oleh kerana sudah lewat malam dan kami dalam keletihan. Walaubagaimanapun wajah sayu yang mengambarkan masalah gangguan telah menarik perhatian saya untuk membantu pasangan itu, tetapi saya memberitahunya hanya boleh buat pemeriksaan sahaja kerana saya ketandusan tenaga untuk melakukan rawatan.

hiasan
Setelah diperiksa isterinya mengalami gangguan pergerakkan kaki yang tidak henti henti. jari kaki sentiasa kembang kuncup, pegelangan kaki sentiasa berpusing pusing.. dan sakit pada bahagian keseluruhan kaki kiri.  Gangguan ini menyebabkan dia berikhtiar cara rawatan Quran setelah beberapa kali ke klinik dan hospital namun tiada apa apa perubahan.

Dalam pada itu saya hanya boleh kongsikan pengalaman tentang penyakit yang di alami itu, gangguan seperti itu biasanya diganggu oleh spesis jin binatang. dan mirip pergerakkannya adalah seperti ular.

Pada keesokan harinya, pada jam 3:00pm saya merawat isterinya. Kaedahnya adalah seperti biasa Ruqyah Asas, kemudian mencari tempat tinggal jin pada kaki berkenaan.Cara mengesan menggunakan bacaan ayatul Soffat 1 - 10 diulang ulang sambil menuding jari ke arah kaki berkenaan tanpa disentuh. Semasa proses ini dijalankan akan berlaku pada satu tempat kakinya akan bergegar, maka di situlah akan saya membacakan berulang ulang sehingga tiada pergerakkan lagi. Proses rawatan mengambil masa hampir 1 jam dan kakinya kembali normal tanpa pergerakkan lagi.

Semua yang berlaku ini adalah dengan  izinNya, apa pun yang menjadikan perangcangan adalah DIA, kita hanya menjadi pelakon dan aturan sahaja, yang menjadi celaru apabila si pelakon tadi tidak mengikut aturan yang ditetapkan. Insyallah tiada kita tanpa DIA.. dan tiada kesembuhan tanpa DIA... BIIZNILLAH..