Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Rabu, 26 September 2012

"Dijadualkan seminggu lagi dah nak kena buat pembedahan...":

Bismillahirahmaanirahim.... Assalamualaikum wbt

Segala kesyukuran kepada Maha Pencipta Alam ini dan jutaan memuji baginda Rasulullah SAW dengan segala rahmatNYA saya dapat mengisikan ruang bicara ini untuk berkongsikan pengalaman yang berlaku pada sepasang suami isteri yang telah lama menanggung derita akibat jangkitan kuman paru paru, sesak nafas dan batuk berpanjangan...

Dengan rasa rendah diri, saya yang masih faqir ingin mengulas serba sedikit pengalaman merawat kes seperti ini untuk dijadikan perkongsian dan bukanlah semata mata menunjuk nunjuk kebolehan atau kelebihan saya.

Bermulanya kedatangan suami isteri ke Pusat Rawatan saya dengan menceritakan hal peribadi mereka mengenai penyakit yang dialami sudah beberapa tahun lamanya, sehingga pada satu tahap terpaksa menjalani pembedahan  berikutan penyakitnya itu sudah semakin kritikal.

Kedua dua pasangan ini sudah dikurniakan 4 cahaya mata, dan tinggal dikawasan kota besar. Masing masing punya kerjaya, hidup seperti orang Islam dengan cukup syaratnya kerana menghabiskan waktu untuk kerja kerja amal kebajikan.

Penyakit yang dialami oleh suaminya sudah beberapa tahun lamanya. Sering berulang alik ke hospital dan juga tidak ketinggalan mendapatkan rawatan beberapa orang Ustaz untuk mengetahui apakah penyakit yang menghantui suaminya. Berikhtiar dan terus mencari tidak pernah putus asa atau jemu untuk mengubat penyakitnya, sehinggalah mereka pergi ke Pusat Rawatan saya itupun jadual untuk pembedahan paru parunya adalah lagi seminggu.

Suaminya menunjukkan gambar x-ray dan gambaran itu jelas betapa teruknya keadaan paru parunya. Terdapat tompok tompok hitam pada keseluruhan paru parunya dan itu yang dikatakan pihak hospital pakar untuk pembedahan dijalankan...

gambar hiasan
Melihat keadaan pesakit ketika itu memang seperti orang sakit, mukanya pucat dan seperti orang tidak bermaya. Keluhan seperti orang berputus asa menjadikan diri saya untuk membantunya.

KAEDAH RAWATAN

Pada mulanya saya merawat dia dengan membacakan RUQYAH asas kepada si pesakit namun tiada apa yang berlaku, kemudian dibacakan ayat ayat pembatal sihir atau serangan masih juga tiada apa yang berlaku. 

Namun pengalaman mengajar saya supaya mencuba merawat isterinya yang nampak kelihatan sihat. Saya menyuruh isterinya mengambil wudhuk untuk merawatnya. Semasa merawat isterinya ada sesuatu perkara berlaku, dan keadaan isterinya menanggis dan menjerit seperti orang 'HISTERIA'. Saya teruskan dengan bacaan serangan ke atas jin tersebut dan kemudian jin itu kata 'aku dah tak tahan dan tolong hentikan'...

Berlakulah dialog bersama jin tersebut sehingga saya dapat berdakwah dan memeluk Islam. Pada kejadian ini jin itu kata ada meletakkan sesuatu pada dadanya, dan jin itu mengambil semula barang yang diletakkan pada dada suaminya. Kaedah ini mengambil masa hampir satu jam setengah untuk diselesaikan.

Setelah itu jin ini keluar dan si isteri itu tadi rebah. Apabila sedar rupa rupanya dia tak tahupun apa yang berlaku sebentar tadi. Dalam pada itu si suami yang berpenyakit tadi rasa selesa dan dadanya seperti tiada sakit, batuknya serta merta hilang, tidak berlaku sesak nafas lagi dan jantungnya menjadi tenang.

Saya berkata pada si suaminya itu, ini merupakan jalan cerita sahaja, dan kemudian menyuruh dia dapatkan pemeriksaan dadanya di klinik ataupun hospital.

Selepas 3 hari kemudian keluarga ini muncul semula di Pusat Rawatan saya, dan menunjukkan gambar x-ray yang baru. Apabila saya melihatnya nampak satu keajaiban kerana jauh berbeza dibandingkan sebelum rawatan. Jelas dia tiada penyakit lagi. Sujud syukur dia. Namun saya menyuruh juga ke tempat hospital yang dijadualkan untuk pembedahan. Dia hanya akur bersyukur dan banyak banyak mengucapkan terima kasih pada saya. Namun saya mengingatkan pada diri saya dan juga diri dia kerana yang menjadikan semua ini adalah dari Maha Pengasih lagi Penyayang.

Sebenarnya sifat yang tersedia ada dalam jiwa saya ni memang suka tengok orang lain bergembira, maka saya akan rasa puas kerana dapat membantunya. 

Apapun bagi saya kesimpulannya ini adalah jalan cerita seperti sihir, saka atau jin yang suka pada manusia. Jika sakit carilah penawarnya, yang penting setiap penyakit itu adalah punca dari 'hati' manusia itu sendiri. Mungkin juga adalah asbab dia banyak berikhtiar ataupun berdoa pada Allah dia temui penawar dan kesembuhan.

BIIZNILLAH.....

2 ulasan:

  1. Salam ustaz faizal..
    alhamdulillah..
    Ilham Allah berikan, pengalaman mendewasakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam ya syeh... syukur keatas limpahan rahmatNYA pada kita..yang menjadikan sesuatu dan sebaik baik perancangan kepada hambaNYA...

      teruskan usaha kita

      Padam