Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Jumaat, 30 September 2011

Semua itu urusan Allah... ( merawat penyakit ketumbuhan yang dikenali sebagai CYST pada rahim )

Dengan kalimah basmallah... secara ringkas nak kongsikan pengalaman merawat pesakit ketumbuhan pada rahim yang dikenali sebagai CYST. Pada mulanya saya pun tak tahu penyakit ini kerana pada masa itu pertama kali mendengarnya, namun pesakit perempuan yang baru 3 minggu mengandungkan anak pertamanya datang berjumpa saya, menceritakan kebimbangan setelah mengetahui penyakitnya melalui x-ray dari sebuah klinik di Johor Bahru.

Semasa rawatan seperti biasa akan menjalani sessi RUQYAH pertama, bagi mengetahui sama ada beliau mengalami gangguan ataupun tidak, tetapi yang pasti sememangnya tiada.Untuk meraikan pengharapannya supaya penyakitnya sembuh saya memohon pada Allah dan lalu terlintas untuk membacakan Surah As Soffat.. kerana pesanan guru guru tempat saya belajar, akan ditekankan bahawa merawat tidak boleh bergantung pada ayat mahupun teknik jadi saya ambil keputusan supaya bacaan itu jadikan asbab penawarnya.

hiasan
Rawatan Pertama
Pada pertama kali beliau datang dan menceritakan ketumbuhannya sebesar 7cm, dan doktor itu telah mencadangkan supaya beliau dirawat melalui perubatan Islam kerana jika beliau dirawat di hospital kemungkinan akan menjalani pembedahan dan akan menganggu kandungan berkenaan. Semasa rawatan pertama beliau berada pada hadapan dan duduk menghadap saya. Dengan berpandukan senaskah Quran Surah As Soffat dan dibacakan terus kepada pesakit sehingga akhir surah itu.

Setelah beberapa hari menjalani rawatan, beliau telah menelefon dan memberitahu ketumbuhan itu telah mengecil sebesar 3cm. Namun begitu beliau berkehendakkan menjalani rawatan kedua pada minggu berikutnya.

Rawatan Kedua
Pada kali kedua tidak berbeza seperti rawatan pertama, cuma meletakkan air berhadapan supaya ianya dijadikan penawar. Setelah beberapa hari, beliau menelefon saya dan memberitahu ketumbuhan itu sudah hilang dan pengesahan itu dibuat pada sebuah klinik yang cuba beberapa kali x-ray untuk memastikan ketumbuhan itu benar benar hilang..

Semua ini adalah urusan Allah.. semuanya datang darinya, penyakit dan penawar adalah milik DIA, jadi taqarub dengan Allah adalah satu perkerjaan yang tidak sia sia malah Allah akan kasihkan setiap hambanya.
Biiznillah..