Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Isnin, 24 Mei 2010

Pengalaman pertama menjadi seorang 'Mualij'.........

  
Sebaik sahaja selesai sembahyang fadhu Isyak di Surau Al Azim Buloh Kasap, sekitar jam 915pm sampai di rumah. Zaujah memberitahu "tadi Abg Zainal ada telefon, dia suruh pergi kerumahnya sebab ada masalah...", terdetik dalam hati Abg Zainal adalah perawat orang yang ada masalah dengan gangguan jin... sebelum pergi kerumahnya ana persiapkan diri untuk menghadapi sebarang perkara yang tidak diingini.
Sampai rumahnya ana melihat ramai tetamu. Ana ingat ada kenduri, rupanya fikiran ana meleset, sampai jer dipintu masuk rumahnya ternampak seorang gadis seperti ketakutan... melihat jer ana dia terus menyorok disebalik ibu dia... sahlah budak ni ada masalah.. "Zal budak ni liat lah.." kata kata yang terpacul dari mulut Abg Zainal, dalam hati ana berkata, alahai budak ni cukup sifat ada rupa, kesiannya..
Ana masuk dia cuba nak lari, tapi kena tahan dgn ibu dia, "Nape nak takut saya bukan apa apa pun.. ana mengajak dia duduk satu ruang kosong... dia pun mengikut kehendak ana,... pertama ana suruh ibu dia tutup auratnya.. lepas tu ana terus mulakan proses rawatan..
Ruqyah dibaca dengan agak perlahan tapi jelas.. semua dengar.. baru jer baca AL BAQARAH ayat 1-5 budak perempuan tu dah bersilat... tp masa tu bacaan diteruskan sehingga habis set rukyah. Ana cuba tanya "Dengan nama Allah... siapa kamu... dia jawab Azuan.. ibu dia terus kata "eh itukan nama tunang dia..."
Ana cuba ringkaskan cerita ana ni, sebenarnya banyak lagi kelakuan ganjil dan akrobatik menyebabkan jadi ramai penonton dan ibu bapa dia menanggis... dalam badan budak ni ada tiga jin.. nama yang diberikan, azuan, zainab dan salmah... hanya salmah ana guna teknik bakar... Alhamdulillah selepas dimandikan semuanya selesai sekitar jam 1.30pagi.
Ana ni bukanlah pandai sangat bab ni.. sbb perkara baru belajar dari pusat rawatan islam di Melaka, iaitu bersama Utz Wan Asrul ( Terapi Islam Al Fatah ).. cuma selepas jer belajar ana amalkan ayat ayat tu.. Hanya Allah sahaja yang tahu hati ana masa tu sbb.. pertama kali melakukan dan berdialog dgn jin... apa pun ana sentiasa bermohon kepadanya.. selepas peristiwa tu ramai yang dah tahu ana boleh merawat.. sehinggalah berlaku sekarang ni, kalau kita tutup telefon org datang juga kerumah... Mudah mudahan ALLAH memberi pertunjuk dan memudahkan segala urusan ana... INSYALLAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan