Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Rabu, 23 Mac 2011

GEMPAR!!!.......... Jin Pahlawan tiba tiba muncul semasa merawat di PUSAT RAWATAN..


Dari Aisyah ra katanya: Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan: “Pemandangan tidak sampai kepada-Nya”. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan: “Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah”. (Muslim)

Sesungguhnya segala yang sabit wujudnya di alam maya (ghaib) ini adalah lebih luas daripada apa yang dapat dicapai dengan pancaindera mahupun peralatan canggih ciptaan manusia. Demikian fahaman akal manusia yang pendek dan terbatas. Dengan itu ternyata bahawa sebarang usaha untuk mengetahui perkara-perkara yang ghaib dengan jalan akal yang tenaganya terhad dengan batasan-batasan hidup di bumi ini semata-mata, adalah suatu usaha yang sia-sia, yang sudah tentu akan menemui kegagalan.

Akal fikiran yang dikurniakan Allah kepada manusia sebenarnya ialah untuk menjalankan tugas mengatur kehidupan dalam alam ini dengan cara memerhati, mengkaji dan mengambil kesimpulan untuk mencapai kemakmuran hidup di dunia dan akhirat, bukan digunakan pada perkara-perkara yang tidak dapat dikuasainya yang akhirnya menyebabkan berlakunya kesesatan.

Mukadimah di atas adalah renungan untuk kita semua... dengan ini berhati hatilah berhadapan, ataupun berhampiran dengan manusia yang selalu suka cakap perkara ghaib... seperti contoh satu kisah kami, ikuti kisah ini...
 
Pengalaman berentap dengan jin pahlawan.

hiasan
Kebiasaan sebelum merawat sesi pendaftaran pada jam 530pm. Kelihatan ramai pesakit yang mendaftar, yang datang dari sekitar daerah Segamat, Muar dan Muadzam Shah. Saya dan Ustaz Amli masih lagi duduk dalam satu bilik sambil berkumat kamit dimulut kami membaca Tahsin. Kira kira jam 6.15pm selesai sesi pendaftaran dan borang dibawa kepada saya. Selalunya saya menyemak simptom pesakit ni, dari borang yang diisi kita dah tahu apakah gangguan mereka. Borang ada 15 bermakna ada 15 orang yang perlu dirawat. Rupa rupanya ramai yang datang menghantar jer, bukan unutk dirawat. Seperti biasa, saya terus menyuruh pembantu membuat persediaan untuk mengatur semua pesakit.

Sesi RUQYAH
Di Pusat Rawatan AKRINE SEGAMAT sesi RUQYAH kami berjadual iaitu sesi pertama jam 6.00pm, sesi kedua jam 7.45pm, sesi ketiga jam 9.15pm... berhenti unutk solat berjemaah Maghrib dan Isyak... kami disini mengalakkan pesakit bersembahyang berjemaah.. kerana sembahyang jemaah inilah salah satu penawar penyakit yang mereka sering diganggu.

Sebelum meruqyah kami akan sediakan minuman air penawar kepada pesakit, kadang kala selepas minum terus tumbang, ada yang terus terasuk, ada yang terus nak lari, ada yang rasa "air tak sedap", "air pahit", "air longkang" dan macam macam lagi... kebiasaan RUQYAH ni saya yang membaca, jadi saya yang akan memastikan semuanya dah siap... semasa nak mulakan bacaan tiba tiba ada seorang budak lelaki tiba tiba menjerit.. dan pengsan. Dia bukanlah pesakit masa tu, cuma dia datang bawa berubat untuk mak ayah dia. 

hiasan

Jin Bersilat.
Budak yang pengsan tadi bangun semula dengan mengayakan silat harimau. "Aku harimau berantai  berasal dari Sumatera, aku dihantar dari Labis, datang sini untuk menuntut bela ke atas kematian ketua ku yang kamu bunuh!! "( suara gharau - budak berusia 15 tahun ).... Wah dah jadi lain pulak ( kata dalam hati saya...Astaghfirullah... la haw la wala qu wata illa billa... ).. saya terpaksa menyuruh pesakit bangun dan duduk pada satu tempat untuk memberi ruang pada saya dan Ustaz Amli berhadapan dengan jin ini. Kalau diperhatikan silatnyer memang kemas itu dari mulut orang yang biasa bersilat, sebab saya tak pandai bersilat.

Menyerang Jin Dengan Teknik Baling, Pancung, dan Sembelih.
Kami terus berdialog dengan cara baik, dakwah tak tinggal, tetapi jin itu masih berdegil, Saya terus menyerang dengan teknik membaling : ayat - "WA QADIM NA ILA MA'AMILU MIN AMALIN FAJA'AL NA ABA'AM MANSURO", ada juga ayat surah ikhlas, (jin terlentang dan rebah semasa kena baring tetapi bangun lagi).. Teknik pancung pertama dilakukan oleh Ustaz Amli - ayatnya surah ikhlas dan Al Hasyr.. ( jin itu rebah)... dalam pada itu keluar pula jin helang sebab dia silat seperti helang... saya terus baling dan terus sembelih (sebelum sembelih diazankan ditelinganya)... budak itu rebah semula... kemudian bangun lagi.. dan bersilat lagi seperti berkungfu... 

Ustaz Amli terus memegang di tengkuknya dan saya terus sembelih gunakan ayat Al Haysr... sehingga jin keempat, tetapi jin kelima dah mengigil tak nak bersilat, kami terus dakwah dan jin itu tak nak ganggu lagi... semasa berdialog dengan jin kelima.. "ramai lagi pendekar menunggu untuk bertarung, sambil beratur, tetapi ramai dah lari kerana melihat jin yang berpangkat abang abang dah tumbang..kami dihantar untuk membalas dendam kerana jin kesayangannya telah kamu bunuh".... wallahualam... 

Saya hanya mendengar tetapi dalam pemikiran kami adakah dugaan ini untuk kami?? Semuanya milik Allah... alhamdulillah selesai berentap pada jam 720pm dan selepas maghrib baru kami mulakan RUQYAH sesi pertama....

Selesai rawatan pada hari itu saya dan Ustaz Amli bermuzakarah, dan kami kena berhati hati selepas ini, kerana dah ada musuh, jadi kena pagarlah guna kawat besi...

4 ulasan:

  1. masya Allah...banyak betul gangguan dan dugaan kita sebagai perawat... Alhamdulillah enta ada group yang mantap doh tue syeh faizal...moga beroleh pertolongan Allah sokmo k...

    BalasPadam
  2. aik ada jugak gambar ana dalam team di sg buaya yer [baju melayu kuning tue hehehehe]

    BalasPadam
  3. insyallah.. selagi betawakal pada Allah, mudah mudahan kita diberkati dengan segala rahmat-Nya..

    BalasPadam
  4. Semoga team Akrine Segamat sentiasa dapat keberkatan ALLAH.

    BalasPadam