Jika umatku melakukan 15 perkara yang berikut ini, nescaya bala' bencana akan menimpa mereka. Para sahabat lalu bertanya: "Apakah dia itu wahai Rasulullah? Jawab baginda:
- Jika harta rampasan perang bertukar tangan.
- Jika amanat dikira suatu keuntungan.
- Jika zakat dianggap sebagai denda (dikeluarkan secara terpaksa)
- Jika lelaki terlampau tunduk kepada isteri.
- Jika ramai orang menderhakai kepada ibunya.
- Jika orang terlampau patuh pada teman.
- Sedang ayah sendiri dihampakan dan disia siakan
- Jika ada orang suka bertengkar tengkar dalam masjid.
- Apabila orang yang rendah maruahnya menjadi ketua sesuatu kaum.
- Apabila orang yang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.
- Apabila minuman keras tersebar luas.
- Apabila ramai orang memakai kain sutera.
- Apabila penyanyi penyanyi wanita diutamakan dan diagungkan.
- Apabila alat alat muzik digunakan.
- Apabila umat hari ini mengutuki umat sebelumnya.
Apabila hal hal serupa ini berlaku, maka tunggulah ketika itu akan tibanya angin panas, atau bahaya bahaya lain seumpama gempa bumi dan penukaran corak dan rupa.
Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, seraya berkata: Hadis ini adalah gharib, yang hanya diriwayatkan dari Saiyidina Ali bin Abu Talib semata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan