Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Ahad, 23 September 2012

ALHAMDULILLAH.... program terlaksana dengan izinNYA...sambutan begitu meriah Sinar Harian...24hb September 2012.. m/s13


SEGAMAT – Orang ramai berpusu-pusu memenuhi Madrasah Ibnu Masud, di sini, semalam bagi mengikuti Program Rawatan Islam Perdana yang dianjurkan madrasah tersebut.

Pengarah program berkenaan, Firdaus Masod berkata, ini merupakan kali kedua pihak Madrasah Ibnu Masud menjadi tuan rumah bagi mengadakan program rawatan Islam tersebut.

Menurutnya, disebabkan sambutan baik daripada orang ramai pada anjuran kali pertama, ia memberi ilham untuk menganjurkan rawatan  sama buat kali kedua dan berhasrat menjadikannya program tahunan.

“Rawatan ini diberikan secara percuma kepada lebih 200 pesakit dan kebanyakannya dari Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan,” katanya.

Firdaus berkata, bagi mengelakkan pertembungan rawatan antara pesakit lelaki dan wanita, pesakit diasingkan dan setiap satu sesi dibenarkan 50 pesakit dengan empat sesi rawatan.

"Sempena program ini juga, kami menyediakan khidmat berbekam yang dikenakan bayaran sebanyak RM30," katanya.

Sementara itu, salah seorang pesakit,  Zairul Aini Zainal Abidin, 38, berkata, sejak berkahwin 13 tahun lalu saya sering batuk namun hingga kini masih tidak menemui ubat khas meskipun telah berulang alik menerima rawatan dan mengambil ubat-ubatan seperti yang disyorkan.

“Alhamdulillah setelah ikuti rawatan Islam, batuk saya berkurangan dan beransur pulih. Saya juga tetap meneruskan pemeriksaan di hospital," katanya.

1 ulasan: