Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Sabtu, 29 September 2012

Ganjaran Orang Bertaqwa

Bismillahairahmaanirahim.... Assalamualaikum...wbt

Dari segi bahasa taq wa berarti “menjaga diri dari segala yang membahayakan” atau mengikut sesetengah pakar bahasa “berjaga-jaga atau melindungi diri dari sesuatu”.

Dalam istilah syar‘i (hukum), kata taqwâ mengandung pengertian “menjaga diri dari segala perbuatan dosa dengan meninggalkan segala yang dilarang Allah Swt. dan melaksanakan segala yang diperintahkan-Nya”.

Didalam al-Quran kata ini disebut 258 kali dalam berbagai bentuk dan dalam konteks yang bermacam-macam. Adapun ganjaran kepada orang-orang yang bertaqwa di dunia dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran iaitu: -
TAQWA
  Dibukakan jalan keluar pada setiap kesulitan yang dihadapinya(1)  "dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),"

Dimudahkan segala urusannya (2)
  "Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."


Dilimpahkan kepadanya berkah dari langit dan bumi (3)
   "Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa sebabkan apa yang mereka telah usahakan." (QS. Al-A‘râf [7]: 96)

Dianugerahi furqân , yakni petunjuk untuk dapat membedakan yang hak dan bathil(4)  "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.  (Al-Anfâl [8]: 29)

TERLALU BAHAYA HASAD DENGKI DAN IRI HATI

Bismillahirahmaanirahim..... Assalamualaikum...wbt....

Sedikit ilmu yang dapat dikongsikan di sini yang dipetik dari kitab TONHIBUL GHAFILIN, mudah mudahan menjadi manfaat untuk kita semua.

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."
                       
Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:

'tikam belakang'
* Buruk sangka
* Hasad dengki
* Takut sial kerana sesuatu

Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab : "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."
                        
Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.
                        
Ibn Abbas r.a. berkata: "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: "Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." (Yang bermaksud): "Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.
terpaksa menanggung derita akibat
 perbuatan hasad dari musuhnya
                        
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."
                        
Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah dari hasud, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."
                        
Abul Laits berkata: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu:

* Risau hati yang tak putus-putus
* Bala yang tidak berpahala
* Tercela yang tidak baik
* Dimurka Allah s.w.t.
* Tertutup padanya pintu taufiq
                        
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya." Ditanya: "Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."
                       
 Malik bin Dinaar berkata: "Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' terhadap siapapun tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurraa' sebab diantara mereka ada rasa iri hati dan hasud menghasud." Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu:

* Pemerintah kerana zalim
* Orang kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan)
* Kepala desa kerana sombong
* Pedagang kerana kianat
* Orang dusun kerana kebodohan
* Ahli ilmu kerana hasud

Yakni ulama yang hanya berebut dunia, mereka hasud satu sama lain, kerana itu seharusnya seseorang menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. dan akhirat supaya tidak timbul hasud menghasud antara satu pada yang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t. mengenai orang-orang Yahudi (Yang berbunyi): "Am yahsudunan naasa ala maa ataahumullahu min fadhlihi." (Yang bermaksud): "Ataukah mereka hasud pada orang-orang kerana Allah memberikan kurniaNya kepada mereka."
                        
Seorang cendikiawan berkata: "Awaslah dari hasud (irihati) sebab hasud itu pertama-tama dosa dilangit dan juga pertama dosa yang terjadi dibumi. Iblis laknatullah diperintah sujud pada Nabi Adam a.s. akan tetapi oleh kerana ia irihati (hasud) sehingga menolak perintah Allah s.w.t. dan dia dikutuk oleh Allah s.w.t. dan juga Qabil membunuh Habil kerana irihati, hasud sebagaimana tersebut didalam ayat (yang berbunyi: "Watlu alaihim naba'abnai Adama bilhaqqi idz qorrabaa qurbana, qaala la aqtulannaka qaala innama yataqabbalullahu minal muttaqien." (Yang bermaksud): "Bacakanlah berita kedua putera Adam ketika sama-sama mengajukan korbannya, maka diterima yang satu dan ditolak yang lain, lalu ia berkata: "Saya akan membunuh engkau." Jawabnya: "Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa."
              
Al-Ahnaf bin Qays berkata: "Orang hasud tidak dapat senang dan orang bakhil tidak berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang kianat dan tiada budi bagi orang yang rosak moral (tidak berakhlak).
                        
Seorang hakiem (cendiakiawan) berkata: "Belum pernah saya melihat seseorang zalim menyerupai orang yang dianiaya daripada penghasud."
                        
Muhammad bin Sirin bertanya: "Saya tidak dapat menghasud orang atas sesuatu daripada dunia, jika ia ahli syurga maka bagaimana saya akan iri hati padahal ia ahli syurga dan jika ia ahli neraka maka untuk apa hasud terhadap orang yang bakal masuk neraka?"
                        
Alhasan Albashri berkata: "Hai Anak Adam, mengapakah engkau iri hati terhadap saudaramu, maka jika Allah s.w.t. memberi sesuatu kepada orang yang kau hasud itu kerana kemuliaannya disisi Allah s.w.t. maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang dimuliakan Allah s.w.t., jika tidak demikian maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang akan masuk keneraka?"
                        
Abul Laits berkata: "Tiga macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:
Orang yang makan haram
Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang)
Siapa yang didalam hatinya ada hasud/irihati terhadap kaum muslimin
baca Quran
                       
Ibn Syihab (Azzubri) dari Salim dari ayahnya (Ibn Umar) r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidak boleh seorang hasud kecuali dalam dua macam iaitu:
* Seorang yang diberikan Allah s.w.t. kepandaian dalam Al-Quran maka digunakan siang malam (diamalkan)
* Seseorang yang diberikan Allah s.w.t. kekayaan maka ia bersedekah siang malam.                                                

Ertinya: Orang boleh hasud untuk sedemikian ini
Abul Laits berkata: "Yakni rajin sesungguh-sungguhnya ingin meniru perbuatan itu dalam ilmu dan kekayaannya, maka ini adalah baik. Maka jika ia ingin berubah orang yang baik itu maka ia jahat kerana Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Wala tatamannau maa fadhdhalallhu ba'dhakum ala ba'dhin." (Yang bermaksud): "Jangan menginginkan aoa yang diberikan Allah sebagai kurnia kepada setengahmu atas yang lain." Dalam ayat yang lain pula Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): " Was'alullaha min fadh lihi." (Yang bermaksud): "Kami sendiri minta kepada Allah dari kurniaNya."
                        
Maka kewajipan tiap muslim membersihkan dari dari hasud sebab hasud itu menentang hukum Allah s.w.t. dan ketentuan kurnia yang diberikan Allah s.w.t. kepada seseorang hamba yang diridhoNya.
                        
menghantar jenazah
Al-alaa' bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata: "Ia bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang kewajipan seorang muslim terhadap sesama muslim?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Hak kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam iaitu:
Jika bertemu harus diberi salam
Jika mengundang harus didatangi
Jika diminta nasihat harus ditunjukkan yang benar (dinasihati)
Jika bersin dan mebaca Alhamdulillah harus didoakan dengan berdoa Yarhamukallah
Jika sakit harus diziarah
Jika mati harus dihantar jenazahnya
                        
Abul Laits meriwayatkan dengan sanandnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Saya telah menjadi pelayan Nabi Muhammad s.a.w. sejak berumur lapan tahun dan pertama yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w. kepadaku: "Ya Anas, tetapkan wudukmu untuk sembahyang supaya dicinta oleh Malaikat yang menjagamu, dan ditambah umurmu. Ya Anas, mandilah dari janabat dan sempurnakan didalam mandi itu sebab dibawah tiap helai rambut ada janabat." Saya bertanya: "Bagaimana menyempurnakannya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Puaskan sampai kedalam rambut-rambutmu dan bersihkan benar kulitmu, supaya engkau keluar dari tempat mandi sudah diampunkan dosa-dosamu. Ya Anas, jangan engkau tinggalkan sembahyang dhuha sebab itu sembahyangnya orang-orang awwaabiin (yang taubat kemabali kepada Allah s.w.t.) dan perbanyakkan sembahyang malam dan siang sebab selama engkau sembahyang maka Malaikat mendoakan untukmu. Hai Anas, jika engkau berdiri sembahyang makategakkan dirimu dihadapan Allah s.w.t. dan jika rukuk maka letakkan kedua tapak tangan dilututmu dan renggangkan jari-jarimu dan renggangkan kedua lenganmu dari pinggangmu, dan bila bangun dari ruruk maka tegakkan sehingga kembali semua anggota ditempatnya, dan jika sujud maka letakkan wajahmua ditanah dan jangan sebagai burung yang menyucuk makanan dan jangan kau hamparkan kedua lenganmu sebagaimana pelanduk, dan jika duduk diantara dua sujud maka jangan sebagaimana duduk anjing dan letakkan kedua bokongmu diantara dua kaki dan letakkan bahagian atas tapak kaki ditanah sebab Allah s.w.t. tidak melihat sembahyang yang tidak sempurna rukuk sujudnya. Dan jika dapat engkau tetap berwuduk siang malam maka kerjakanlah, sebab jika tiba mati kepadamu engkau sedang berwuduk, maka engkau tidak luput dari mati syahid. Hai Anas, jika engkau masuk kerumahmu maka berilah salam kepada keluargamu, supaya banyak berkat rumahmu dan jika engkau keluar untuk hajat maka beria salam pada tiap muslim yang bertemu kepadamu supaya masuk manisnya iman dalam hatimu, dan kila terkena dosa ketika keluar maka akan kembali sudah diampunkan dosamu. Hai Anas, jangan sampai diwaktu siang dan malam engkau mendendam dengki kepada seorang muslim sebab itu dari ajaranku maka siapa yang mengikuti ajaranku bererti cinta kepadaku dan siapa yang cinta kepadaku maka ia bersamaku disyurga. Hai Anas, jika engkau melakukan dan mengingati wasiatku ini, maka tidak ada sesuatu yang lebih suka daripada maut sebab disitulah istirehatmu."
                        
Didalam ajaran Nabi Muhammad s.a.w. ini dinyatakan bahawa membersihkan hati daripada dengki dan hasud kepada seseorang muslim termasuk Sunnaturrasul yang menjadi tanda cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi siapa yang melakukannya, bahkan bersama Nabi Muhammad s.a.w. siyurga. Maka wajib tiap muslim membersihkan hatinya dari rasa dengki dan hasud sebab termasuk amal yang utama.
                        
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas r.a. berkata: "Ketika kami dimasjid bersama Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ""Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua kasutnya dengan tangan kirinya." Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu dan sesudah memberi salam ia duduk bersama kami. Kemudian pada esok harinya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda pula dan masuk kembali orang itu seperti keadaan kelmarin dan hari ketiga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, juga sama seperti hari pertama dan kedua, dan ketika orang itu bangun untuk kembali diikuti oleh Abudullah bin Amr Al-ash dn berkata kepada orang itu: "Telah terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan masuk kerumah selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya akan bermalam dirumahmu selama itu?" Jawabnya: "Baiklah." Anas berkata: "Abdullah bin Amr menceritakan bahawa ia bermalam dirumah orang itu dan ternyata bahawa orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar dan jika berwuduk sempurna dan sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunnat. Ddemikian saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam, tidak lebih dari itu dan hanya saja ia tidak berkata-kata kecuali yang baik-baik. Dan setelah tiga malam saya merasa bahawa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan saya kata kepadanya: "Ssebenarnya antara ku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda didalm tiga majlis: "Akan tiba padamu seorang ahli syurga." tiba-tiba engkau datang dan kerana itu saya ingin mengetahui amalmu, maka saya berusaha bermalam dirumahmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan, maka apa yang kiranya menyebabkan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian?" Jawabnya: "Tidak lain melainkan apa yang sudah engkau lihat itu." Maka pergilah aku, tetapi lalu dipanggil olehnya dan berkata: "Amalku tidak lebih melainkan apa yang engkau saksikan itu, cuma saja saya tidak irihati atau dengki pada seseorang muslim terhadap segala yang ia dapat." Maka saya katakan: "Inilah yang menyampaikan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian itu dan itulah yang tidak dapat kami lakukan."
                        
Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:
Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.
Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya

Dia membantu kepada iblis laknatullah Orang yang hasud tidak memperolehi dalam pergaulan kecuali hina dan kerendahan dan dari Malaikat kecuali laknat (kutukan) dan benci, dan jika sendirian hanya kerisauan dan duka dan ketika nazak (sakartul maut) hanya kesukaran, keberatan dan ketakutan dan dihari kiamat kecuali malu dan siksa, kemudian dalam neraka tempat bakarannya."

BarakALLAHU fikum....

Tauhid : Orang Yang Menyalahkan Allah... (kekadang berlaku pada kita semasa kita tak sedar....)

Bismillahirahmanirahim..... Assalamualaikum wbt....

Allah Maha Besar!!  Allah Maha Besar!!... Ya Rahman...Ya Rahim... ku berlindung selalu pada dosa dosa dan setiap salah ku... KAU jagalah, selamatkanlah, lindungilah dan cintailah AKU.... inilah keluh kesah sehari hari mengingatiMU kebesaran MU, keagungan MU, dan apa pun tiada yang boleh menandingi kekuasaan MU... namun dalam pada itu masih ada golongan terlibat secara langsung atau tidak, sedar atau pun tidak sedar akan meyalahi segala percaturan MU... berikanlah kesempatan untuk bertaubat pada MU.. walaupun sedar hamba MU ini tidak layak untuk bersujud pada MU...

Kepada junjungan besar Rasulullan SAW, tiada terbatas untuk berselawat ke atas mu, dan segala sunnah mu kian menjadi amalan ku...


Pada kali ini, saya ingin berkongsikan sedikit permasalahan antara perkara yang berlaku sama ada ianya terjadi sewaktu kita sedar ataupun tidak. Kebanyakan perkara ini tejadi pada mereka terlibat secara langsung iaitu sebagai contoh sewaktu ditimpa musibah, ujian ataupun sewaktu dengannya.

Di pendekkan cerita antara cakap-cakap lain yang membawa seseorang yang terjebak kepada Jabariah adalah seperti apabila ditanya kepada mereka, " Mengapakah anda tidak pandai?" maka Dia akan menjawab, "Sudah takdir", atau kepada sesetengah orang bila ditanya, "Mengapakah awak bercerai?" dia akan menjawab, "Sudah kehendak Allah!" inilah sikap orang2 yang beritikad Jabariah. Dia menyerah bulat-bulat kepada Allah

Orang seperti ini seolah olah menyalahkan Allah apabila sesuatu itu menimpa dirinya. Sungguhpun mulutnya tidak berkata, "Allah yang bersalah!" tetapi pada perbuatan lahirnya, dia menuju kearah itu.

Tetapi yang peliknya, orang yang bersikap Jabariah ini tidak pula menyerah bulat bulat kepada Allah dalam semua bidang. Hanya dalam bidang bidang tertentu saja dia menyerah kepada Allah seperti dalam bidang mendidik anak.

Bila kita tanya mengapa anak dia jahat, maka kita akan menjawab , "sudah takdir". Seolah olah dia menyalahkan Allah SWT yang menyebabkan anaknya jahat sedangkan dia tidak pernah mengikut perintah Rasullullah supaya menyuruh anak bersembahyang ketika umur 7 tahun dan memukulnya apabila tidak mahu sembahyang setelah umur 10 tahun.

Dia berkata demikian kerana dia tidak suka bidang itu, tetapi dalam bidang bidang yang lain seperti hendak mencari kekayaan, dia banting tulang pagi dan petang kerana hendak melahirkan usaha ikhtiar. Dia berusaha sungguh sungguh sampai lupa sembahyang, puasa, mengaji dan sebagainya.

Mudah mudahan usaha kita diberkati...

Jumaat, 28 September 2012

JADILAH PEMBELA AGAMA ALLAH


Bismillahirahmaanirahim.... Assalamualaikum wbt..

Segala puji bagi ALLAH yang mencipta seluruh alam ini dan kepujian terhadap junjugan besar Nabi Muhammad SAW kerana mukjizat yang diberikan padanya sehingga menjadikan manusia yang sempurna hingga ke hari ini...

Kali ini dengan izinNYA, saya berkongsikan sedikit coretan yang dipetik dari Ust Zainudin Hashim semata mata adalah kerana menjadi pemangkin terhadap perjuangan mereka yang menjadi PEMBELA AGAMA ALLAH. 


UNTUK menjadi manusia yang layak mendapatkan syafaat (recommendation) baginda Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat, bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kepada sejauh mana kita telah memberikan sumbangan bakti kepada Islam dalam erti kata yang menyeluruh.

Sumbangan bakti yang pernah dilakukan oleh para sahabat baginda hingga dijanjikan dengan syurga Allah SWT, mereka telah menyumbang sama ada dari sudut tenaga, pemikiran idea, harta benda, masa dan sebagainya, semata-mata mahu melihat Islam terus berdaulat di muka bumi ini.

Ia bermula dengan kesungguhan kita untuk menggarap ilmu-ilmu agama yang pelbagai yang dijadikan sebagai alat untuk memperkasa diri, kemudian menyampai dan melaksanakan dalam kenyataan hidup sebagai Muslim yang sejati, serta memimpin manusia seluruhnya untuk bersama menghayati ilmu-ilmu berkenaan sebagai benteng terakhir untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tindakan itu juga dianggap sebagai usaha untuk membela agama Allah agar terus subur dan dapat diterima oleh generasi selepas ini.

Ia mengingatkan kepada satu firman Allah menerusi ayat 14 surah as-Sof yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika dia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agama-Nya)?” mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!” (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak daripada kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka jadilah mereka orang-orang yang menang.”


Justeru, pembela agama Allah adalah mereka yang sanggup berkorban dengan sepenuh jiwa raga, harta, masa, kesungguhan mereka untuk memastikan agama Islam terlaksana sepenuhnya di muka bumi ini tanpa mengira penat lelah kerana Islam memerlukan individu-individu Muslim yang sanggup berkorban pada bila-bila masa yang diperlukan.

Elakkan diri daripada menjadi penyebab gagalnya hukum Islam untuk dilaksana di bumi yang ditadbir oleh orang yang bernama Islam. Kerana sesungguhnya manusia Islam itu ada yang hanya Islam pada nama tidak pada keyakinan mereka kepada keuniversalan Islam yang mampu mentadbir, pegangan terhadap Islam yang datang daripada Allah SWT juga masih kabur, malah wujud di kalangan umat Islam hari beberapa jenis kategori Muslim yang beza antara satu sama lain.

Golongan pembela agama Allah ini sentiasa wujud dan lahir pada bila-bila masa, merekalah golongan yang meletakkan agama Islam lebih tinggi dari segala-galanya, malah lebih tinggi dan mulia daripada diri mereka sendiri. Mereka adalah golongan yang tidak takut kepada celaan, pakatan jahat manusia dan makhluk-makhluk yang ada di muka bumi ini. Hati mereka sudah sebati dengan kebesaran Allah, malah Allah adalah segala-galanya dalam hidup mereka.

Ciri ‘pembela agama Allah’

Sesungguhnya al-Quran telah menggaris-panduan kepada umat Islam beberapa ciri yang perlu ada kepada golongan pembela agama Allah, antaranya:

1. Cara untuk mendapat keberuntungan, dunia dan akhirat seperti yang Allah firmankan menerusi surah ~Ali Imran ayat 104 yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”

2. Memiliki ciri umat manusia yang terbaik, seperti dalam ayat 110 surah ~Ali Imran : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

3. Memiliki dasar-dasar pembangunan akhlak salihah seperti dalam surah ~Ali Imran ayat 114 maksudnya : “Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan mereka menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang salih.”

4. Memikul serta menjalankan tugas mulia para nabi sejak dulu, ia dijelaskan menerusi surah al-A’raf ayat 157 : “(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang umi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

5. Berusaha agar adanya sebab-sebab turunnya rahmat daripada Allah SWT, perkara ini dijelaskan Allah dalam surah at-Taubah ayat 71: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

6. Memiliki sifat seorang mukmin sejati, Allah menjelaskan dalam surah al-Hajj ayat 41: “(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan.”

7. Melaksanakan kewajipan yang diperintahkan Allah SWT tanpa sebarang keraguan dalam hati, perkara ini dijelaskan dalam surah Luqman ayat 17: “Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

Apakah wajib laku amar makruf nahi munkar?

Amar makruf nahi munkar hukumnya fardu kifayah, ertinya apabila sebahagian umat sudah menegakkannya dengan jumlah dan kekuatan yang memadai untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran maka gugurlah kewajipan sebagian umat lainnya.

Firman Allah Subhanahu Wa Taala: “Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” ~Ali Imran ayat 104

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Rabu, 26 September 2012

Misteri berlaku di kediaman Taman......

Bismillahirahmaanirahim...  Assalamualaikum wbt...

Segala puji bagi ALLAH SWT yang tidak lekang pada hati ini dan tidak pernah luput ingatan pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, untuk melalui perjalanan yang masih jauh dengan penuh ranjau serta liku liku kehidupan. Tangis, tawa, sedih, pilu adalah hiasan semata mata kerana itulah warna warni kehidupan manusia. Kelemahan manusia itu tidak dinafikan namun cara pengendalian kelemahan itu adalah terpulang pada diri yang empunya, begitu juga pada diri saya.

Di kali ini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman mengenai rawatan, bukan kerana menunjuk nunjuk atau mengenal kebolehan saya tapi hanyalah sekadar perkongsian kepada kita semua...insyaALLAH.

Bermulanya satu panggilan telefon dari seorang yang punya kediaman, dan memberitahu sering diganggu mahkluk halus atau jin. Walaubagaimanapun setelah berbual dan saya bersetuju untuk pergi ke rumah beliau.

hiasan
Melihat kehidupan keluarga ini cukup baik. Masing masing suami isteri mempunyai kerjaya dan dia juga bergelar 'ustaz' dan 'ustazah'. Dari segi zahirnya, cukuplah syarat jika dikatakan sebagai orang Islam, berserdahana. namun ujian ke atasnya dia memiliki harta dan wang ringgit.

KAEDAH RAWATAN

HARI PERTAMA

Pada jam 5:15pm saya keseorangan sampai kerumahnya. Seperti biasa mulakan borak borak kosong dan terlalu sedikit berbual mengenai rawatan. Hampir setengah jam saya duduk dalam rumahnya namun seperti tiada apa apa yang berlaku. tetapi pada jam 6:00pm ada berlaku kehilangan duit sebanyak RM10 yang berada dalam kitab YASIIN, huhuhu  sedikit cemas pada keadaan itu. Dan diberitahu kepada saya kehilangan duit sahaja sudah mencecah RM5000... (INNALILLAH....banyaknya... dalam hati) dan bukan itu sahaja, malah barang kemas seperti gelang, rantai dan cincin pun hilang, tapi yang paling seronok saya dengar tasbih pun jin kebas.

Permulaan rawatan saya cuma RUQYAH rumah tu dan semua ahli dalam rumahnya, tapi tiada apa apa berlaku. Kemudian spray seluruh dalam rumahnya. dan setelah selesai saya pulang dengan harapan Allah membantu masalah mereka. Namun bertahan sehingga 2 hari sahaja beliau menelefon semula.


HARI KEDUA ( selang 5 hari kemudian )

Pada jam 4:00pm saya keseorangan sampai kerumahnya dan kali ini berbeza sedikit kaedahnya. Saya azan 9 kali dan membacakan AL KURSI pada setiap penjuru kemudian pagar dengan bacaan YASSIN ayat 1 - 9, kemudian saya pun pulang dengan harapan Allah memakbulkan rawatan pada hari itu.

Keadaan menjadi tenang dan stabil tanpa gangguan hanya bertahan 3 hari sahaja. Beliau masih menefon lagi.


HARI KETIGA ( selang seminggu )

Saya, Ustaz Daud dan juga Pak Wahab sampai di rumah beliau pada jam 5:45pm, tapi pada kali ini saya berniat nak duduk lama sedikit kerana diberitahu setiap kali waktu Maghrib ada seperti orang ketuk pintu di belakang rumahnya.

Sehingga sebelum waktu Maghrib tiada apa apa berlaku. Semasa kami nak mendirikan solat berjemaah waktu Maghrib, saya pergi mengambil wudhuk di luar, tiba tiba terdengar ketukan pintu di belakang rumahnya, dan saya terus menghampiri tempat bunyi tersebut tetapi tiada apa apa kelihatan, dalam pada itu saya hanya sempat berdoa mudah mudahan saya dan penghuni rumah ini diberi perlindungan.

Selesai solat Maghrib saya berpakat dengan Ust Daud supaya mencari batu sungai untuk memerangkap jin tersebut atau terus pagar, kerana kaedah ini pernah saya lakukan di sebuah sekolah Agama di daerah ini berikutan ada gangguan 'orang minyak'. (tak mahu lah citer pasal tu yer...)

batu sungai yang dibacakan ayatul Quran diletakkan dipenjuru rumah

Kaedahnya saya perlukan 4 biji batu untuk menjadi tiang pagar rumah... dan dibacakan ayat ayat tertentu, supaya dengan asbab ini, keluarga berkenaan tidak lagi diganggu oleh makhluk halus. Pada mulanya saya cuba didalam rumah. Saya meletakkannya pada ruang tamu dan kemudian meletakkan duit dalam kawasan itu, dalam pada waktu yang sama saya meletakkan duit diluar kawasan itu. Ternyata duit yang berada di luar kawasan hilang...(amboi pandai betullah jin itu yer...)

Akhirnya saya buat keputusan meletakkan batu 4 biji itu di luar rumahnya iaitu pada setiap penjuru rumahnya, kemudian kami pulang dengan harapan supaya keluarga itu tidak diganggu lagi.

Setelah beberapa hari beliau telefon kembali. bertanyakan kabar dan memberitahu berita baik kerana mereka tidak diganggu lagi, tetapi cuma memberitahu jiran di hadapannya pula ingin meminta pertolongan.kerana jirannya itu menghadapi masalah yang sama, cuma anehnya selimut, bantal dan kad kredit juga hilang... ALLAHU A'LAM..

Semua yang berlaku ini adalah ketentuan dari NYA... sedar atau tidak, hanya DIA mengetahui jalan cerita dan yang membuat cerita.. kita sepatutnya muhasabah diri kerana apa pun terjadi adalah asbab kita sendiri. Adakah Allah itu zalim pada hambaNYA... itulah persoalan yang terungkai yang patut kita tanyakan pada diri kita sendiri...

BarakALLAHu fikum....

"Dijadualkan seminggu lagi dah nak kena buat pembedahan...":

Bismillahirahmaanirahim.... Assalamualaikum wbt

Segala kesyukuran kepada Maha Pencipta Alam ini dan jutaan memuji baginda Rasulullah SAW dengan segala rahmatNYA saya dapat mengisikan ruang bicara ini untuk berkongsikan pengalaman yang berlaku pada sepasang suami isteri yang telah lama menanggung derita akibat jangkitan kuman paru paru, sesak nafas dan batuk berpanjangan...

Dengan rasa rendah diri, saya yang masih faqir ingin mengulas serba sedikit pengalaman merawat kes seperti ini untuk dijadikan perkongsian dan bukanlah semata mata menunjuk nunjuk kebolehan atau kelebihan saya.

Bermulanya kedatangan suami isteri ke Pusat Rawatan saya dengan menceritakan hal peribadi mereka mengenai penyakit yang dialami sudah beberapa tahun lamanya, sehingga pada satu tahap terpaksa menjalani pembedahan  berikutan penyakitnya itu sudah semakin kritikal.

Kedua dua pasangan ini sudah dikurniakan 4 cahaya mata, dan tinggal dikawasan kota besar. Masing masing punya kerjaya, hidup seperti orang Islam dengan cukup syaratnya kerana menghabiskan waktu untuk kerja kerja amal kebajikan.

Penyakit yang dialami oleh suaminya sudah beberapa tahun lamanya. Sering berulang alik ke hospital dan juga tidak ketinggalan mendapatkan rawatan beberapa orang Ustaz untuk mengetahui apakah penyakit yang menghantui suaminya. Berikhtiar dan terus mencari tidak pernah putus asa atau jemu untuk mengubat penyakitnya, sehinggalah mereka pergi ke Pusat Rawatan saya itupun jadual untuk pembedahan paru parunya adalah lagi seminggu.

Suaminya menunjukkan gambar x-ray dan gambaran itu jelas betapa teruknya keadaan paru parunya. Terdapat tompok tompok hitam pada keseluruhan paru parunya dan itu yang dikatakan pihak hospital pakar untuk pembedahan dijalankan...

gambar hiasan
Melihat keadaan pesakit ketika itu memang seperti orang sakit, mukanya pucat dan seperti orang tidak bermaya. Keluhan seperti orang berputus asa menjadikan diri saya untuk membantunya.

KAEDAH RAWATAN

Pada mulanya saya merawat dia dengan membacakan RUQYAH asas kepada si pesakit namun tiada apa yang berlaku, kemudian dibacakan ayat ayat pembatal sihir atau serangan masih juga tiada apa yang berlaku. 

Namun pengalaman mengajar saya supaya mencuba merawat isterinya yang nampak kelihatan sihat. Saya menyuruh isterinya mengambil wudhuk untuk merawatnya. Semasa merawat isterinya ada sesuatu perkara berlaku, dan keadaan isterinya menanggis dan menjerit seperti orang 'HISTERIA'. Saya teruskan dengan bacaan serangan ke atas jin tersebut dan kemudian jin itu kata 'aku dah tak tahan dan tolong hentikan'...

Berlakulah dialog bersama jin tersebut sehingga saya dapat berdakwah dan memeluk Islam. Pada kejadian ini jin itu kata ada meletakkan sesuatu pada dadanya, dan jin itu mengambil semula barang yang diletakkan pada dada suaminya. Kaedah ini mengambil masa hampir satu jam setengah untuk diselesaikan.

Setelah itu jin ini keluar dan si isteri itu tadi rebah. Apabila sedar rupa rupanya dia tak tahupun apa yang berlaku sebentar tadi. Dalam pada itu si suami yang berpenyakit tadi rasa selesa dan dadanya seperti tiada sakit, batuknya serta merta hilang, tidak berlaku sesak nafas lagi dan jantungnya menjadi tenang.

Saya berkata pada si suaminya itu, ini merupakan jalan cerita sahaja, dan kemudian menyuruh dia dapatkan pemeriksaan dadanya di klinik ataupun hospital.

Selepas 3 hari kemudian keluarga ini muncul semula di Pusat Rawatan saya, dan menunjukkan gambar x-ray yang baru. Apabila saya melihatnya nampak satu keajaiban kerana jauh berbeza dibandingkan sebelum rawatan. Jelas dia tiada penyakit lagi. Sujud syukur dia. Namun saya menyuruh juga ke tempat hospital yang dijadualkan untuk pembedahan. Dia hanya akur bersyukur dan banyak banyak mengucapkan terima kasih pada saya. Namun saya mengingatkan pada diri saya dan juga diri dia kerana yang menjadikan semua ini adalah dari Maha Pengasih lagi Penyayang.

Sebenarnya sifat yang tersedia ada dalam jiwa saya ni memang suka tengok orang lain bergembira, maka saya akan rasa puas kerana dapat membantunya. 

Apapun bagi saya kesimpulannya ini adalah jalan cerita seperti sihir, saka atau jin yang suka pada manusia. Jika sakit carilah penawarnya, yang penting setiap penyakit itu adalah punca dari 'hati' manusia itu sendiri. Mungkin juga adalah asbab dia banyak berikhtiar ataupun berdoa pada Allah dia temui penawar dan kesembuhan.

BIIZNILLAH.....

Ahad, 23 September 2012

ALHAMDULILLAH.... program terlaksana dengan izinNYA...sambutan begitu meriah Sinar Harian...24hb September 2012.. m/s13


SEGAMAT – Orang ramai berpusu-pusu memenuhi Madrasah Ibnu Masud, di sini, semalam bagi mengikuti Program Rawatan Islam Perdana yang dianjurkan madrasah tersebut.

Pengarah program berkenaan, Firdaus Masod berkata, ini merupakan kali kedua pihak Madrasah Ibnu Masud menjadi tuan rumah bagi mengadakan program rawatan Islam tersebut.

Menurutnya, disebabkan sambutan baik daripada orang ramai pada anjuran kali pertama, ia memberi ilham untuk menganjurkan rawatan  sama buat kali kedua dan berhasrat menjadikannya program tahunan.

“Rawatan ini diberikan secara percuma kepada lebih 200 pesakit dan kebanyakannya dari Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan,” katanya.

Firdaus berkata, bagi mengelakkan pertembungan rawatan antara pesakit lelaki dan wanita, pesakit diasingkan dan setiap satu sesi dibenarkan 50 pesakit dengan empat sesi rawatan.

"Sempena program ini juga, kami menyediakan khidmat berbekam yang dikenakan bayaran sebanyak RM30," katanya.

Sementara itu, salah seorang pesakit,  Zairul Aini Zainal Abidin, 38, berkata, sejak berkahwin 13 tahun lalu saya sering batuk namun hingga kini masih tidak menemui ubat khas meskipun telah berulang alik menerima rawatan dan mengambil ubat-ubatan seperti yang disyorkan.

“Alhamdulillah setelah ikuti rawatan Islam, batuk saya berkurangan dan beransur pulih. Saya juga tetap meneruskan pemeriksaan di hospital," katanya.

23 September 2012..Rawatan Islam Perdana di Madrasah Ibnu Mas'ud, Tasek Alai, Gemereh, Segamat

sarapan dulu... para perawadan dan pembantu menikmati roti canai dan nasi lemak

muslimat Segamat dan pelajar UITM membantu untuk pendaftaran... jam 745am dah ada yang datang..

sampai licin... nak tambah lagi !!?

santai pagi tu....

cik kak...faham ker cam mana nak daftar....

produk Terapi Islam Al Barokah.... 

sesi mengangkat kanopi...baik baik jaga kaki yer...

Perawat Pak Wahab..sedang edar taq petugas

alamak cam tak cukup jer....

jam 830am sesi pendaftaran dah mula ramai...

akak akak....... nak yang mana satu bekam ker atau diruqyah

sponsor daun bidara...sedang meneliti keadaan daun

pembantu juga diberi jamuan..

pagi pun dah ada yang beli air ruqyah...

muntah kan!!!... hehehe kesian pak cik ni..

cepat cepat keluar.... !!

Pak Wahab sedang beri taklimat

huhuhu sedang bersilat dengan jin

sedang diperdengakan bacaan RUQYAH

baru mula baca dah ada yang mengamuk..

masing masing sedang menbantu keadaan mangsa

"saya tak dapat tidur lah ustaz......"

keluar keluar...!!   perawat naik angin cam jin gak...

memang murah tapi harga tidak boleh diskaun lagi yer..


ALHAMDULILLAH... program berjalan lancar dengan izinNya.. kepada pembantu petugas muslimin dan muslimat, jutaan terima kasih saya ucapkan, hanya jasa kamu semua Allah sahaja dapat membalasnya..

Program Rawatan Islam Perdana ini adalah pertama kali di Segamat... seramai 147orang yang mendaftarkan diri termasuk mereka yang perlukan rawatan bekam... Program ini bermula pada jam 830pagi dan hingga 7.00pm... sebenarnya jadual tamat pada jam 4.00pm namun ada yang masih datang dan mengharapkan rawatan, terpaksa melakukan sesi seterusnya.

dan saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Madrasah Ibnu Mas'ud kerana memberi ruang dan kemudahan kepada kami untuk beramal dan berdakwah kepada masyarakat mengenai perubatan Islam....

kami semua memohon ampun dan maaf sekiranya ada tercacat cela semasa program ini dijalankan... dan ada ramai yang tanya soalan ini kepada saya.... bila nak buat lagi...???






Khamis, 20 September 2012

Mengimbas kembali Rawatan Islam yang pernah diadakan Di Madrasah Ibnu Mas'ud....


pendaftar rawatan sedang memperdengarkan bacaan RUQYAH

Pembantu Perawat sedang menyusun para pendaftar rawatan
ruang menunggu diluar sambil dijamu makan...sponsor dari Madrasah Ibnu Mas'ud

Pembantu Perawat telah siap sedia... 

Pendaftar rawatan telah bersiap sedia

Pesakit yang kritikal dibantu oleh Pembantu Perawat
                      "dalam rawatan ini kita tidak boleh menjanjikan kesembuhan kerana prinsip rawatan adalah usaha dan ikhtiar, sedangkan yang menyembuhkan hanyalah ALLAH..."

Selasa, 18 September 2012

Rawatan Islam Perdana di Segamat.....


Assalamualaikum wbt...
Rawatan Islam Perdana pertama kali diadakan di Segamat, bertempat di Madrasah Ibnu Mas'ud di Tasek Alai Gemereh...dan dijadualkan pada tarikh 23hb Sept 2012... Insyallah

Kepada mereka yang ingin dapatkan hal mengenai rawatan dan kaedah mengelak dari gangguan dijemput hadir ke program ini untuk memastikan selama ini mereka tidak diselubungi perkara misteri...

Walaubagaimanapun kepada mereka yang ingin mengetahui serba sedikit mengenai gangguan, berikut adalah tanda tanda gangguan makhluk halus atau lebih dikenali sebagai JIN...

Berikut adalah gangguan sewaktu tidur..


*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
*Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.
*Mimpi tandas dan buang air
*Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.

Berikut adalah tanda tanda gangguan ketika sedar


*Sakit tulang belakang tanpa sebab.
*Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
*Takut tidak bersebab.

*Badan terasa berat dan malas.
*Sukar mendapat jodoh.
*Suka bercakap-cakap berseorangan.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
*Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.
*Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
*Pengsan atau sawan tanpa sebab dan STROK.
*Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.
*Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
*Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
*Sakit tulang empat kerat.

*Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.
*Kuat berangan.
*Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
*Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
*Nafsu seksual yang melampau.
*Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.
*Mandul.
*Terasa diri selalu diperhatikan.
*Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
*Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata atau insomnia.
*Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.
*Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.
*Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
*Sakit dada  dan kaki terutama waktu senja ke atas.
* Terasa benda bergerak di bawah kulit.
*Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
*Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
*Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
*Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
*Malas beribadah
*Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
*Nyanyuk ketika lanjut usia.
*Kanak2 hyperactive atau autisme.
*Sikap berubah secara mendadak.
*Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
*Kerap keguguran.
*Gagal melakukan hubungan kelamin.
*Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.
*Sakit mental atau gila.
*Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza

Sekiranya ANDA mempunyai tanda tanda seperti yang dinyatakan di atas... boleh lah berkunjung pada program tersebut...

Kesembuhan itu milik mutlak ALLAH.... BIIZNILLAH..