cintaku... |
Tergelincir Iman dan Islam?? Amat menakutkan sekiranya perkara ini berlaku pada keluarga dan masyarakat kita sekarang... ianya boleh berlaku sama ada kita tidak sedar atau disengajakan.. Marilah kita imbas semula (refresh), yang wajib diketahui perkara yang boleh membatalkan Iman. Saya mengingatkan untuk diri saya dan kepada yang memerlukan risalah ini supaya beringat apakah perkara selama ni dah betul atau kita memang tiada ilmu... atau tidak diberitahu.. atau tidak pernah dengar...
Di sini saya ambil petikan dari Mustika Hadis ( jilid Pertama - Bahagian Iman)
Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam itu terbahagi kepada 3 bahagian:
Bahagian yang Pertama :
I'tiqad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar dasar Islam, iaitu :
- I'tiqad bahawa alam ini qadim, tiada penciptanya, atau alam ini kekal selama-lamanya.
- I'tiqad bahawa pencipta alam ini baharu, atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat sifat baharu, atau pun mempunyai anak isteri, berbilang bilang atau menerima mati.
- I'tiqad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW atau I'tiqad bahawa Nabi Muhammad yang sebenar ialah yang disebutnya Muhammad yang batin bukan Muhammad yang zahir, atau orang yang i'tiqad bahawa kerasulan Nabi Muhammad SAW hanya untuk orang orang Arab sahaja, atau i'tiqad bahawa hukum-hukum Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW ialah hukum-hukum lapok yang tidak sesuai dengan keadaan zaman, atau i'tiqad mengengkari mana mana Rasul Tuhan, atau i'tiqad bahawa ada lagi Nabi dan Rasul yang lain yang diutus oleh Allah membawa syariat sesudah Nabi Muhammad SAW, khatam an-Nabiyyin
- I'tiqad bahawa tidak ada dosa dan pahala, tidak ada Syurga dan Neraka, tidak ada bangkit hidup semula sesudah mati, tiadak ada hari Qiamat dan segala perkara yang berlaku padanya.
- I'tiqad bahawa roh orang-orang yang mati berpindah pindah dari satu tubuh ke satu tubuh yang lain.
- I'tiqad agama kafir lebih baik dari agama Islam.
- Perasaan ragu-ragu terhadap mana-mana satu dari perkara-perkara yang tersebut di atas.
- Berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak, atau bercita cita hendak menjadi kafir pada masa akan datang.
Bahagian yang kedua:
Perkataan, iaitu tiap-tiap yang mencaci, menghina, merendah rendah, mengejek ngejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, Malaikat-malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, Kitab-kitab-Nya, Ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya yang diterangkan oleh Rasul-Nya.
Dan juga perkataan yang menolak, menafi, dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama menthabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.
Misalnya seperti katanya mengenai mana mana hukum Islam :
- "Hukum apa ini?"
- "Hukum ini sudah lapok."
- "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan."
- "Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus."
- "Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya."
- "Minum arak kalau tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?"
- "Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung rugi apa salahnya?"
- "Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju."
- "Berkata : "Perbuatan yang demikian tidak beradap" - apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan: Menjilat sisa makanan dijarinya.
- Berkata: "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat" - apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.
- Berkata: "Si anu dah mula menyalak" - semasa ia mendengar azan berkumandang.
- Membaca ayat-ayat suci, hadi-hadis Nabi dan nama nama Tuhan dengan cara mempersendakan dan mempermain-mainkannya.
- Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, padahal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadia Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.
Bahagian yang ketiga:
Perbuatan, iaitu:
- Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan mengagungkan Allah, seperti sujud kepada makhluk walau pun tidak dengan niat untuk menghormatinya sama seperti Tuhan, atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai had sekurang kurangnya ruku' sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti Allah" kalau tidak dengan tujuan itu maka tidaklah menjadikan orang yang melakukan itu murtad, tetapi hukumannya tetap haram.
- Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.
- Melakukan mana mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah 'Azza wa Jalla.
- Meletakkan ayat ayat suci, hadis hadis Nabi, Nama nama Tuhan, Rasul rasul-Nya, Malaikat-Nya dan ilmu ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendah rendahkannya. kalau tidak dengan tujuan yang tersebut maka hukumannya tetap haram. Demikian juga haramnya menggunakan kertas kertas yang tertulis padanya ayat ayat suc, hadi hadis Nabi, dan Nama nama Allah serta ilmu agama unutk membungkus, mengesat, serta menyapu sesuatu; tetapi kalau perbuatan yang dilalukan itu dengan tujuan menghina atau mempersendakannya maka orang yang melakukannya itu menjadi murtad.
- Meninggalkan SEMBAHYANG. - orang yang meninggalkan sembahyang fardu, jika ia engkarkan wajibnya, jadilah ia kafir murtad keluar dari agama Islam, kerana mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu adalah satu perkara yang wajib di atas tiap tiap orang yang wajib di atas tiap tiap orang Islam, selama akalnya sihat.
tuntutlah ILMU kerana ianya adalah FARDU |
Dengan keterangan yang tersebut hendaklah diingatkan bahawa seseorang yang cintakkan keselamatan dirinya dan agamanya, jangan sekali kali mendekati. apa lagi melakukan, sebarang perkara hukumnya berkisar di antara jadi murtad dan berdosa besar. Semoga Allah selamatkan kita dengan taufik hidayah-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan