Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Rabu, 23 Mac 2011

GEMPAR!!!.......... Jin Pahlawan tiba tiba muncul semasa merawat di PUSAT RAWATAN..


Dari Aisyah ra katanya: Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan: “Pemandangan tidak sampai kepada-Nya”. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan: “Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah”. (Muslim)

Sesungguhnya segala yang sabit wujudnya di alam maya (ghaib) ini adalah lebih luas daripada apa yang dapat dicapai dengan pancaindera mahupun peralatan canggih ciptaan manusia. Demikian fahaman akal manusia yang pendek dan terbatas. Dengan itu ternyata bahawa sebarang usaha untuk mengetahui perkara-perkara yang ghaib dengan jalan akal yang tenaganya terhad dengan batasan-batasan hidup di bumi ini semata-mata, adalah suatu usaha yang sia-sia, yang sudah tentu akan menemui kegagalan.

Akal fikiran yang dikurniakan Allah kepada manusia sebenarnya ialah untuk menjalankan tugas mengatur kehidupan dalam alam ini dengan cara memerhati, mengkaji dan mengambil kesimpulan untuk mencapai kemakmuran hidup di dunia dan akhirat, bukan digunakan pada perkara-perkara yang tidak dapat dikuasainya yang akhirnya menyebabkan berlakunya kesesatan.

Mukadimah di atas adalah renungan untuk kita semua... dengan ini berhati hatilah berhadapan, ataupun berhampiran dengan manusia yang selalu suka cakap perkara ghaib... seperti contoh satu kisah kami, ikuti kisah ini...
 
Pengalaman berentap dengan jin pahlawan.

hiasan
Kebiasaan sebelum merawat sesi pendaftaran pada jam 530pm. Kelihatan ramai pesakit yang mendaftar, yang datang dari sekitar daerah Segamat, Muar dan Muadzam Shah. Saya dan Ustaz Amli masih lagi duduk dalam satu bilik sambil berkumat kamit dimulut kami membaca Tahsin. Kira kira jam 6.15pm selesai sesi pendaftaran dan borang dibawa kepada saya. Selalunya saya menyemak simptom pesakit ni, dari borang yang diisi kita dah tahu apakah gangguan mereka. Borang ada 15 bermakna ada 15 orang yang perlu dirawat. Rupa rupanya ramai yang datang menghantar jer, bukan unutk dirawat. Seperti biasa, saya terus menyuruh pembantu membuat persediaan untuk mengatur semua pesakit.

Sesi RUQYAH
Di Pusat Rawatan AKRINE SEGAMAT sesi RUQYAH kami berjadual iaitu sesi pertama jam 6.00pm, sesi kedua jam 7.45pm, sesi ketiga jam 9.15pm... berhenti unutk solat berjemaah Maghrib dan Isyak... kami disini mengalakkan pesakit bersembahyang berjemaah.. kerana sembahyang jemaah inilah salah satu penawar penyakit yang mereka sering diganggu.

Sebelum meruqyah kami akan sediakan minuman air penawar kepada pesakit, kadang kala selepas minum terus tumbang, ada yang terus terasuk, ada yang terus nak lari, ada yang rasa "air tak sedap", "air pahit", "air longkang" dan macam macam lagi... kebiasaan RUQYAH ni saya yang membaca, jadi saya yang akan memastikan semuanya dah siap... semasa nak mulakan bacaan tiba tiba ada seorang budak lelaki tiba tiba menjerit.. dan pengsan. Dia bukanlah pesakit masa tu, cuma dia datang bawa berubat untuk mak ayah dia. 

hiasan

Jin Bersilat.
Budak yang pengsan tadi bangun semula dengan mengayakan silat harimau. "Aku harimau berantai  berasal dari Sumatera, aku dihantar dari Labis, datang sini untuk menuntut bela ke atas kematian ketua ku yang kamu bunuh!! "( suara gharau - budak berusia 15 tahun ).... Wah dah jadi lain pulak ( kata dalam hati saya...Astaghfirullah... la haw la wala qu wata illa billa... ).. saya terpaksa menyuruh pesakit bangun dan duduk pada satu tempat untuk memberi ruang pada saya dan Ustaz Amli berhadapan dengan jin ini. Kalau diperhatikan silatnyer memang kemas itu dari mulut orang yang biasa bersilat, sebab saya tak pandai bersilat.

Menyerang Jin Dengan Teknik Baling, Pancung, dan Sembelih.
Kami terus berdialog dengan cara baik, dakwah tak tinggal, tetapi jin itu masih berdegil, Saya terus menyerang dengan teknik membaling : ayat - "WA QADIM NA ILA MA'AMILU MIN AMALIN FAJA'AL NA ABA'AM MANSURO", ada juga ayat surah ikhlas, (jin terlentang dan rebah semasa kena baring tetapi bangun lagi).. Teknik pancung pertama dilakukan oleh Ustaz Amli - ayatnya surah ikhlas dan Al Hasyr.. ( jin itu rebah)... dalam pada itu keluar pula jin helang sebab dia silat seperti helang... saya terus baling dan terus sembelih (sebelum sembelih diazankan ditelinganya)... budak itu rebah semula... kemudian bangun lagi.. dan bersilat lagi seperti berkungfu... 

Ustaz Amli terus memegang di tengkuknya dan saya terus sembelih gunakan ayat Al Haysr... sehingga jin keempat, tetapi jin kelima dah mengigil tak nak bersilat, kami terus dakwah dan jin itu tak nak ganggu lagi... semasa berdialog dengan jin kelima.. "ramai lagi pendekar menunggu untuk bertarung, sambil beratur, tetapi ramai dah lari kerana melihat jin yang berpangkat abang abang dah tumbang..kami dihantar untuk membalas dendam kerana jin kesayangannya telah kamu bunuh".... wallahualam... 

Saya hanya mendengar tetapi dalam pemikiran kami adakah dugaan ini untuk kami?? Semuanya milik Allah... alhamdulillah selesai berentap pada jam 720pm dan selepas maghrib baru kami mulakan RUQYAH sesi pertama....

Selesai rawatan pada hari itu saya dan Ustaz Amli bermuzakarah, dan kami kena berhati hati selepas ini, kerana dah ada musuh, jadi kena pagarlah guna kawat besi...

Selasa, 22 Mac 2011

Pengalaman Merawat Pesakit di SIHIR sehingga lumpuh....

hiasan
Perkongsian Perubatan kali ini, saya  nak ceritakan satu pengalaman merawat pesakit perempuan disihir sehingga tidak boleh mengerakkan anggotanya... Kisah ini bertujuan bukan niat nak menunjuk nunjuk jauh sekali bersifat riak... cuma hanya sekadar menjadi pengetahuan dalam rawatan dan bahan bacaan kepada yang lain.

Pesakit ini merupakan seorang perempuan yang solehah, merupakan pelajar menuntut ilmu di salah satu madrasah di dalam negara kita. Cita cita mendalam dan ingin menghafaz quran 30 juzuk.. Alhamdulillah hanya Allah yang menyaksikan ke atas dirinya... Malang berlaku pada akhir tahun lepas di Madrasah tersebut tiba tiba mendapati diri nya mengalami demam panas.. selepas seminggu beliau terlantar sehingga badan dan kaki tidak boleh bergerak.. kekadaan kaki seperti mengeras, jika disentuh tidak merasai apa apa langsung...

Setelah beberapa minggu di hospital, masih tidak ada keputusan doktor, apakah penyakit yang di alaminya, dan ibunya mengambil keputusan supaya berubat secara perubatan Islam. Jangka masa beliau alami lebih kurang sebulan setengah. Kemudian saya dapat panggilan untuk merawat dirumahnya. Sebenarnya saya tak suka merawat di rumah pesakit, banyak perkara yang perlu diambil kira, mungkin pengalaman perawat lain sependapat dengan saya kot?... saya lebih suka merawat di pusat rawatan.

Pada hari pertama:
Tiba dirumahnya, saya dapati pesakit terlantar di atas katil. Pada mulanya saya bertanyakan beberapa soalan mengenai simptom gangguan melalui mimpi yang dia alami. Tetapi jawabannya amat melesit sekali sebab dia kata susah nak mimpi. Seperti biasa saya akan buat air rawatan dan membacakan ayatul RUQYAH dan dicampurkan sedikit garam. Kemudian beri dia minum. Tiada kesan apa apa masa tu. Tak nampak pun simptom sakitnya diganggu oleh makhluk halus atau jin. Doa saya pada masa tu berterusan.

Keadaan fizikal tubuhnya tiada sebarang cacat celanya. semua nya ok, tetapi semasa saya aktif bergerak terlanggar katil yang dia baring, tiba tiba dia mengerang kesakitan.Pelik jugak?... Dia menunjukkan tempat dia sakit iaitu di kawasan peha kedua dua kakinya.

Teknik RUQYAH
Saya membaca RUQYAH dengan memegang kepalanya, bacaan RUQYAH ( TIAF ), sehingga habis bacaan tiada kesan apa apa pun. Pesakit seperti biasa saja, saya tanyakan sesuatu seperti sakit kepala, ada pergerakkan dalam badan, terasa bahang, kebas, sakit perut tetapi jawabannya tetap negatif... Doa masih tidak putus putus.

Teknik berdialog dengan JARI TANGAN
Kaedah ini selalunya menjadi penyelamat... (semuanya Allah yang mengerakkan)... semburan menggunakan Aroma terapi dari AKRINE pada tapak tanggannya dan dibelakang tangan, di kepala, perut,dan kaki. Bacaan Al Kursi dan Ar Rahman 33 - 36 dan kemudian menyuruh jika ada jin dalam badan berkumpul pada jari tangan kanannya... sessi dialog dengan jari sehingga saya menyuruh menulis dan akhirnya ketahui juga ada jin sihir dengan banyaknya berada dibahagian pinggang dan pehanya.  Alhamdulillah...Allah memudahkan urusan, besar kuasa mu YA ALLAH... tetapi itu baru nak tahu jer apakah simptomnya... belum apa apa lagi.

Teknik Mengambil Barang Sihir
Setelah 1 jam saya mencari apakah simptom penyakitnya baru dapat diketahui dan selepas tu saya menyuruh jin yang berada di tanggannya mengambil barang sihir yang ada pada pesakit, tetapi malangnya saya dilihatkan isyarat jari tadi TIDAK BOLEH... yang tertulis pada kertas TUKANG SIHIR TAK BAGI AMBIL... inilah masa kepayahan saya...

Teknik Dakwah
Jika terjumpa kes kes jin yang kureng ni... kebiasaannya saya akan dakwah menerusi ayat ayat dakwah... tetapi kaedah ini pun saya gagal dan saya teruskan mengasak jin itu dengan ayat ayat pembakar... ada juga tindak balas nyer tetapi sekali sekala.

Rawatan Hari kedua hingga hari kelima
RUQYAH, AIR PENAWAR, BERDIALOG, DAKWAH, dan MANDIAN LIMAU - kaedah ini tidak saya tinggalkan, tetapi pesakit tidak ada kesan apa apa.

Rawatan Hari Keenam
Saya menyuruh keluarga menyediakan AIR ZAM ZAM dan saya bacakan Surah Yassin, As Soffat dan Sod dari awal hingga akhir. tetapi kali ini jin itu terbahagi kepada dua ada yang dah masuk islam dan ada yang kafir. Saya menyuruh jin islam duduk di tanggan kanan manakala jin kafir duduk di tanggan kiri...  kadang kala jin ini bergaduh, sehingga pesakit tidak mengawal pergerakkan tangannya. Di sini jugalah jin islam tadi mengambil barang sihir yang berada di perut kaki dan di pinggang. Kelihatan pada masa tu dapat melihat pergerakkan kakinya... dan deria rasa mulai pulih. Rawatan pada masa tu saya terpaksa berada dirumahnya sehingga 8 jam.. dan sembahyang berjemaah dengannya. Rawatan air zam zam dan ambil barang sihir masih kekal untuk hari ketujuh sehingga kari kesembilan, sambil tu saya baca Surah As Soffat di kepalanya.

Pada Hari Kesembilan
Pesakit dah boleh duduk dengan izin Allah. namun saya masih teruskan bacaan RUQYAH di kepalanya, selepas tu suruh jin ambil lagi barang sihir sambil bacakan Yassin dan Surah As Soffat. Saya hanya melihat pergerakkan tangannya mengambil, mengenggam dan buang pada bahagian bahagian yang selalu pesakit mengadu sakit.

Pada Hari Kesepuluh dan Kesebelas
Hanya ziarah jer... dan bacakan RUQYAH pada AIR ZAM ZAM... kekadang berdialog dengan jari pesakit.
Pada hari kesebelas pesakit dah boleh berjalan secara perlahan seperti kita berjalan, cuma dia tak boleh berlari... dan pada hari tu juga kepayahan berdialog dgn jin yang ada di jarinya... Mungkin dah keluar habis kot?? Wallahualam.... Biiznillah... 

Pesakit ini merupakan yang pengalaman ketiga saya merawat mangsa disihir sehingga lumpuh... Mudah mudahan Allah permudahakan segala usaha kita semua.... Insyallah.

AQIDAH : Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam..

cintaku...
 Tergelincir Iman dan Islam?? Amat menakutkan sekiranya perkara ini berlaku pada keluarga dan masyarakat kita sekarang... ianya boleh berlaku sama ada kita tidak sedar atau disengajakan.. Marilah kita imbas semula (refresh), yang wajib diketahui perkara yang boleh membatalkan Iman. Saya mengingatkan untuk diri saya dan kepada yang memerlukan risalah ini supaya beringat apakah perkara selama ni dah betul atau kita memang tiada ilmu... atau tidak diberitahu.. atau tidak pernah dengar...

 Di sini saya ambil petikan dari Mustika Hadis ( jilid Pertama - Bahagian Iman)

Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam itu terbahagi kepada 3 bahagian:

Bahagian  yang Pertama :
I'tiqad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar dasar Islam, iaitu :
  1. I'tiqad bahawa alam ini qadim, tiada penciptanya, atau alam ini kekal selama-lamanya.
  2. I'tiqad bahawa pencipta alam ini baharu, atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat sifat baharu, atau pun mempunyai anak isteri, berbilang bilang atau menerima mati.
  3. I'tiqad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW atau I'tiqad bahawa Nabi Muhammad yang sebenar ialah yang disebutnya Muhammad yang batin bukan Muhammad yang zahir, atau orang yang i'tiqad bahawa kerasulan Nabi Muhammad SAW hanya untuk orang orang Arab sahaja, atau i'tiqad bahawa hukum-hukum Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW ialah hukum-hukum lapok yang tidak sesuai dengan keadaan zaman, atau i'tiqad mengengkari mana mana Rasul Tuhan, atau i'tiqad bahawa ada lagi Nabi dan Rasul yang lain yang diutus oleh Allah membawa syariat sesudah Nabi Muhammad SAW, khatam an-Nabiyyin
  4. I'tiqad bahawa tidak ada dosa dan pahala, tidak ada Syurga dan Neraka, tidak  ada bangkit hidup semula sesudah mati, tiadak ada hari Qiamat dan segala perkara yang berlaku padanya.
  5. I'tiqad bahawa roh orang-orang yang mati berpindah pindah dari satu tubuh ke satu tubuh yang lain.
  6. I'tiqad agama kafir lebih baik dari agama Islam.
  7. Perasaan ragu-ragu terhadap mana-mana satu dari perkara-perkara yang tersebut di atas.
  8. Berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak, atau bercita cita hendak menjadi kafir pada masa akan datang.
Bahagian yang kedua:
Perkataan, iaitu tiap-tiap yang mencaci, menghina, merendah rendah, mengejek ngejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, Malaikat-malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, Kitab-kitab-Nya, Ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya yang diterangkan oleh Rasul-Nya.
Dan juga perkataan yang menolak, menafi, dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama menthabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana mana hukum Islam :
  1. "Hukum apa ini?"
  2. "Hukum ini sudah lapok."
  3. "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan."
  4. "Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus."
  5. "Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya."
  6. "Minum arak kalau tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?"
  7. "Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung rugi apa salahnya?"
  8. "Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju."
  9. "Berkata : "Perbuatan yang demikian tidak beradap" - apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan: Menjilat sisa makanan dijarinya.
  10. Berkata: "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat" - apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.
  11. Berkata: "Si anu dah mula menyalak" - semasa ia mendengar azan berkumandang.
  12. Membaca ayat-ayat suci, hadi-hadis Nabi dan nama nama Tuhan dengan cara mempersendakan dan mempermain-mainkannya.
  13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, padahal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadia Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.
Bahagian yang ketiga:

Perbuatan, iaitu:
  1. Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan mengagungkan Allah, seperti sujud kepada makhluk walau pun tidak dengan niat untuk menghormatinya sama seperti Tuhan, atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai had sekurang kurangnya ruku' sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti Allah" kalau tidak dengan tujuan itu maka tidaklah menjadikan orang yang melakukan itu murtad, tetapi hukumannya tetap haram.
  2. Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.
  3. Melakukan mana mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah 'Azza wa Jalla.
  4. Meletakkan ayat ayat suci, hadis hadis Nabi, Nama nama Tuhan, Rasul rasul-Nya, Malaikat-Nya dan ilmu ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendah rendahkannya. kalau tidak dengan tujuan yang tersebut maka hukumannya tetap haram. Demikian juga haramnya menggunakan kertas kertas yang tertulis padanya ayat ayat suc, hadi hadis Nabi, dan Nama nama Allah serta ilmu agama unutk membungkus, mengesat, serta menyapu sesuatu; tetapi kalau perbuatan yang dilalukan itu dengan tujuan menghina atau mempersendakannya maka orang yang melakukannya itu menjadi murtad.
  5. Meninggalkan SEMBAHYANG. - orang yang meninggalkan sembahyang fardu, jika ia engkarkan wajibnya, jadilah ia kafir murtad keluar dari agama Islam, kerana mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu adalah satu perkara yang wajib di atas tiap tiap orang yang wajib di atas tiap tiap orang Islam, selama akalnya sihat.
tuntutlah ILMU kerana ianya adalah FARDU

Dengan keterangan yang tersebut hendaklah diingatkan bahawa seseorang yang cintakkan keselamatan dirinya dan agamanya, jangan sekali kali mendekati. apa lagi melakukan, sebarang perkara hukumnya berkisar di antara jadi murtad dan berdosa besar. Semoga Allah selamatkan kita dengan taufik hidayah-Nya.

Khamis, 17 Mac 2011

HAK seorang MUSLIM terhadap Muslim yang lain.

ALLAHU AKHBAR
Rasulullah SAW telah bersabda :
"Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain enam perkara, Para sahabat bertanya: Apakah dia wahai Rasulullah? Jawab Nabi: Jika anda menemuinya, hendaklah memberi salam, jika ia mengundangmu, hendaklah memenuhi undangannya. Jika ia meminta nasihat, hendaklah menasihatinya. Jika ia bersin serta menguap Alhamdulillah, hendaklah mendoakannya. Jika ia sakit hendaklah melawatnya. Jika ia mati, hendaklah turut hantar jenazahnya ke kubur."

Di antara hak-hak yang dituntut melakukan antara seorang Muslim denga Muslim yang lain ialah memperbanyakkan nasihat mengenai hal keagamaan, membantu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa kepada Allah Ta'ala, serta mengajak untuk berbuat ketaatan terhadap perintah perintah Tuhan seru sekalian alam.

Di antara hak hak yang terpenting lagi ialah :
  1. Menutup keaibannya.
  2. Meringankan kesusahannya.
  3. Membantunya dalam segala perkara penting dan perlu.
  4. Memenuhi segala hajat dan keperluan.
  5. Menghapuskan duka nestapanya.
  6. Membelanya jika teraniaya.
  7. Menolongnya jika lemah.
  8. Menghormati yang tua.
  9. Meringankan beban hidupnya.
  10. Berbelas kasihan terhadap yang kecil.
  11. Tiada menyusahkan seorang muslim yang lain, tiada mensia siakanya, atau menghinanya, atau memandangnya rendah.
  12. Tiada mencaci seorang Muslim, atau mengejek ngejeknya.
  13. Tiada menipu seorang Muslim yang lain.
  14. Tiada mendengki seorang Muslim, atau memendam perasaan dendam terhadapnya, atau menyangka sesuatu yang tidak baik terhadapnya.
  15. Hendaklah mengambil berat terhadap urusan kaum Muslimin, merasa gembira ketika mereka senang, dan bermuram durja ketika mereka sedang dalam kesusahan.
  16. Hendaklah mengharapkan sesuatu yang baik bagi mereka, sebagaimana ia mengharapkan bagi diri sendiri dan membenci sesuatu yang tidak baik bagi mereka, sebagaimana ia membencinya untuk diri sendiri.
Sabda Rasulullah SAW:
"tiada sempurna iman seseorang kamu, sehingga ia mencintai saudaranya, sebagaimana ia mencintai diri sendiri"

Sabdanya lagi
"seorang Muslim terhadap Muslim yang lain, laksana sebuah binaan, yang setengahnya mengukuhkan setengah yang lain"

Sabdanya lagi
"barangsiapa tiada mengambil berat terhadap urusan kaum Muslimin, maka dia bukanlah dari golongan mereka sendiri"

Sabdanya lagi
"bukan dari golongan kami, siapa yang tiada berbelas kasihan terhadap yang kecil dan menghormati yang tua di antara kami"

Sabdanya lagi
"siapa yang menipu kami maka dai bukanlah dari golongan kami"

Sabdanya lagi
"bantulah saudaramu apabila ia menjadi orang yang mneganiaya atau orang yang teraniaya. Seorang sahabat bertanya: Kita memang membantunya jika ia menjadi orang yang teraniaya, tetapi bagaimana pula boleh kita membantunya, jika ia menjadi orang yang menganiaya"? Jawab Nabi SAW :  Kita melarangnya dari menganiaya orang lain itulah bererti kita membantunya."

Sabdanya lagi
"janganlah kamu dengki mendengki, jangan bersaingan dalam tawar menawar (sedang kamu tiada hajat untuk membeli), jangan bermusuh musuhan dan jangan seseorang kamu menambah harga ke atas sesuatu barang yang telah dibeli oleh setengah kamu, dan jadilah kamu sekalian hamba hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak boleh menganiaya atau merendahkan kedudukannya, menghinanya, atau mendustakannya. Taqwa berada di sini, sambil baginda mengisyaratkan ke dadanya ( disebutkannya tiga kali). Memadailah seorang manusia itu dikira telah berbuat jahat dengan menghina seorang saudaranya yang Muslim. Setiap Muslim terhadap Muslim yang lain, haram darahnya dan hartanya dan kehormatan dirinya."

Sabdanya lagi
"barangsiapa melepaskan seorang Muslim suatu kesusahan dari kesusahan kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskannya suatu kesusahan dari kesusahan kesusahan Hari Kiamat. Barangsiapa yang meringankan suatu kesempitan seorang, niscaya Allah akan meringankan kesempitannya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutup (keaiban) seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup ( keaibannya) di dunia dan di akhirat. allah sentiasa bersedia unutk membantu hambaNya, selama hamba itu sentiasa bersedia untuk membantu saudarnya."

Sabdanya lagi
"barangsiapa sentiasa mengambil berat tentang keperluan saudaranya, niscaya Allah sentiasa mengambil berat terhadap keperluanya."

Allah sajalah yang menunjukkan yang HAK (benar) dan Dialah yang menunjukkan jalan yang lurus.

(dipetik dari KITAB An-Nashaaih Ad Diniyah Wal-Washaaya Al-Imaaniyah)

Jumaat, 11 Mac 2011

salah satu simptom SIHIR PEMISAH...

Pusat Rawatan Akrine Segamat dikunjungi sepasang suami isteri...
gambar hiasan

"Akak bawa suami ni.. dia dah 6 bulan sakit.. tengok lah dah kurus kering dah... kenapa yer Ustaz?"... kata si isteri untuk suaminya supaya dirawat... "Akak isi borang ni dulu... lepas tu saya akan rawat dia... insyallah yer" balas saya..

Melihat keadaan suaminyer seperti orang tak normal.. maksud saya kepala dan badan ok.. tp tak kena pada tangan dan kaki kerana tinggal tulang jer.. paling teruk suaminya mati pucuk...."Ya Allah apa dah jadi pada orang ni." kata hati saya.. Selalunyer saya suka scan melihat pada borang yang diisi... itu cara saya lah sebab simptom gangguan sihir mempunyai alamat mimpi yang sama (pengalaman)... melihat keadaan isterinya seperti tiada sakit apa, sihat tubuh badan, makan minum takde masalah, buat kerja pun ok... Mereka ni orang berniaga kedai makan... tapi ada masalah tersembunyi yang kita tak tahu...

Saya melihat borang mereka... suaminyer tiada simptom pun cuma si isteri tadi selalu mimpi banjir, lemas dalam air, mimpi banyak ular, mimpi hutan dan semak samun... dan banyak lebam lebam pada bahagian peha dan tangan... insyallah kat situ jer kita dapat mengetahui apakah sakit mereka...(pengalaman)..

Sesi RUQYAH....
Saya panggil kedua duanya untuk diruqyah... tp alasan isterinya "eh! saya tak sakit Ustaz..." , "takperlah akak duduk sahaja kat situ dan dengar jer apa yang saya baca... ayat quran jer".. jawab saya, Saya terus bagi air rawatan dan mereka minum... pada masa tu si isteri terasa sesak nafas.. dan pening kepala... "Ustaz.. saya nak muntah lah..." masa yang sama pembantu saya sudah sediakan beg plastik... tapi tak muntah pun.. sajer jer tu... seperti biasa saya baca ayat pembuka "ya ayuhan nafsul mutma'innah.. ( akhir ayat ) tiba jer ayat albaqarah 102 tiba2 si isteri mengamuk.. jadi kecoh kejap... agaknya jin ajak berlawan kot... yelah saya ni berserah pada Allah, hanya baca je masa tu...

Jin Mengamuk

bacaan ayat ayat sihir saya ulang sehingga 3x.. semakinlah dia mengamuk.. tp kali ni saya dipukul.. sebenarnya taknak lah bersikap ganas sebab penat merawat yang kena jenis ni... "Ya Allah bantu lah hamba mu ini"... tanpa berlengah lagi saya bacakan surah Al Ikhlas dan hembus di tapak tangan yang pertama saya lontarkan dibahgian kepala yang dua lagi saya baling ke arah perut... akak yang terasuk tadi muntah... "MasyAllah, Allah Maha Besar".... dia rebah dan tersandar pada dinding.. nafasnya termengah mengah.. namun saya teruskan bacaan As Soffat 1-10, Ar Rahman, Al Hasyr 21 - 24, Al Jin 1 -9 dan 3 Qul... pada masa tu dia tutup telinga jer... saya teruskan teknik setelah berdialog jin itu dihantar oleh tukang sihir...

Teknik Mengambil Barang Sihir..
Dakwah adalah perkara paling penting dalam rawatan, setelah mengislamkan jin sihir tadi, menyuruh jin mengambil barang sihir menggunakan tangan pesakit, jadi nampaklah tangan si isteri akan bergerak dengan sendirinya...si isteri akan menghabiskan barang sihir dulu.... kemudia saya memanggil suaminya duduk dihadapan isterinya... tangan si isteri tadi akan mengambil barang sihir pada bahagian2 tertentu dan yang paling dasyat di tempat alat sulit suaminya....

Mengeluarkan jin dalam badan...
Lebih kurang 2 jam saya merawat, jin tu kata barang sihir dah habis dia ambil.. namun saya dakwah supaya tidak mengikut telunjuk tukang sihir... Allah ciptakan dunia ni sungguh luas, bukan tempat tinggal kamu dalam badan manusia... akur jin tu tadi... sebenarnya bukan seekor tapi 3... apabila proses ikrar jin tadi selesai saya mengazankan pesakit tadi untuk membantu mengeluarkan jin tersebut...

Tidak ada niat apa pun untuk menceritakan hal ini... melainkan hanya berkongsi pengalaman dalam rawatan, bagi saya dalam kaedah rawatan sekiranya kita dapat puncanya... salah satu cara ianya akan memudahkan rawatan.. INSYALLAH.. bertawakal penuh pada Allah dan mesti ada kesungguhan untuk merawat pesakit...

RAWATAN PERDANA SIRI 2...


MASJID SULTAN ISMAIL TANJUNG AGAS MUAR, JOHOR 





kenangan RAWATAN PERDANA SIRI 1
merawat santau
syeikh mus buat lawak
taklimat sebelum serang jin
pendaftaran siapa cepat dia dapat dirawat
pesakit sedang di RUQYAH
jin kena dakwah
jin dipaksa keluar
kena tunggu giliran




kumpulan pertama selesai dirawat
kumpulan kedua bersedia

"pakcik dah lumpuh 1 1/2 tahun...."

"Ustaz... kau bukan tak kenal pak cik... kawan baik ayah kau... pak cik ni memang nakal suka berfoya foya di sana sini... ada duit asyik ke Indonesia, pernah juga ke England, tiada kesudahan.. sekarang ni duduk je lah di atas katil buruk... isteri dah takde semuanya lari dari pak cik.., tapi dah lama sakit pak cik ni... pergi hospital tak dapat scan apa apa, doktor kata semuanya ok, pergi berubat alternatif pun tak jadi apa... duit habis dah.. ayah kau kata kau boleh ubatkan orang.. cubalah rawat pak cik ni..."... luahan dari pak cik L seperti dah putus harapan untuk hidup...

Memang pak cik L ni kawan baik ayah, namun syukur alhamdulillah ayah tak ikut jejak langkahnyer.. manusia ni jika diuji dengan sedikit kekayaan akhirnya menjadi lupa. Pak cik L memang saudagar pasir sungai.. siapa tak kenal dia... jika nak pasir leh jumpa dia... habis dia korek sungai sana sini, pernah juga dia cerita bagaimana dia nak dapatkan projek tu... namun biarlah saya rahsiakan.. sebab banyak yang lara dari yang lurus.

RAWATAN HARI PERTAMA


jam 9.30mlm saya berada dirumahnya, ternyata terlantar di katil buruk.. besinyer pun berkarat, duduk sebatang kara... dulu segak sekarang seperti orang tak makan kurus kering... alahai kesian juga melihat keadaannya..

rawatan air... pada awalnya saya meruqyah air dan campurkan sedikit garam bukit... kemudian beri dia minum, tiada reaksi apa apa pun hanya bagi minum... rasanya dia kurang minum.. saya bangunkan dia dan duduk di atas kerusi roda dia... melihat keadaan kakinya. Nampak macam tak de cacat cela tapi hairan kakinya seperti tiada tulang, seakan sehelai kain terkena angin, beralun alun...


 mengesan bisa di kaki... teknik mengesan menggunakan ayat pengerak dan bismillah 5... dari peha sampai ler ker tapak kaki... semasa menekan menggunakan ibu jari tangan kanan di tengah tapak kakinya ada berlaku satu kejutan... bisa kakinya naik sehingga ke paras bahu saya (lupa pesan tok guru tak ikut).. tiba tiba tangan saya terasa sakit seperti jarum peniti mencucuk pada semua liang roma... panik jugak masa tu... pada masa tu terus ambil serban dan kebas menggunakan kalimah BISMILLAHI MASYALLAH....alhamdulillah kebah sakit tu...

RUQYAH..... saya  teruskan teknik meruqyah pak cik L... tiada apa tindak balas, namun kesembuhan itu ana serah bulat bulat pada Allah... siap ruqyah air sekali untuk minuman rawatan. dan berpesan kepada pak cik L supaya sediakan daun bidara untuk rawatan seterusnya..

Rawatan mandian... selang beberapa hari pak cik L menelefon saya, dia kata daun tu dah ada, saya teruskan merukyah pada air mandian dan dicampurkan dengan daun bidara 7 helai. Saya berpesan esok semasa nak sembahyang subuh mandi dgn air ini... Keesokan paginyer selepas mandi dia dapat berjalan namun seperti orang tempang. Kesembuhan itu hanya pada Allah, saya bukan nak tunjuk pandai tapi sekadar berkongsi pengalaman ini... BIIZNILLAH