Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Ahad, 23 September 2012

ALHAMDULILLAH.... program terlaksana dengan izinNYA...sambutan begitu meriah Sinar Harian...24hb September 2012.. m/s13


SEGAMAT – Orang ramai berpusu-pusu memenuhi Madrasah Ibnu Masud, di sini, semalam bagi mengikuti Program Rawatan Islam Perdana yang dianjurkan madrasah tersebut.

Pengarah program berkenaan, Firdaus Masod berkata, ini merupakan kali kedua pihak Madrasah Ibnu Masud menjadi tuan rumah bagi mengadakan program rawatan Islam tersebut.

Menurutnya, disebabkan sambutan baik daripada orang ramai pada anjuran kali pertama, ia memberi ilham untuk menganjurkan rawatan  sama buat kali kedua dan berhasrat menjadikannya program tahunan.

“Rawatan ini diberikan secara percuma kepada lebih 200 pesakit dan kebanyakannya dari Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan,” katanya.

Firdaus berkata, bagi mengelakkan pertembungan rawatan antara pesakit lelaki dan wanita, pesakit diasingkan dan setiap satu sesi dibenarkan 50 pesakit dengan empat sesi rawatan.

"Sempena program ini juga, kami menyediakan khidmat berbekam yang dikenakan bayaran sebanyak RM30," katanya.

Sementara itu, salah seorang pesakit,  Zairul Aini Zainal Abidin, 38, berkata, sejak berkahwin 13 tahun lalu saya sering batuk namun hingga kini masih tidak menemui ubat khas meskipun telah berulang alik menerima rawatan dan mengambil ubat-ubatan seperti yang disyorkan.

“Alhamdulillah setelah ikuti rawatan Islam, batuk saya berkurangan dan beransur pulih. Saya juga tetap meneruskan pemeriksaan di hospital," katanya.

23 September 2012..Rawatan Islam Perdana di Madrasah Ibnu Mas'ud, Tasek Alai, Gemereh, Segamat

sarapan dulu... para perawadan dan pembantu menikmati roti canai dan nasi lemak

muslimat Segamat dan pelajar UITM membantu untuk pendaftaran... jam 745am dah ada yang datang..

sampai licin... nak tambah lagi !!?

santai pagi tu....

cik kak...faham ker cam mana nak daftar....

produk Terapi Islam Al Barokah.... 

sesi mengangkat kanopi...baik baik jaga kaki yer...

Perawat Pak Wahab..sedang edar taq petugas

alamak cam tak cukup jer....

jam 830am sesi pendaftaran dah mula ramai...

akak akak....... nak yang mana satu bekam ker atau diruqyah

sponsor daun bidara...sedang meneliti keadaan daun

pembantu juga diberi jamuan..

pagi pun dah ada yang beli air ruqyah...

muntah kan!!!... hehehe kesian pak cik ni..

cepat cepat keluar.... !!

Pak Wahab sedang beri taklimat

huhuhu sedang bersilat dengan jin

sedang diperdengakan bacaan RUQYAH

baru mula baca dah ada yang mengamuk..

masing masing sedang menbantu keadaan mangsa

"saya tak dapat tidur lah ustaz......"

keluar keluar...!!   perawat naik angin cam jin gak...

memang murah tapi harga tidak boleh diskaun lagi yer..


ALHAMDULILLAH... program berjalan lancar dengan izinNya.. kepada pembantu petugas muslimin dan muslimat, jutaan terima kasih saya ucapkan, hanya jasa kamu semua Allah sahaja dapat membalasnya..

Program Rawatan Islam Perdana ini adalah pertama kali di Segamat... seramai 147orang yang mendaftarkan diri termasuk mereka yang perlukan rawatan bekam... Program ini bermula pada jam 830pagi dan hingga 7.00pm... sebenarnya jadual tamat pada jam 4.00pm namun ada yang masih datang dan mengharapkan rawatan, terpaksa melakukan sesi seterusnya.

dan saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Madrasah Ibnu Mas'ud kerana memberi ruang dan kemudahan kepada kami untuk beramal dan berdakwah kepada masyarakat mengenai perubatan Islam....

kami semua memohon ampun dan maaf sekiranya ada tercacat cela semasa program ini dijalankan... dan ada ramai yang tanya soalan ini kepada saya.... bila nak buat lagi...???






Khamis, 20 September 2012

Mengimbas kembali Rawatan Islam yang pernah diadakan Di Madrasah Ibnu Mas'ud....


pendaftar rawatan sedang memperdengarkan bacaan RUQYAH

Pembantu Perawat sedang menyusun para pendaftar rawatan
ruang menunggu diluar sambil dijamu makan...sponsor dari Madrasah Ibnu Mas'ud

Pembantu Perawat telah siap sedia... 

Pendaftar rawatan telah bersiap sedia

Pesakit yang kritikal dibantu oleh Pembantu Perawat
                      "dalam rawatan ini kita tidak boleh menjanjikan kesembuhan kerana prinsip rawatan adalah usaha dan ikhtiar, sedangkan yang menyembuhkan hanyalah ALLAH..."

Selasa, 18 September 2012

Rawatan Islam Perdana di Segamat.....


Assalamualaikum wbt...
Rawatan Islam Perdana pertama kali diadakan di Segamat, bertempat di Madrasah Ibnu Mas'ud di Tasek Alai Gemereh...dan dijadualkan pada tarikh 23hb Sept 2012... Insyallah

Kepada mereka yang ingin dapatkan hal mengenai rawatan dan kaedah mengelak dari gangguan dijemput hadir ke program ini untuk memastikan selama ini mereka tidak diselubungi perkara misteri...

Walaubagaimanapun kepada mereka yang ingin mengetahui serba sedikit mengenai gangguan, berikut adalah tanda tanda gangguan makhluk halus atau lebih dikenali sebagai JIN...

Berikut adalah gangguan sewaktu tidur..


*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
*Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.
*Mimpi tandas dan buang air
*Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.

Berikut adalah tanda tanda gangguan ketika sedar


*Sakit tulang belakang tanpa sebab.
*Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
*Takut tidak bersebab.

*Badan terasa berat dan malas.
*Sukar mendapat jodoh.
*Suka bercakap-cakap berseorangan.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
*Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.
*Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
*Pengsan atau sawan tanpa sebab dan STROK.
*Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.
*Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
*Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
*Sakit tulang empat kerat.

*Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.
*Kuat berangan.
*Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
*Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
*Nafsu seksual yang melampau.
*Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.
*Mandul.
*Terasa diri selalu diperhatikan.
*Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
*Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata atau insomnia.
*Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.
*Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.
*Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
*Sakit dada  dan kaki terutama waktu senja ke atas.
* Terasa benda bergerak di bawah kulit.
*Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
*Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
*Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
*Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
*Malas beribadah
*Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
*Nyanyuk ketika lanjut usia.
*Kanak2 hyperactive atau autisme.
*Sikap berubah secara mendadak.
*Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
*Kerap keguguran.
*Gagal melakukan hubungan kelamin.
*Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.
*Sakit mental atau gila.
*Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza

Sekiranya ANDA mempunyai tanda tanda seperti yang dinyatakan di atas... boleh lah berkunjung pada program tersebut...

Kesembuhan itu milik mutlak ALLAH.... BIIZNILLAH..

Ahad, 29 Julai 2012

Peringatan!!



"... JANGAN LAYAN ASBAB PENYAKIT.....!!! yang utama carilah punca penyakit... kerana semuanya datang dari ALLAH..."

Group Memancing saya ... kali ni ke laut...selalunya ke hutan


antara program yang tak sempat upload... koleksi memancing di Pulau Aur 2hb & 3hb Julai 2012  dan koleksi memancing di Pulau Pemanggil 11hb & 12 hb Julai 2012..



hati hati ye bang kang tak pasal pasal kena selamatkan...


topi merah ni tgh berangan tarik ikan bosar...

peralatan memancing ala kadar jer..... banax5000 ada dua biji...

ni lah hasil tangkapan.. yg besar tu ikan haruan tasik..8.5kg..yang lain hasil chandat dan apolo...

muka penat...

dah stanby... tak sabor tunggu bot berhenti...

malam tadi tak sempat nak ikat perambut...

makanan tak siap siap...tu yang mamat ni asik hisap rokok jer...

amacam...haruan tasik 8.5kg... dapat semasa labuh terakhir sebelum balik

menuju pulang....

ikan tanda dan selar kecik dalam tong lain.... mmg banyak tangkapan 

masing masing tak sabo nak mancing...atau nak mabok free...

antara bot yang disewa... di Penyabung.. sehari semalam RM1000...

'baraccuda ..jam 1.45am berjaya dinaikkan... dan ada 3 ekor lagi dalam tong..tetapi 3 kali juga putus perambut ...guna still pun leh putus hehehehe..

PAK MAN...orang kuat mancing.. jenis pantang dipelawa...
tekong ni mmg ok...kalau tak caya leh tanya orang lain di Penyabung..


Assalamualaikum...saya mengambil kesempatan ini mengucapkan 'selamat menjalani ibadah puasa' kepada seluruh umat Islam di Malaysia..iaitu terutama kepada keluarga yang dicintai, para sahabat dikasihi, rakan2 seperjuangan semoga ibadah puasa pada tahun ini diberkati dan diterima oleh Allah SWT...amin ya robb..

(lama benar tak update blog hehehehe)