Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Rabu, 19 Mei 2010

KAKI PANCING.....

Inilah aktiviti masa lapang... suka pergi memancing tak kiralah kat mane, asalkan tempat tu ada air tp bukan seperti lopak air pulak. Lokasi memancing yang biasa pergi ialah  Laut dalam, Muara, Kelong, Sungai, Hutan, Kolam, Danau/Londang, Tasik dan banyak tempat lagi... boleh dikatakan saya ni pantang diajak. Paling suka sekali memancing di laut dalam.... perghhhhh tanya lah orang yang pernah pergi sehingga tak terkata apa...

 TAMAN NEGERI ENDAU-ROMPIN...

Lokasi kali ini memang lah banyak dugaan... dengarjer cerita dari mulut orang , masa tu jugak nak pergi sebab semua cerita tak yang tak seronok sehingga tertelan air dibuatnya.
Kami pergi berempat pada jam 7.00am iaitu sesudah Suboh dah bergerak menuju destinasi yang dicadangkan. Hanya tuhan saje yang tahu betapa tidak sabar nya kami nak sampai yang dikatakan banyak kelah atau ikan besar2. 
Kenderaan pada gambar ni bukan kenderaan kami sebenar, MAZDA 323 familia adalah pengangkutan kami pada masa tu, punyalah hebat nak masuk hutan guna kenderaan ni, dah lah tu lagi 4 inchi bodi kereta tu nak jejak ke lantai.. 
Musim pada masa tu ialah musim tengkujuh, hari hari hujan.hati kata pergi... apa lagi dah tak hirau aral melintang. Sampai pintu masuk  Taman Negeri dapat melihat keadaan jalan teruk lecak, jalan licin dan kesan lori balak yang lalu jalan tu telah menjadikan lopak lopak yang dipenuhi air... Sebenarnya kenderaan dalam gambar inilah yang membantu kami  sampai ke destinasi oleh kerana kereta kami tersangkut . Perjalanan pada masa tu ambil masa kira kira 9 jam.. fuh akhirnya sampai gak..

Amacam pemandangan dibelakang gambar ni cantik tak?.. Jika anda kaki pancing sudah tentu anda bertanya dimana tempat ni?.. lokasi pertama untuk sesi bergambar.. nak tau tak semasa kami bergambar ni ikan di asik menyambar nyambar macam memanggil kami untuk memancing...
Sebenarnya dihadapan gambar ni terdapat pemandangan yang sama.. air jernih sehingga nampak ke dasar.. ada jugak mencuba nak capai dasar guna galah tp tak jejak.
Lokasi ni adalah pilihan pertama memancing.... kalau nak tau kami dapat ikan apa  tunggu pada lembaran yang lain..

bersambung.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan