Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Selasa, 22 Mac 2011

Pengalaman Merawat Pesakit di SIHIR sehingga lumpuh....

hiasan
Perkongsian Perubatan kali ini, saya  nak ceritakan satu pengalaman merawat pesakit perempuan disihir sehingga tidak boleh mengerakkan anggotanya... Kisah ini bertujuan bukan niat nak menunjuk nunjuk jauh sekali bersifat riak... cuma hanya sekadar menjadi pengetahuan dalam rawatan dan bahan bacaan kepada yang lain.

Pesakit ini merupakan seorang perempuan yang solehah, merupakan pelajar menuntut ilmu di salah satu madrasah di dalam negara kita. Cita cita mendalam dan ingin menghafaz quran 30 juzuk.. Alhamdulillah hanya Allah yang menyaksikan ke atas dirinya... Malang berlaku pada akhir tahun lepas di Madrasah tersebut tiba tiba mendapati diri nya mengalami demam panas.. selepas seminggu beliau terlantar sehingga badan dan kaki tidak boleh bergerak.. kekadaan kaki seperti mengeras, jika disentuh tidak merasai apa apa langsung...

Setelah beberapa minggu di hospital, masih tidak ada keputusan doktor, apakah penyakit yang di alaminya, dan ibunya mengambil keputusan supaya berubat secara perubatan Islam. Jangka masa beliau alami lebih kurang sebulan setengah. Kemudian saya dapat panggilan untuk merawat dirumahnya. Sebenarnya saya tak suka merawat di rumah pesakit, banyak perkara yang perlu diambil kira, mungkin pengalaman perawat lain sependapat dengan saya kot?... saya lebih suka merawat di pusat rawatan.

Pada hari pertama:
Tiba dirumahnya, saya dapati pesakit terlantar di atas katil. Pada mulanya saya bertanyakan beberapa soalan mengenai simptom gangguan melalui mimpi yang dia alami. Tetapi jawabannya amat melesit sekali sebab dia kata susah nak mimpi. Seperti biasa saya akan buat air rawatan dan membacakan ayatul RUQYAH dan dicampurkan sedikit garam. Kemudian beri dia minum. Tiada kesan apa apa masa tu. Tak nampak pun simptom sakitnya diganggu oleh makhluk halus atau jin. Doa saya pada masa tu berterusan.

Keadaan fizikal tubuhnya tiada sebarang cacat celanya. semua nya ok, tetapi semasa saya aktif bergerak terlanggar katil yang dia baring, tiba tiba dia mengerang kesakitan.Pelik jugak?... Dia menunjukkan tempat dia sakit iaitu di kawasan peha kedua dua kakinya.

Teknik RUQYAH
Saya membaca RUQYAH dengan memegang kepalanya, bacaan RUQYAH ( TIAF ), sehingga habis bacaan tiada kesan apa apa pun. Pesakit seperti biasa saja, saya tanyakan sesuatu seperti sakit kepala, ada pergerakkan dalam badan, terasa bahang, kebas, sakit perut tetapi jawabannya tetap negatif... Doa masih tidak putus putus.

Teknik berdialog dengan JARI TANGAN
Kaedah ini selalunya menjadi penyelamat... (semuanya Allah yang mengerakkan)... semburan menggunakan Aroma terapi dari AKRINE pada tapak tanggannya dan dibelakang tangan, di kepala, perut,dan kaki. Bacaan Al Kursi dan Ar Rahman 33 - 36 dan kemudian menyuruh jika ada jin dalam badan berkumpul pada jari tangan kanannya... sessi dialog dengan jari sehingga saya menyuruh menulis dan akhirnya ketahui juga ada jin sihir dengan banyaknya berada dibahagian pinggang dan pehanya.  Alhamdulillah...Allah memudahkan urusan, besar kuasa mu YA ALLAH... tetapi itu baru nak tahu jer apakah simptomnya... belum apa apa lagi.

Teknik Mengambil Barang Sihir
Setelah 1 jam saya mencari apakah simptom penyakitnya baru dapat diketahui dan selepas tu saya menyuruh jin yang berada di tanggannya mengambil barang sihir yang ada pada pesakit, tetapi malangnya saya dilihatkan isyarat jari tadi TIDAK BOLEH... yang tertulis pada kertas TUKANG SIHIR TAK BAGI AMBIL... inilah masa kepayahan saya...

Teknik Dakwah
Jika terjumpa kes kes jin yang kureng ni... kebiasaannya saya akan dakwah menerusi ayat ayat dakwah... tetapi kaedah ini pun saya gagal dan saya teruskan mengasak jin itu dengan ayat ayat pembakar... ada juga tindak balas nyer tetapi sekali sekala.

Rawatan Hari kedua hingga hari kelima
RUQYAH, AIR PENAWAR, BERDIALOG, DAKWAH, dan MANDIAN LIMAU - kaedah ini tidak saya tinggalkan, tetapi pesakit tidak ada kesan apa apa.

Rawatan Hari Keenam
Saya menyuruh keluarga menyediakan AIR ZAM ZAM dan saya bacakan Surah Yassin, As Soffat dan Sod dari awal hingga akhir. tetapi kali ini jin itu terbahagi kepada dua ada yang dah masuk islam dan ada yang kafir. Saya menyuruh jin islam duduk di tanggan kanan manakala jin kafir duduk di tanggan kiri...  kadang kala jin ini bergaduh, sehingga pesakit tidak mengawal pergerakkan tangannya. Di sini jugalah jin islam tadi mengambil barang sihir yang berada di perut kaki dan di pinggang. Kelihatan pada masa tu dapat melihat pergerakkan kakinya... dan deria rasa mulai pulih. Rawatan pada masa tu saya terpaksa berada dirumahnya sehingga 8 jam.. dan sembahyang berjemaah dengannya. Rawatan air zam zam dan ambil barang sihir masih kekal untuk hari ketujuh sehingga kari kesembilan, sambil tu saya baca Surah As Soffat di kepalanya.

Pada Hari Kesembilan
Pesakit dah boleh duduk dengan izin Allah. namun saya masih teruskan bacaan RUQYAH di kepalanya, selepas tu suruh jin ambil lagi barang sihir sambil bacakan Yassin dan Surah As Soffat. Saya hanya melihat pergerakkan tangannya mengambil, mengenggam dan buang pada bahagian bahagian yang selalu pesakit mengadu sakit.

Pada Hari Kesepuluh dan Kesebelas
Hanya ziarah jer... dan bacakan RUQYAH pada AIR ZAM ZAM... kekadang berdialog dengan jari pesakit.
Pada hari kesebelas pesakit dah boleh berjalan secara perlahan seperti kita berjalan, cuma dia tak boleh berlari... dan pada hari tu juga kepayahan berdialog dgn jin yang ada di jarinya... Mungkin dah keluar habis kot?? Wallahualam.... Biiznillah... 

Pesakit ini merupakan yang pengalaman ketiga saya merawat mangsa disihir sehingga lumpuh... Mudah mudahan Allah permudahakan segala usaha kita semua.... Insyallah.

3 ulasan:

  1. Terima kasih diatas perkongsiannya.

    BalasPadam
  2. ayah saya mengalami msalah yang sama seperti cerita diatas dan masih belum jumpa org yg mampu untuk mengubatinya.macam mana saya hendak berjumpa dengan ustaz yang telah mengubati pesakit di atas.. email saya pijooy@yahoo.com.my
    no tel : 0122437246

    BalasPadam
  3. Saya nk jumpa ustaz,Saya juga sakit yg sama

    BalasPadam