Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Jumaat, 27 Mei 2011

HISTERIA lagi!!!... 2 KELOMPOK JIN YANG DIKENAL PASTI....

hiasan

Assalamualaikum WBT... dengan izinNya dapat kembali mengemaskini blog ini, sebabnya dah berbulan tak dijengok... Alhamdulillah syukur kepada pemberi rahmat kerana memberi kesihatan sehingga kehari ini... rasa kekok pulak nak 'create' kerana dah lama tak menaip... walaubagaimanapun ada sedikit kisah yang saya nak kongsikan bukan dengan niat untuk menunjuk nunjuk mahupun riak tetapi hanya sekadar perkongsian rawatan.

Pada 23.5.2011, saya bersama Ustaz Amli telah hadir ke salah satu sekolah di daerah ini kerana kekerapan terjadi gangguan HISTERIA. Pada malam selepas isyak saya sampai pada jam 9.15pm. Ketika itu suasana tenang dengan kedengaran pelajar mengaji seperti membaca 'mathurat'. 

Sebenarnya saya telah memberitahu seorang Ustaz yang bertugas sebagai warden disitu untuk memanggil pelajar yang bermasalah.... supaya di letakkan satu tempat untuk memudahkan rawatan, antaranya pelajar yang pernah mengalami gangguan histeria, nampak kelibat, dengar suara seperti ketawa dan menanggis, mendengar bisikan dan diganggu ketika tidur seperti dicakar dan digaru.
hiasan

Amatlah terperanjat sejumlah hampir 70 orang pelajar yang mempunyai masalah seperti yang dinyataka telah ditempatkan di sebuah surau asrama perempuan dan sebelum kami datang mereka disuruh membaca 'mathurat' iaitu antara amalan mereka supaya mengelakkan dari diganggu.

Suasana dalam surau ketika itu agak tenang dan selesa yang dihadiri sejumlah 70 orang  pelajar dan beberapa orang guru. 

Pada jam 9.45pm kami telah diberi arahan untuk memulakan rawatan. Teknik yang kami gunakan adalah BASMALLAH 21.. dengan niat bakar dan racun jin dalam badan... Ustaz Amli memberi arahan kepada pelajar supaya pasang niat untuk racun dan bakar jin dalam badan.. kemudian bacaan basmallah dimulakan secara beramai ramai.. sebaik habis bacaan...  ada pelajar batuk dan muntah... dan selepas itu mereka ini kerasukan seperti histeria... bilangan pelajar  yang histeria pada masa itu adalah seramai 32 orang.. dan selebihnya hanya menanggis dan lemah badan. 

Keadaan masa itu dapat dikawal kerana mangsa yang cuba lari dari surau berkenaan tidak dapat menembusi dinding yang dipagar menggunakan ayatul kursi, yassin 9 dan 3 qul. Walau apa pun kesembuhan dalam rawatan itu adalah milik Allah, kami sentiasa bertawakal pada Allah dengan menggunakan kaedah berdakwah, baling, sembelih, dan pancung. 

Dalam rawatan ini kami menemui dua kelompok jin yang sering menyerang pelajar, satu di antaranya adalah dari hutan dengan tiada agama telah sepakat untuk menganggu kerana keinginan untuk berkahwin atau mencari pasang, tapi semasa sesi berdialog dengan kelompok ini mereka datang adalah kerana diseru oleh pelajar pelajar disitu... wallahu alam...dan satu lagi kelompok dari jin yang beragama kristian untuk merosakkan aqidah pelajar disitu... kami dapat berjumpa ketua ketua dari kelompok jin berkenaan dan akhirnya mereka ini keluar dengan ikrar dan berjanji tidak akan menganggu mereka lagi. 

hiasan
Pada jam 1240am suasana di surau berkenaan kembali tenang seperti sedia kala, mudah mudahan benar benar jin yang berjanji tadi keluar dan tidak menganggu pelajar lagi.. Dalam pada itu juga saya telah meminta seorang guru melakarkan satu plan sekolah dengan tujuan memagar..  bagi pelajar yang hanya menanggis dan badan lemah, saya menyuruh pelajar berniat supaya jadikan penawar dan bacaan BASMALLAH 21 di baca beramai ramai... setelah itu keadaan menjadi stabil semula dan mereka kembali ke asrama masing masing.

Persoalan yang masih timbul sehingga kehari ini adalah benarkah pelajar ini menyeru jin berkenaan?? sejauh manakah kebenaran ini?? wallahu alam.. apa pun ketentuan adalah milik mutlak Nya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan