Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Rabu, 20 April 2011

Dengan Izin Allah....

Teknik ini ana kaji sendiri dan sering digunakan semasa rawatan, ana kongsikan kepada yang berminat... QOBILTU....

TEKNIK HINDAR DARI GANGGUAN ATAU DISERANG....

1. Niat nak hindar serangan kerana Allah
2. Cantumkan telapak kedua dua ibu jari tangan
3. cucuk atau tekan pada hulu hati
4. baca lah Syahadah 3x
5. tarik nafas dalam2
6. jangan lepas nafas terus baca BISMILLAHI MASYA ALLAH.
7. hembus melalui mulut.
8. lakukan semula jika masih ada lagi...( insyallah ianya akan berkurangan )       
* ijazah dari Ust Wan Asrul.... 



TEKNIK HINDAR DARI PANDANGAN ATAU GANGGUAN MUSUH

1. niat hindar pandangan musuh kerana Allah.
2. Yassin ayat 1 - 9
3. tiup di tapak tangan sehingga habis nafas
4. sapu lah dari kepala hingga ke kaki..
5. insyallah semuanya dengan izin Allah

* musuh datang tp dia tak nampak


TEKNIK MENGESAN BARANG SIHIR

* sebelum masuk sesuatu tempat untuk mengesan barang sihir..

1. Niat mengesan barang sihir kerana Allah
2. Al Fatehah
3. Ayat pengerak 3x
4. Tanda tanda semasa mengesan - sedikit pening, mual, rasa nak muntah, rasa tak sedap badan, meremang 


TEKNIK MEMAKSA JIN KELUAR DARI TUBUH

1. Niat paksa jin keluar dengan izin Allah
2. As Soffat 1 - 10
3. 7 salamun  ( baca ulang ulang )  - halakan tapak tangan tempat tinggal jin sehingga mulut pesakit akan          terbuka sendiri..


TEKNIK PAKSA JIN BERCAKAP ( jika perlu )

1. Niat kerana dengan izin Allah
2. Al Fatehah
3. 7 salamun
4. tiup pada tengkuk pesakit

2 ulasan:

  1. Untuk mengesan sihir tu macam mana? kalau dah rasa tanda2 tu mcm mana nak tahu kawasan mana ada? atau ni kena guna kaedah gerak tangan?

    BalasPadam
  2. biasanya tak jauh dari situ.... (jika dah ada tanda)... ana mencari sendiri guna mata... mesti jumpa kekadang terselit tp jika tiada juga gunakan kaedah tapak tangan... baca KAF HA YA AIN SOD.. TIUP PADA TAPAK TANGAN... mengesan menghalakan tapak tangan tadi di kewasan lantai atau dinding kerana pasti mereka sembunyikan...tanda tandanya seperti dicucuk cucuk... INSYALLAH

    BalasPadam