Sejak kebelakangan ini saya mendapati begitu ramai terutamanya perempuan datang ke pusat rawatan untuk mengenalpasti simptom atau satu masalah yang menganggu kehidupan mereka sehingga tidak dapat fokus kerja dan rutin harian mereka. Perubahan mereka sering menjadi murung, suka bersendirian, hilang selera makan, berasa letih, dan sering sakit kepala. Apabila menjalani rawatan yang menggunakan ayatul Quran telah dikenalpasti simptom yang menganggu mereka adalah gangguan JIN ASYIK.
Gangguan jin asyik ialah jin jantan telah jatuh cinta dan asyik kepada seseorang perempuan, atau jin betina cinta kepada seorang lelaki.
Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah berkata :"Gangguan dari jin kepada manusia kadang kadang kerana hawa nafsu dan asyik (jatuh cinta) sebagaimana ianya berlaku sesama manusia" (majmu' al-Fatwa)
Gangguan jin asyik ini berpunca dari perbuatan dan perangai pemuda pemudi yang boleh merangsang nafsu syahwat jin. Sebagai contoh, perempuan remaja yang menghadap cermin dalam keadaan berbogel, tiba tiba tanpa disedarinya telah lalu jin melihat kecantikkan tubuh badannya. Ini akan me,bangkitkan nafse syahwat jin tersebut, sebagaimana manusia juga akan bergelora syahwat apabila melihat keadaan begitu.
Ia juga berlaku kepada pemuda yang selalu melakukan 'onani', akan menyebabkan jin betina yang kebetulan lalu situ akan merangsang nafsunya dan akan jatuh asyik kepadanya.
gambar hiasan |
Tanda tanda gangguan jin asyik :
1. Selalu bermimpi melakukan hubungan seks. Perlu diingatkan disini, mimpi seperti itu terbahagi kepada dua jenis :
- Sampai umur Baligh : remaja yang bermimpi sehingga keluar air mani menunjukkan telah sampai umur Baligh.
- Tenaga dalaman yang berlebihan: pemuda bujang yang tenaga berlebihan dari biasa akan bermimpi sehingga inzal, tenaga itu akan keluar dan berkurangan serta menjadi seimbang.
- Selalu memikirkan seks atau melihat perkara perkara yang merangsangkan seksnya: pemuda yang selalu memikirkan keseronokan seks atau melihat perkara yang merangsangkan seksnya sebelum tidur, biasanya terbawa bawa di dalam mimpi sehingga inzal.
Ketiga tiga keadaan ini adalah mimpi, yang tidak berlaku hubungan seks sebenarnya, ianya hanyalah mainan perasaan. Sebab itulah selepas dia bangun dari mimpi itu, dia tidak merasa letih kerana ianya berlaku hanya beberapa saat sahaja di alam mimpi. Mimpi ini berlaku kepada manusia biasa, mungkin sekali setiap minggu, bulan atau tahun, malahan ada yang bermimpi seperti itu sekali atau dua kali seumur hidupnya.
2. Mimpi yang berpunca dari gangguan jin asyik.
Ia berbeza dari keadaan mimpi di atas, diantaranya :
- Seseorang itu bermimpi tanpa sebab sebab yang lalu.
- Berlakunya hubungan seks di dalam mimpinya memakan masa yang akan lama, lima sepuluh minit atau lebih.
- Apabila dia sedar dari mimpi, akan terasa letih dan merasakan ianya benar benar berlaku.
- Mimpi ini selalu datang, kadang kadang dua, tiga kali seminggu atau setiap hari, malahan lebih teruk lagi bila terlelap sahaja bila bila masa dia akan bermimpi.
- Merasakan seolah olah ada orang tidur disebelahnya.
- Hilang nafsu ingin bernikah.
- Hilang nafsu kepada perempuan atau lelaki.
- Sekiranya dia telah berkahwin, merasa tidak selesa dengan pasangannya terutama ketika mahu melakukan hubungan kelamin.
- Apabila selesai melakukan hubungan kelamin dengan pasangannya, merasa tidak puas dan merasa amat letih.
Mudah mudahan sedikit pencerahan dari sang faqir ini memberi manafaat dan dapat mencegah supaya tidak menjadi mangsa gangguan JIN ASYIK.