Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Rabu, 26 September 2012

Misteri berlaku di kediaman Taman......

Bismillahirahmaanirahim...  Assalamualaikum wbt...

Segala puji bagi ALLAH SWT yang tidak lekang pada hati ini dan tidak pernah luput ingatan pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, untuk melalui perjalanan yang masih jauh dengan penuh ranjau serta liku liku kehidupan. Tangis, tawa, sedih, pilu adalah hiasan semata mata kerana itulah warna warni kehidupan manusia. Kelemahan manusia itu tidak dinafikan namun cara pengendalian kelemahan itu adalah terpulang pada diri yang empunya, begitu juga pada diri saya.

Di kali ini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman mengenai rawatan, bukan kerana menunjuk nunjuk atau mengenal kebolehan saya tapi hanyalah sekadar perkongsian kepada kita semua...insyaALLAH.

Bermulanya satu panggilan telefon dari seorang yang punya kediaman, dan memberitahu sering diganggu mahkluk halus atau jin. Walaubagaimanapun setelah berbual dan saya bersetuju untuk pergi ke rumah beliau.

hiasan
Melihat kehidupan keluarga ini cukup baik. Masing masing suami isteri mempunyai kerjaya dan dia juga bergelar 'ustaz' dan 'ustazah'. Dari segi zahirnya, cukuplah syarat jika dikatakan sebagai orang Islam, berserdahana. namun ujian ke atasnya dia memiliki harta dan wang ringgit.

KAEDAH RAWATAN

HARI PERTAMA

Pada jam 5:15pm saya keseorangan sampai kerumahnya. Seperti biasa mulakan borak borak kosong dan terlalu sedikit berbual mengenai rawatan. Hampir setengah jam saya duduk dalam rumahnya namun seperti tiada apa apa yang berlaku. tetapi pada jam 6:00pm ada berlaku kehilangan duit sebanyak RM10 yang berada dalam kitab YASIIN, huhuhu  sedikit cemas pada keadaan itu. Dan diberitahu kepada saya kehilangan duit sahaja sudah mencecah RM5000... (INNALILLAH....banyaknya... dalam hati) dan bukan itu sahaja, malah barang kemas seperti gelang, rantai dan cincin pun hilang, tapi yang paling seronok saya dengar tasbih pun jin kebas.

Permulaan rawatan saya cuma RUQYAH rumah tu dan semua ahli dalam rumahnya, tapi tiada apa apa berlaku. Kemudian spray seluruh dalam rumahnya. dan setelah selesai saya pulang dengan harapan Allah membantu masalah mereka. Namun bertahan sehingga 2 hari sahaja beliau menelefon semula.


HARI KEDUA ( selang 5 hari kemudian )

Pada jam 4:00pm saya keseorangan sampai kerumahnya dan kali ini berbeza sedikit kaedahnya. Saya azan 9 kali dan membacakan AL KURSI pada setiap penjuru kemudian pagar dengan bacaan YASSIN ayat 1 - 9, kemudian saya pun pulang dengan harapan Allah memakbulkan rawatan pada hari itu.

Keadaan menjadi tenang dan stabil tanpa gangguan hanya bertahan 3 hari sahaja. Beliau masih menefon lagi.


HARI KETIGA ( selang seminggu )

Saya, Ustaz Daud dan juga Pak Wahab sampai di rumah beliau pada jam 5:45pm, tapi pada kali ini saya berniat nak duduk lama sedikit kerana diberitahu setiap kali waktu Maghrib ada seperti orang ketuk pintu di belakang rumahnya.

Sehingga sebelum waktu Maghrib tiada apa apa berlaku. Semasa kami nak mendirikan solat berjemaah waktu Maghrib, saya pergi mengambil wudhuk di luar, tiba tiba terdengar ketukan pintu di belakang rumahnya, dan saya terus menghampiri tempat bunyi tersebut tetapi tiada apa apa kelihatan, dalam pada itu saya hanya sempat berdoa mudah mudahan saya dan penghuni rumah ini diberi perlindungan.

Selesai solat Maghrib saya berpakat dengan Ust Daud supaya mencari batu sungai untuk memerangkap jin tersebut atau terus pagar, kerana kaedah ini pernah saya lakukan di sebuah sekolah Agama di daerah ini berikutan ada gangguan 'orang minyak'. (tak mahu lah citer pasal tu yer...)

batu sungai yang dibacakan ayatul Quran diletakkan dipenjuru rumah

Kaedahnya saya perlukan 4 biji batu untuk menjadi tiang pagar rumah... dan dibacakan ayat ayat tertentu, supaya dengan asbab ini, keluarga berkenaan tidak lagi diganggu oleh makhluk halus. Pada mulanya saya cuba didalam rumah. Saya meletakkannya pada ruang tamu dan kemudian meletakkan duit dalam kawasan itu, dalam pada waktu yang sama saya meletakkan duit diluar kawasan itu. Ternyata duit yang berada di luar kawasan hilang...(amboi pandai betullah jin itu yer...)

Akhirnya saya buat keputusan meletakkan batu 4 biji itu di luar rumahnya iaitu pada setiap penjuru rumahnya, kemudian kami pulang dengan harapan supaya keluarga itu tidak diganggu lagi.

Setelah beberapa hari beliau telefon kembali. bertanyakan kabar dan memberitahu berita baik kerana mereka tidak diganggu lagi, tetapi cuma memberitahu jiran di hadapannya pula ingin meminta pertolongan.kerana jirannya itu menghadapi masalah yang sama, cuma anehnya selimut, bantal dan kad kredit juga hilang... ALLAHU A'LAM..

Semua yang berlaku ini adalah ketentuan dari NYA... sedar atau tidak, hanya DIA mengetahui jalan cerita dan yang membuat cerita.. kita sepatutnya muhasabah diri kerana apa pun terjadi adalah asbab kita sendiri. Adakah Allah itu zalim pada hambaNYA... itulah persoalan yang terungkai yang patut kita tanyakan pada diri kita sendiri...

BarakALLAHu fikum....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan