Segala puji bagi Allah yang mencipta alam ini dan pujian ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW. Pada kali ini hanya berkongsi cerita berdasarkan pengalaman... namun tiada niat lain melainkan hanya menceritakan satu kisah pengalaman rawatan sahaja. Baru baru ini sepasang suami isteri daripada Terengganu telah datang mengunjungi pusat rawatan saya, namun pada masa itu masa dan keadaan tidak mengizinkan oleh kerana sudah lewat malam dan kami dalam keletihan. Walaubagaimanapun wajah sayu yang mengambarkan masalah gangguan telah menarik perhatian saya untuk membantu pasangan itu, tetapi saya memberitahunya hanya boleh buat pemeriksaan sahaja kerana saya ketandusan tenaga untuk melakukan rawatan.
hiasan |
Dalam pada itu saya hanya boleh kongsikan pengalaman tentang penyakit yang di alami itu, gangguan seperti itu biasanya diganggu oleh spesis jin binatang. dan mirip pergerakkannya adalah seperti ular.
Semua yang berlaku ini adalah dengan izinNya, apa pun yang menjadikan perangcangan adalah DIA, kita hanya menjadi pelakon dan aturan sahaja, yang menjadi celaru apabila si pelakon tadi tidak mengikut aturan yang ditetapkan. Insyallah tiada kita tanpa DIA.. dan tiada kesembuhan tanpa DIA... BIIZNILLAH..