Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Isnin, 24 Mei 2010

Pengalaman pertama menjadi seorang 'Mualij'.........

  
Sebaik sahaja selesai sembahyang fadhu Isyak di Surau Al Azim Buloh Kasap, sekitar jam 915pm sampai di rumah. Zaujah memberitahu "tadi Abg Zainal ada telefon, dia suruh pergi kerumahnya sebab ada masalah...", terdetik dalam hati Abg Zainal adalah perawat orang yang ada masalah dengan gangguan jin... sebelum pergi kerumahnya ana persiapkan diri untuk menghadapi sebarang perkara yang tidak diingini.
Sampai rumahnya ana melihat ramai tetamu. Ana ingat ada kenduri, rupanya fikiran ana meleset, sampai jer dipintu masuk rumahnya ternampak seorang gadis seperti ketakutan... melihat jer ana dia terus menyorok disebalik ibu dia... sahlah budak ni ada masalah.. "Zal budak ni liat lah.." kata kata yang terpacul dari mulut Abg Zainal, dalam hati ana berkata, alahai budak ni cukup sifat ada rupa, kesiannya..
Ana masuk dia cuba nak lari, tapi kena tahan dgn ibu dia, "Nape nak takut saya bukan apa apa pun.. ana mengajak dia duduk satu ruang kosong... dia pun mengikut kehendak ana,... pertama ana suruh ibu dia tutup auratnya.. lepas tu ana terus mulakan proses rawatan..
Ruqyah dibaca dengan agak perlahan tapi jelas.. semua dengar.. baru jer baca AL BAQARAH ayat 1-5 budak perempuan tu dah bersilat... tp masa tu bacaan diteruskan sehingga habis set rukyah. Ana cuba tanya "Dengan nama Allah... siapa kamu... dia jawab Azuan.. ibu dia terus kata "eh itukan nama tunang dia..."
Ana cuba ringkaskan cerita ana ni, sebenarnya banyak lagi kelakuan ganjil dan akrobatik menyebabkan jadi ramai penonton dan ibu bapa dia menanggis... dalam badan budak ni ada tiga jin.. nama yang diberikan, azuan, zainab dan salmah... hanya salmah ana guna teknik bakar... Alhamdulillah selepas dimandikan semuanya selesai sekitar jam 1.30pagi.
Ana ni bukanlah pandai sangat bab ni.. sbb perkara baru belajar dari pusat rawatan islam di Melaka, iaitu bersama Utz Wan Asrul ( Terapi Islam Al Fatah ).. cuma selepas jer belajar ana amalkan ayat ayat tu.. Hanya Allah sahaja yang tahu hati ana masa tu sbb.. pertama kali melakukan dan berdialog dgn jin... apa pun ana sentiasa bermohon kepadanya.. selepas peristiwa tu ramai yang dah tahu ana boleh merawat.. sehinggalah berlaku sekarang ni, kalau kita tutup telefon org datang juga kerumah... Mudah mudahan ALLAH memberi pertunjuk dan memudahkan segala urusan ana... INSYALLAH..

Rabu, 19 Mei 2010

KAKI PANCING.....

Inilah aktiviti masa lapang... suka pergi memancing tak kiralah kat mane, asalkan tempat tu ada air tp bukan seperti lopak air pulak. Lokasi memancing yang biasa pergi ialah  Laut dalam, Muara, Kelong, Sungai, Hutan, Kolam, Danau/Londang, Tasik dan banyak tempat lagi... boleh dikatakan saya ni pantang diajak. Paling suka sekali memancing di laut dalam.... perghhhhh tanya lah orang yang pernah pergi sehingga tak terkata apa...

 TAMAN NEGERI ENDAU-ROMPIN...

Lokasi kali ini memang lah banyak dugaan... dengarjer cerita dari mulut orang , masa tu jugak nak pergi sebab semua cerita tak yang tak seronok sehingga tertelan air dibuatnya.
Kami pergi berempat pada jam 7.00am iaitu sesudah Suboh dah bergerak menuju destinasi yang dicadangkan. Hanya tuhan saje yang tahu betapa tidak sabar nya kami nak sampai yang dikatakan banyak kelah atau ikan besar2. 
Kenderaan pada gambar ni bukan kenderaan kami sebenar, MAZDA 323 familia adalah pengangkutan kami pada masa tu, punyalah hebat nak masuk hutan guna kenderaan ni, dah lah tu lagi 4 inchi bodi kereta tu nak jejak ke lantai.. 
Musim pada masa tu ialah musim tengkujuh, hari hari hujan.hati kata pergi... apa lagi dah tak hirau aral melintang. Sampai pintu masuk  Taman Negeri dapat melihat keadaan jalan teruk lecak, jalan licin dan kesan lori balak yang lalu jalan tu telah menjadikan lopak lopak yang dipenuhi air... Sebenarnya kenderaan dalam gambar inilah yang membantu kami  sampai ke destinasi oleh kerana kereta kami tersangkut . Perjalanan pada masa tu ambil masa kira kira 9 jam.. fuh akhirnya sampai gak..

Amacam pemandangan dibelakang gambar ni cantik tak?.. Jika anda kaki pancing sudah tentu anda bertanya dimana tempat ni?.. lokasi pertama untuk sesi bergambar.. nak tau tak semasa kami bergambar ni ikan di asik menyambar nyambar macam memanggil kami untuk memancing...
Sebenarnya dihadapan gambar ni terdapat pemandangan yang sama.. air jernih sehingga nampak ke dasar.. ada jugak mencuba nak capai dasar guna galah tp tak jejak.
Lokasi ni adalah pilihan pertama memancing.... kalau nak tau kami dapat ikan apa  tunggu pada lembaran yang lain..

bersambung.......

Selasa, 18 Mei 2010

Membuat Pemasangan Komputer


Sewaktu mendapat kontrak membuat pemasangan pc di UITM Segamat, Johor. banyak jugalah.. sehingga ambil masa sebulan... untuk kerja tu hanya guna budak lepasan SPM jer tak tau tak per.. asalkan dia rajin dan minat nak belajar...




gambar yang menunjukkan aktiviti pemasangan dijalankan.




Sekiranya ada syarikat yang hendak memberikan kerja kerja seperti ini saya dengan berbesar hati akan menerima tawaran berkenaan.

FL TELESHOP ... syarikat macam-macam ada?



Ini lah perniagaan yang diusahakan bersama isteri (Liza), dalam kedai ni ada Lesen Niaga Telekom Malaysia, Pos Malaysia, Pos Laju, Celcom, Maxis, DiGi, Menjual komputer peribadi/Laptop, Menjual telefon bimbit & Membaiki... dan banyak lagi.. datanglah sini

Staff kami hanya 4 orang sajer..

   

Menjalankan Perniagaan bersama Ibu tercinta ( EKINN RESTORAN & KATERING )




Perniagaan bermula pada tarikh 18 Jun 2006, iaitu tarikh akhir berhenti kerja di sebuah kilang dalam daerah Segamat, Johor. Ibu atau kata lain dipanggil mak yang berasal dari Muar, Johor, mempunyai keturunan darah niaga, dengan itu secara tidak langsung saya tidak ketinggalan terjerumus dalam bidang ini.




Tebar ROTI CANAI.

Kerja yang paling suka saya buat selain dari pada masak atau buat kuih. Bermula dari umur 15 tahun hanya pandai uli tepung sebanyak 15kilo dengan menggunakan tangan sehingga umur 17 tahun, kemudian terus pandai tebar roti tetapi dengan keyakinan yang mantap. Alhamdulillah lah apabila pelanggan kata SEDAP... nak kata apa lagi.... anugerah tu.


                                                                                 
Pekerja EKINN RESTORAN & KATERING...  tp ramai lagi di belakang sana ( kat dapur )