Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Sabtu, 29 September 2012

Tauhid : Orang Yang Menyalahkan Allah... (kekadang berlaku pada kita semasa kita tak sedar....)

Bismillahirahmanirahim..... Assalamualaikum wbt....

Allah Maha Besar!!  Allah Maha Besar!!... Ya Rahman...Ya Rahim... ku berlindung selalu pada dosa dosa dan setiap salah ku... KAU jagalah, selamatkanlah, lindungilah dan cintailah AKU.... inilah keluh kesah sehari hari mengingatiMU kebesaran MU, keagungan MU, dan apa pun tiada yang boleh menandingi kekuasaan MU... namun dalam pada itu masih ada golongan terlibat secara langsung atau tidak, sedar atau pun tidak sedar akan meyalahi segala percaturan MU... berikanlah kesempatan untuk bertaubat pada MU.. walaupun sedar hamba MU ini tidak layak untuk bersujud pada MU...

Kepada junjungan besar Rasulullan SAW, tiada terbatas untuk berselawat ke atas mu, dan segala sunnah mu kian menjadi amalan ku...


Pada kali ini, saya ingin berkongsikan sedikit permasalahan antara perkara yang berlaku sama ada ianya terjadi sewaktu kita sedar ataupun tidak. Kebanyakan perkara ini tejadi pada mereka terlibat secara langsung iaitu sebagai contoh sewaktu ditimpa musibah, ujian ataupun sewaktu dengannya.

Di pendekkan cerita antara cakap-cakap lain yang membawa seseorang yang terjebak kepada Jabariah adalah seperti apabila ditanya kepada mereka, " Mengapakah anda tidak pandai?" maka Dia akan menjawab, "Sudah takdir", atau kepada sesetengah orang bila ditanya, "Mengapakah awak bercerai?" dia akan menjawab, "Sudah kehendak Allah!" inilah sikap orang2 yang beritikad Jabariah. Dia menyerah bulat-bulat kepada Allah

Orang seperti ini seolah olah menyalahkan Allah apabila sesuatu itu menimpa dirinya. Sungguhpun mulutnya tidak berkata, "Allah yang bersalah!" tetapi pada perbuatan lahirnya, dia menuju kearah itu.

Tetapi yang peliknya, orang yang bersikap Jabariah ini tidak pula menyerah bulat bulat kepada Allah dalam semua bidang. Hanya dalam bidang bidang tertentu saja dia menyerah kepada Allah seperti dalam bidang mendidik anak.

Bila kita tanya mengapa anak dia jahat, maka kita akan menjawab , "sudah takdir". Seolah olah dia menyalahkan Allah SWT yang menyebabkan anaknya jahat sedangkan dia tidak pernah mengikut perintah Rasullullah supaya menyuruh anak bersembahyang ketika umur 7 tahun dan memukulnya apabila tidak mahu sembahyang setelah umur 10 tahun.

Dia berkata demikian kerana dia tidak suka bidang itu, tetapi dalam bidang bidang yang lain seperti hendak mencari kekayaan, dia banting tulang pagi dan petang kerana hendak melahirkan usaha ikhtiar. Dia berusaha sungguh sungguh sampai lupa sembahyang, puasa, mengaji dan sebagainya.

Mudah mudahan usaha kita diberkati...

Jumaat, 28 September 2012

JADILAH PEMBELA AGAMA ALLAH


Bismillahirahmaanirahim.... Assalamualaikum wbt..

Segala puji bagi ALLAH yang mencipta seluruh alam ini dan kepujian terhadap junjugan besar Nabi Muhammad SAW kerana mukjizat yang diberikan padanya sehingga menjadikan manusia yang sempurna hingga ke hari ini...

Kali ini dengan izinNYA, saya berkongsikan sedikit coretan yang dipetik dari Ust Zainudin Hashim semata mata adalah kerana menjadi pemangkin terhadap perjuangan mereka yang menjadi PEMBELA AGAMA ALLAH. 


UNTUK menjadi manusia yang layak mendapatkan syafaat (recommendation) baginda Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat, bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kepada sejauh mana kita telah memberikan sumbangan bakti kepada Islam dalam erti kata yang menyeluruh.

Sumbangan bakti yang pernah dilakukan oleh para sahabat baginda hingga dijanjikan dengan syurga Allah SWT, mereka telah menyumbang sama ada dari sudut tenaga, pemikiran idea, harta benda, masa dan sebagainya, semata-mata mahu melihat Islam terus berdaulat di muka bumi ini.

Ia bermula dengan kesungguhan kita untuk menggarap ilmu-ilmu agama yang pelbagai yang dijadikan sebagai alat untuk memperkasa diri, kemudian menyampai dan melaksanakan dalam kenyataan hidup sebagai Muslim yang sejati, serta memimpin manusia seluruhnya untuk bersama menghayati ilmu-ilmu berkenaan sebagai benteng terakhir untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tindakan itu juga dianggap sebagai usaha untuk membela agama Allah agar terus subur dan dapat diterima oleh generasi selepas ini.

Ia mengingatkan kepada satu firman Allah menerusi ayat 14 surah as-Sof yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika dia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agama-Nya)?” mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!” (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak daripada kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka jadilah mereka orang-orang yang menang.”


Justeru, pembela agama Allah adalah mereka yang sanggup berkorban dengan sepenuh jiwa raga, harta, masa, kesungguhan mereka untuk memastikan agama Islam terlaksana sepenuhnya di muka bumi ini tanpa mengira penat lelah kerana Islam memerlukan individu-individu Muslim yang sanggup berkorban pada bila-bila masa yang diperlukan.

Elakkan diri daripada menjadi penyebab gagalnya hukum Islam untuk dilaksana di bumi yang ditadbir oleh orang yang bernama Islam. Kerana sesungguhnya manusia Islam itu ada yang hanya Islam pada nama tidak pada keyakinan mereka kepada keuniversalan Islam yang mampu mentadbir, pegangan terhadap Islam yang datang daripada Allah SWT juga masih kabur, malah wujud di kalangan umat Islam hari beberapa jenis kategori Muslim yang beza antara satu sama lain.

Golongan pembela agama Allah ini sentiasa wujud dan lahir pada bila-bila masa, merekalah golongan yang meletakkan agama Islam lebih tinggi dari segala-galanya, malah lebih tinggi dan mulia daripada diri mereka sendiri. Mereka adalah golongan yang tidak takut kepada celaan, pakatan jahat manusia dan makhluk-makhluk yang ada di muka bumi ini. Hati mereka sudah sebati dengan kebesaran Allah, malah Allah adalah segala-galanya dalam hidup mereka.

Ciri ‘pembela agama Allah’

Sesungguhnya al-Quran telah menggaris-panduan kepada umat Islam beberapa ciri yang perlu ada kepada golongan pembela agama Allah, antaranya:

1. Cara untuk mendapat keberuntungan, dunia dan akhirat seperti yang Allah firmankan menerusi surah ~Ali Imran ayat 104 yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”

2. Memiliki ciri umat manusia yang terbaik, seperti dalam ayat 110 surah ~Ali Imran : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

3. Memiliki dasar-dasar pembangunan akhlak salihah seperti dalam surah ~Ali Imran ayat 114 maksudnya : “Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan mereka menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang salih.”

4. Memikul serta menjalankan tugas mulia para nabi sejak dulu, ia dijelaskan menerusi surah al-A’raf ayat 157 : “(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang umi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

5. Berusaha agar adanya sebab-sebab turunnya rahmat daripada Allah SWT, perkara ini dijelaskan Allah dalam surah at-Taubah ayat 71: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

6. Memiliki sifat seorang mukmin sejati, Allah menjelaskan dalam surah al-Hajj ayat 41: “(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan.”

7. Melaksanakan kewajipan yang diperintahkan Allah SWT tanpa sebarang keraguan dalam hati, perkara ini dijelaskan dalam surah Luqman ayat 17: “Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

Apakah wajib laku amar makruf nahi munkar?

Amar makruf nahi munkar hukumnya fardu kifayah, ertinya apabila sebahagian umat sudah menegakkannya dengan jumlah dan kekuatan yang memadai untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran maka gugurlah kewajipan sebagian umat lainnya.

Firman Allah Subhanahu Wa Taala: “Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” ~Ali Imran ayat 104

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Rabu, 26 September 2012

Misteri berlaku di kediaman Taman......

Bismillahirahmaanirahim...  Assalamualaikum wbt...

Segala puji bagi ALLAH SWT yang tidak lekang pada hati ini dan tidak pernah luput ingatan pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, untuk melalui perjalanan yang masih jauh dengan penuh ranjau serta liku liku kehidupan. Tangis, tawa, sedih, pilu adalah hiasan semata mata kerana itulah warna warni kehidupan manusia. Kelemahan manusia itu tidak dinafikan namun cara pengendalian kelemahan itu adalah terpulang pada diri yang empunya, begitu juga pada diri saya.

Di kali ini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman mengenai rawatan, bukan kerana menunjuk nunjuk atau mengenal kebolehan saya tapi hanyalah sekadar perkongsian kepada kita semua...insyaALLAH.

Bermulanya satu panggilan telefon dari seorang yang punya kediaman, dan memberitahu sering diganggu mahkluk halus atau jin. Walaubagaimanapun setelah berbual dan saya bersetuju untuk pergi ke rumah beliau.

hiasan
Melihat kehidupan keluarga ini cukup baik. Masing masing suami isteri mempunyai kerjaya dan dia juga bergelar 'ustaz' dan 'ustazah'. Dari segi zahirnya, cukuplah syarat jika dikatakan sebagai orang Islam, berserdahana. namun ujian ke atasnya dia memiliki harta dan wang ringgit.

KAEDAH RAWATAN

HARI PERTAMA

Pada jam 5:15pm saya keseorangan sampai kerumahnya. Seperti biasa mulakan borak borak kosong dan terlalu sedikit berbual mengenai rawatan. Hampir setengah jam saya duduk dalam rumahnya namun seperti tiada apa apa yang berlaku. tetapi pada jam 6:00pm ada berlaku kehilangan duit sebanyak RM10 yang berada dalam kitab YASIIN, huhuhu  sedikit cemas pada keadaan itu. Dan diberitahu kepada saya kehilangan duit sahaja sudah mencecah RM5000... (INNALILLAH....banyaknya... dalam hati) dan bukan itu sahaja, malah barang kemas seperti gelang, rantai dan cincin pun hilang, tapi yang paling seronok saya dengar tasbih pun jin kebas.

Permulaan rawatan saya cuma RUQYAH rumah tu dan semua ahli dalam rumahnya, tapi tiada apa apa berlaku. Kemudian spray seluruh dalam rumahnya. dan setelah selesai saya pulang dengan harapan Allah membantu masalah mereka. Namun bertahan sehingga 2 hari sahaja beliau menelefon semula.


HARI KEDUA ( selang 5 hari kemudian )

Pada jam 4:00pm saya keseorangan sampai kerumahnya dan kali ini berbeza sedikit kaedahnya. Saya azan 9 kali dan membacakan AL KURSI pada setiap penjuru kemudian pagar dengan bacaan YASSIN ayat 1 - 9, kemudian saya pun pulang dengan harapan Allah memakbulkan rawatan pada hari itu.

Keadaan menjadi tenang dan stabil tanpa gangguan hanya bertahan 3 hari sahaja. Beliau masih menefon lagi.


HARI KETIGA ( selang seminggu )

Saya, Ustaz Daud dan juga Pak Wahab sampai di rumah beliau pada jam 5:45pm, tapi pada kali ini saya berniat nak duduk lama sedikit kerana diberitahu setiap kali waktu Maghrib ada seperti orang ketuk pintu di belakang rumahnya.

Sehingga sebelum waktu Maghrib tiada apa apa berlaku. Semasa kami nak mendirikan solat berjemaah waktu Maghrib, saya pergi mengambil wudhuk di luar, tiba tiba terdengar ketukan pintu di belakang rumahnya, dan saya terus menghampiri tempat bunyi tersebut tetapi tiada apa apa kelihatan, dalam pada itu saya hanya sempat berdoa mudah mudahan saya dan penghuni rumah ini diberi perlindungan.

Selesai solat Maghrib saya berpakat dengan Ust Daud supaya mencari batu sungai untuk memerangkap jin tersebut atau terus pagar, kerana kaedah ini pernah saya lakukan di sebuah sekolah Agama di daerah ini berikutan ada gangguan 'orang minyak'. (tak mahu lah citer pasal tu yer...)

batu sungai yang dibacakan ayatul Quran diletakkan dipenjuru rumah

Kaedahnya saya perlukan 4 biji batu untuk menjadi tiang pagar rumah... dan dibacakan ayat ayat tertentu, supaya dengan asbab ini, keluarga berkenaan tidak lagi diganggu oleh makhluk halus. Pada mulanya saya cuba didalam rumah. Saya meletakkannya pada ruang tamu dan kemudian meletakkan duit dalam kawasan itu, dalam pada waktu yang sama saya meletakkan duit diluar kawasan itu. Ternyata duit yang berada di luar kawasan hilang...(amboi pandai betullah jin itu yer...)

Akhirnya saya buat keputusan meletakkan batu 4 biji itu di luar rumahnya iaitu pada setiap penjuru rumahnya, kemudian kami pulang dengan harapan supaya keluarga itu tidak diganggu lagi.

Setelah beberapa hari beliau telefon kembali. bertanyakan kabar dan memberitahu berita baik kerana mereka tidak diganggu lagi, tetapi cuma memberitahu jiran di hadapannya pula ingin meminta pertolongan.kerana jirannya itu menghadapi masalah yang sama, cuma anehnya selimut, bantal dan kad kredit juga hilang... ALLAHU A'LAM..

Semua yang berlaku ini adalah ketentuan dari NYA... sedar atau tidak, hanya DIA mengetahui jalan cerita dan yang membuat cerita.. kita sepatutnya muhasabah diri kerana apa pun terjadi adalah asbab kita sendiri. Adakah Allah itu zalim pada hambaNYA... itulah persoalan yang terungkai yang patut kita tanyakan pada diri kita sendiri...

BarakALLAHu fikum....

"Dijadualkan seminggu lagi dah nak kena buat pembedahan...":

Bismillahirahmaanirahim.... Assalamualaikum wbt

Segala kesyukuran kepada Maha Pencipta Alam ini dan jutaan memuji baginda Rasulullah SAW dengan segala rahmatNYA saya dapat mengisikan ruang bicara ini untuk berkongsikan pengalaman yang berlaku pada sepasang suami isteri yang telah lama menanggung derita akibat jangkitan kuman paru paru, sesak nafas dan batuk berpanjangan...

Dengan rasa rendah diri, saya yang masih faqir ingin mengulas serba sedikit pengalaman merawat kes seperti ini untuk dijadikan perkongsian dan bukanlah semata mata menunjuk nunjuk kebolehan atau kelebihan saya.

Bermulanya kedatangan suami isteri ke Pusat Rawatan saya dengan menceritakan hal peribadi mereka mengenai penyakit yang dialami sudah beberapa tahun lamanya, sehingga pada satu tahap terpaksa menjalani pembedahan  berikutan penyakitnya itu sudah semakin kritikal.

Kedua dua pasangan ini sudah dikurniakan 4 cahaya mata, dan tinggal dikawasan kota besar. Masing masing punya kerjaya, hidup seperti orang Islam dengan cukup syaratnya kerana menghabiskan waktu untuk kerja kerja amal kebajikan.

Penyakit yang dialami oleh suaminya sudah beberapa tahun lamanya. Sering berulang alik ke hospital dan juga tidak ketinggalan mendapatkan rawatan beberapa orang Ustaz untuk mengetahui apakah penyakit yang menghantui suaminya. Berikhtiar dan terus mencari tidak pernah putus asa atau jemu untuk mengubat penyakitnya, sehinggalah mereka pergi ke Pusat Rawatan saya itupun jadual untuk pembedahan paru parunya adalah lagi seminggu.

Suaminya menunjukkan gambar x-ray dan gambaran itu jelas betapa teruknya keadaan paru parunya. Terdapat tompok tompok hitam pada keseluruhan paru parunya dan itu yang dikatakan pihak hospital pakar untuk pembedahan dijalankan...

gambar hiasan
Melihat keadaan pesakit ketika itu memang seperti orang sakit, mukanya pucat dan seperti orang tidak bermaya. Keluhan seperti orang berputus asa menjadikan diri saya untuk membantunya.

KAEDAH RAWATAN

Pada mulanya saya merawat dia dengan membacakan RUQYAH asas kepada si pesakit namun tiada apa yang berlaku, kemudian dibacakan ayat ayat pembatal sihir atau serangan masih juga tiada apa yang berlaku. 

Namun pengalaman mengajar saya supaya mencuba merawat isterinya yang nampak kelihatan sihat. Saya menyuruh isterinya mengambil wudhuk untuk merawatnya. Semasa merawat isterinya ada sesuatu perkara berlaku, dan keadaan isterinya menanggis dan menjerit seperti orang 'HISTERIA'. Saya teruskan dengan bacaan serangan ke atas jin tersebut dan kemudian jin itu kata 'aku dah tak tahan dan tolong hentikan'...

Berlakulah dialog bersama jin tersebut sehingga saya dapat berdakwah dan memeluk Islam. Pada kejadian ini jin itu kata ada meletakkan sesuatu pada dadanya, dan jin itu mengambil semula barang yang diletakkan pada dada suaminya. Kaedah ini mengambil masa hampir satu jam setengah untuk diselesaikan.

Setelah itu jin ini keluar dan si isteri itu tadi rebah. Apabila sedar rupa rupanya dia tak tahupun apa yang berlaku sebentar tadi. Dalam pada itu si suami yang berpenyakit tadi rasa selesa dan dadanya seperti tiada sakit, batuknya serta merta hilang, tidak berlaku sesak nafas lagi dan jantungnya menjadi tenang.

Saya berkata pada si suaminya itu, ini merupakan jalan cerita sahaja, dan kemudian menyuruh dia dapatkan pemeriksaan dadanya di klinik ataupun hospital.

Selepas 3 hari kemudian keluarga ini muncul semula di Pusat Rawatan saya, dan menunjukkan gambar x-ray yang baru. Apabila saya melihatnya nampak satu keajaiban kerana jauh berbeza dibandingkan sebelum rawatan. Jelas dia tiada penyakit lagi. Sujud syukur dia. Namun saya menyuruh juga ke tempat hospital yang dijadualkan untuk pembedahan. Dia hanya akur bersyukur dan banyak banyak mengucapkan terima kasih pada saya. Namun saya mengingatkan pada diri saya dan juga diri dia kerana yang menjadikan semua ini adalah dari Maha Pengasih lagi Penyayang.

Sebenarnya sifat yang tersedia ada dalam jiwa saya ni memang suka tengok orang lain bergembira, maka saya akan rasa puas kerana dapat membantunya. 

Apapun bagi saya kesimpulannya ini adalah jalan cerita seperti sihir, saka atau jin yang suka pada manusia. Jika sakit carilah penawarnya, yang penting setiap penyakit itu adalah punca dari 'hati' manusia itu sendiri. Mungkin juga adalah asbab dia banyak berikhtiar ataupun berdoa pada Allah dia temui penawar dan kesembuhan.

BIIZNILLAH.....

Ahad, 23 September 2012

ALHAMDULILLAH.... program terlaksana dengan izinNYA...sambutan begitu meriah Sinar Harian...24hb September 2012.. m/s13


SEGAMAT – Orang ramai berpusu-pusu memenuhi Madrasah Ibnu Masud, di sini, semalam bagi mengikuti Program Rawatan Islam Perdana yang dianjurkan madrasah tersebut.

Pengarah program berkenaan, Firdaus Masod berkata, ini merupakan kali kedua pihak Madrasah Ibnu Masud menjadi tuan rumah bagi mengadakan program rawatan Islam tersebut.

Menurutnya, disebabkan sambutan baik daripada orang ramai pada anjuran kali pertama, ia memberi ilham untuk menganjurkan rawatan  sama buat kali kedua dan berhasrat menjadikannya program tahunan.

“Rawatan ini diberikan secara percuma kepada lebih 200 pesakit dan kebanyakannya dari Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan,” katanya.

Firdaus berkata, bagi mengelakkan pertembungan rawatan antara pesakit lelaki dan wanita, pesakit diasingkan dan setiap satu sesi dibenarkan 50 pesakit dengan empat sesi rawatan.

"Sempena program ini juga, kami menyediakan khidmat berbekam yang dikenakan bayaran sebanyak RM30," katanya.

Sementara itu, salah seorang pesakit,  Zairul Aini Zainal Abidin, 38, berkata, sejak berkahwin 13 tahun lalu saya sering batuk namun hingga kini masih tidak menemui ubat khas meskipun telah berulang alik menerima rawatan dan mengambil ubat-ubatan seperti yang disyorkan.

“Alhamdulillah setelah ikuti rawatan Islam, batuk saya berkurangan dan beransur pulih. Saya juga tetap meneruskan pemeriksaan di hospital," katanya.

23 September 2012..Rawatan Islam Perdana di Madrasah Ibnu Mas'ud, Tasek Alai, Gemereh, Segamat

sarapan dulu... para perawadan dan pembantu menikmati roti canai dan nasi lemak

muslimat Segamat dan pelajar UITM membantu untuk pendaftaran... jam 745am dah ada yang datang..

sampai licin... nak tambah lagi !!?

santai pagi tu....

cik kak...faham ker cam mana nak daftar....

produk Terapi Islam Al Barokah.... 

sesi mengangkat kanopi...baik baik jaga kaki yer...

Perawat Pak Wahab..sedang edar taq petugas

alamak cam tak cukup jer....

jam 830am sesi pendaftaran dah mula ramai...

akak akak....... nak yang mana satu bekam ker atau diruqyah

sponsor daun bidara...sedang meneliti keadaan daun

pembantu juga diberi jamuan..

pagi pun dah ada yang beli air ruqyah...

muntah kan!!!... hehehe kesian pak cik ni..

cepat cepat keluar.... !!

Pak Wahab sedang beri taklimat

huhuhu sedang bersilat dengan jin

sedang diperdengakan bacaan RUQYAH

baru mula baca dah ada yang mengamuk..

masing masing sedang menbantu keadaan mangsa

"saya tak dapat tidur lah ustaz......"

keluar keluar...!!   perawat naik angin cam jin gak...

memang murah tapi harga tidak boleh diskaun lagi yer..


ALHAMDULILLAH... program berjalan lancar dengan izinNya.. kepada pembantu petugas muslimin dan muslimat, jutaan terima kasih saya ucapkan, hanya jasa kamu semua Allah sahaja dapat membalasnya..

Program Rawatan Islam Perdana ini adalah pertama kali di Segamat... seramai 147orang yang mendaftarkan diri termasuk mereka yang perlukan rawatan bekam... Program ini bermula pada jam 830pagi dan hingga 7.00pm... sebenarnya jadual tamat pada jam 4.00pm namun ada yang masih datang dan mengharapkan rawatan, terpaksa melakukan sesi seterusnya.

dan saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Madrasah Ibnu Mas'ud kerana memberi ruang dan kemudahan kepada kami untuk beramal dan berdakwah kepada masyarakat mengenai perubatan Islam....

kami semua memohon ampun dan maaf sekiranya ada tercacat cela semasa program ini dijalankan... dan ada ramai yang tanya soalan ini kepada saya.... bila nak buat lagi...???






Khamis, 20 September 2012

Mengimbas kembali Rawatan Islam yang pernah diadakan Di Madrasah Ibnu Mas'ud....


pendaftar rawatan sedang memperdengarkan bacaan RUQYAH

Pembantu Perawat sedang menyusun para pendaftar rawatan
ruang menunggu diluar sambil dijamu makan...sponsor dari Madrasah Ibnu Mas'ud

Pembantu Perawat telah siap sedia... 

Pendaftar rawatan telah bersiap sedia

Pesakit yang kritikal dibantu oleh Pembantu Perawat
                      "dalam rawatan ini kita tidak boleh menjanjikan kesembuhan kerana prinsip rawatan adalah usaha dan ikhtiar, sedangkan yang menyembuhkan hanyalah ALLAH..."