Rakan Taulan...

Rahmat Allah.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

Ahad, 31 Oktober 2010

"Saya sangka perkara tu biasa je...." ( kisah pesakit yang terkena Sihir Pemisah )



Assalamualaikum

Kisah kali ini adalah mengenai gejala sihir. Pada zaman sekarang sihir berlaku semakin menjadi jadi, tp alhamdulillah serentak daripada itupun perawat islam lahir pun bertambah tambah... terima kasih banyak banyak kepada semua tok guru, atau guru guru yang telah berkongsikan ilmuNya untuk mengetahui cara perawatan dalam islam.. hanya Allah yang membalas jasa mereka.

Ini juga berlaku kepada pasangan suami isteri yang datang dari Batu Pahat, Johor.Sebenarnya kedatangan mereka bertujuan untuk rawatan ibu mereka kerana ada gangguan saka, dan akhirnya dapat dikeluarkan pada hari yang sama. Mereka menyaksikan semasa rawatan dijalankan.Selepas saje rawatan isteri mengadu sakit perut semasa saya bacakan ayatul ruqyah kepada ibunya.. Jadi saya terus scan dia... aduhai masalah dia ni..bisikan hati. Saya terus bertanyakan mengenai simptom mimpi. Semuanya jawwabannya positif.. kenalah rawat juga.

Saya mulakan rawatan keatas isterinya, semasa buat bacaan, dia asyik menangis, dan terbaring.. Suaminya terus merapati dia.. tiba tiba dia bertindak ganas..dan cakap yg bukan2


Isteri : Hei S..... Dulu ko kawan dengan aku tapi kenapa ko kahwin dengan org lain?!! (suara menengking)

Suaminya tercenggang dan cuba mententeramkannya. Belum sempat cakap apapun si isteri yang kerasukan tadi memukul dan terajang suaminya, sehingga terkeluar kata kata,

Isteri : Aku benci pada ko S.... aku bunuh kau! aku bunuh kau! aku bunuh kau!..

Semakin terpingga pinggalah si suami, dan terlalu hairan. Saya terus merapati si suami dan memahamkan keadaan.

Saya : En S..... sebenarnya isteri encik sedang kerasukan, kamu disihir sudah sekian lama. mungkin sejak mula mula kahwin.

Makin berkecamuk fikiran En S...... dalam pada itu dengan spontan terus mengajukan beberapa soalan.

Saya : Ada tak sesekali En S... seperti nak marah pada isteri walaupun ianya masalah kecil?... Ada tak kekadang En S taksuka melihat isteri? Ada tak isteri En S nak marah tak tentu pasal?..

En S  : Ada mmg ada.... tp saya sangka perkara tu biasa je.. yelah kami dua dua bekerja, manalah tau dia tgh penat ke atau susah hati ker... tp saya memang tak sangka yang kami disihir.

Saya teruskan rawatan, hampir 2 jam juga nak selesaikan masalah dia... saya gunakan kaedah

1. Ruqyah
2. Mengambil Barang Sihir
3. Dakwah
4. Tarik Pindah Jin
5. Benteng Pesakit

Selesai rawatan isteri sedar semula, dia kata "apa dah jadi, berselerak tempat ni?"... rupa rupanya sedikit pun dia tidak sedar apa yang dia lakukan.... yang berselerak tu disebabkan dia mengamuk disebabkan jin sihir terlalu agresif...

Sakit kaki dan pinggang suami dah hilang, sama jugalah dengan isteri. Kemudian pasangan ini saya berikan amalan khusus.

Segala yang berlaku atas izinNya... cerita rawatan ini hanya sekadar berkongsi pengalaman dan pengajaran semata mata, bukan atau tidak sama sekali untuk menunjuk nunjuk.

Sekian.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Panggilan dari Hospital untuk merawat bayi berusia 29 hari.....



"...Assalamualaikum ustad... saya J.... dari felda K... nak minta tolong ustad, pasal anak saya, tolong ustad!.. saya tunggu lepas asar... anak saya sekarang sudah masuk ICU"....Insyallah, jawab saya.

Sebenarnya saya memang tak suka merawat di hospital, kerana disitu juga merupakan gelanggang jin... hihihi memandai je cakap. Masalahnya bila nak buat rawatan, ramai yang tengok, tu yang tak seronok, tempat terbuka.

Untuk memenuhi permintaannya En J... , saya tiba hospital besar lebih kurang jam 7.30pm, itu pun saya baru balik dari merawat... semuanya kes kecemasan. Inilah salah satu ujian menjadi perawat, jika tidak di Pusat Rawatan ada pula yang telefon kita. Semua tu adalah urusan Allah... tak gitu?

Saya disambut oleh En J di pintu masuk pelawat. Sebenar waktu melawat sudah pun tamat, tapi dapat 'green light' dari seorang doktor yang sedang merawat bayi tersebut. Sebaik saja sampai di Unit Terapi saya disambut pula oleh seorang doktor perempuan. Kami masing masing memperkenalkan diri.. tanpa berlengah lagi saya pergi melihat bayi itu. Ya Allah sedihnya melihat keadaannya... kerana dari kepala badan tangan dan kaki semuanya ada wayer. Nampak bayi tu sedang tidur. Saya difahamkan oleh doktor yang bertugas, ada perkara pelik berlaku pada budak ni... bayi ni sesak nafas, tapi kita dah scan tiada apa apa. Ustad cubalah lakukan terbaik untuk bayi ni... silakan.

Saya terus memanggil ibu dan bapa kepada bayi ni... Saya ajarkan teknik scan sendiri iaitu baca Bismillah...rahim, tarik nafas guna hidung, kemudian hembus ikut mulut.. lakukan 21 kali. Saya terus merawat bayi tersebut dengan dimulakan bacaan pembukaan aurad.. bacaan diteruskan dengan Al Fatehah, Al Baqarah 1-5, Al kursi 3X, As Sofaat 1-10, 3 Qul, tiba tiba ada pergerakkan pada bayi itu, saya teruskan bacaan dengan bismillah 5 untuk kaedah tarik apa yang ada dalam tubuh bayi itu ( bisa, racun, dan sbgnya). Mata bayi berkenaan terbuka seperti bangun tidur, ada sesuatu yang tak kena dengan bayi ni, kemudian saya kata rawatan untuk bayi ini sudah tamat... insyallah bayi ini sihat.

Kemudian saya menghadap ibu dan bapa bayi berkenaan. Saya tanya keputusan mereka, ibunya tidak boleh menghabiskan 21 kali sebab dia kata pening, bapa pula sakit kaki dan pinggang. Saya beritahu pasangan itu sebaik saja mendengar keputusan selepas scan tadi ada simptom gangguan sihir. Selepas keluar hospital nanti datanglah ke pusat rawatan. Sebenarnya masalah anak pasangan itu adalah berpunca dari gangguan jin yang ada dalam tubuh ibunya...dan sebelum saya keluar dari wad itu saya benteng bayi dan pagar ibunya supaya jin yang ada dalam tubuhnya tidak menganggu keluarga mereka...

Selepas dua hari kejadian itu, mereka keluar dari hospital... dan datang ke pusat rawatan untuk menerima rawatan selanjutnya.... untuk ringkasan cerita, pasangan ini telah disihir sejak mereka mendirikan rumahtangga lagi dan selepas 2 hari dirawat mereka pulih seperti sediakala atas izin Allah..

Semua yang berlaku adalah atas izinNya... cerita ini bukan sengaja nak menunjuk nunjuk atau riak, tetapi adalah sekadar nak berkongsi ilmu dan pengalaman dalam rawatan.

Sekian

Isnin, 4 Oktober 2010

Seorang Tahfiz pelajar dari Syria merupakan keturunan kelima Pawang termasyur di salah satu daerah di Johor bersaka ganas sehingga ada mengaku iblis...

Kisah rawatan yang saya nak kongsikan kali ini merupakan gangguan berprofil tinggi... pada mulanya saya sangka mereka sekeluarga sakit disebabkan gangguan biasa, rupa rupanya...

Setelah temujanji dibuat, mereka sekeluarga tiba di pusat rawatan tepat  pada masanya. Sebelum rawatan, Ustaz Wahab atau lebih dikenali sebagai Pak Wahab menjalankan tugasnya dengan mengisi borang dan temuduga pesakit, masa tu takdelah perkara yang di ceritakan oleh keluarga pesakit. Mereka adalah giliran ke empat pada malam tu... apabila borang itu diserahkan kepada saya, saya hanya melihat tanda tanda gangguan yang mereka catatkan, dalam pada itu dalam kepala saya takde lah terfikir, mereka ini pesakit kritikal... lalu saya memanggil mereka... yang peliknya nak dirawat cuma 2 orang tp yang datang 9 orang... tapi takpelah agaknya mereka nak lihat sendiri...

Rawatan di mulakan dengan kaedah Teknik Ikrar Pemutus dan Racun..dalam masa yang sama Ustaz Amli sedang membuat ikatan pada pesakit cara makrifat...  lepas tu saya terus membuat bacaan ayatul Ruqyah .. ayat Al Baqarah tak habis pun salah seorang bangun terus bersilat denga kemas.... mengerang seperti marah kan saya, pesakit yang bersilat terus menuju pada saya seperti hendak memukul saya tp Ustaz Amli telah menghalangnya dengan kaedah memukul guna serban... akhirnya dia terduduk tetapi masih marah... pesakit seorang lagi terasuk kemudian muntah muntah... tapi sekejap saja kerana dia kata dia boleh kawal rasukan tu, lalu saya menarik dia kebelakang oleh kerana melihat abangnya terlalu ganas, kedua dua pesakit ini merupakan adik beradik pelajar tahfiz di Syria...

Keadaan pada masa tu dah kelam kabut tapi tetap bersyukur Allah memudahkan kerja saya bersama Ustaz Amli kerana berhadapan seorang saja. Namun saya masih teruskan bacaan walaupun sekali sekala pesakit nak menyerang saya.

Selesai baca ruqyah, saya terus tanya kepada pesakit itu...

Saya  : (Baca basmallah).. siapakah kamu, dari mane kamu datang?


Pesakit  : Aku ..... ( nama cam jawa ) aku ada perjanjian dengan moyangnya, iaitu pawang.....(nama pun disebut sekali).. tugas aku membuang saka... akulah raja segala saka..

Saya  : Beramai kau dalam badan pesakit ini?

Pesakit  : Ramai! terlalu ramai!... 70,000 semuanya duduknya disini, disini, disini (sambil menunjukkan perut, dada, kaki, bahu dan di pinggang)

Saya : Kau mempunyai ketua?... aku ingin berbicara denga ketua kamu?

Pesakit : (perwatakkan nya berubah seperti org nak bersilat helang dan keluar satu suara amat garau... susah jugak nak faham apabila dia cakap).. Ha ha ha ha ha... aku ketua semua saka yang ada dalam tubuh ini... semuanya ada 70,000.. tugas aku mengawal semua saka disini... umur aku sudah menjangkau ribuan tahun... kenapa kau ganggu kami...

Ustaz Amli  : kenapa kau ganggu budak ini? Takutlah kamu dengan Allah, apa yang kamu lakukan ini adalah salah.... (sesi dakwah.. panjang gak)... adakah kamu nak keluar demi kerana Allah?

Pesakit : ( geling kepala ).. kami akan duduk dalam badan budak ini.. aku yang menjaga dia... aku punya perjanjian oleh moyangnyer... (keadaan nya pada masa tu seperti membuka langkah nak menyerang, macam org bersilat)

Saya terus membacakan ayat penunduk berulang kali dan kemudian azan... pesakit menyerang saya, namun  Ustaz Amli tahu peranannya.... Teknik Baling Jin dilakukan tetapi semakin kita baling semakin dia bersemangat nak menyerang... tiada pilihan lain melainkan saya perlu gunakan Teknik Sembelih... Lalu saya sembelih sambil baca lauanzalna ..  kedengaran berdengus seperti lembu selepas disembelih... tiba tiba keluar yang lain.. terus memberitahu nama nyer sekali...

 Pesakit : Kau bunuh ketua kami!!... aku akan membalas dendam!! (sambil menuding jari ke arah saya dan terus membuka langkah silat untuk menyerang...

 Namun pada masa itu saya masih tiada pilihan... saya sembelih juga,selepas sembelih kelihatan mengerang kesakitan... keluar lain pula, semuanya nak balas dendam kerana kematian ketua, dan yang lain lain... apa pun saya hanya bertawakal sepenuhnya kepada Allah... setelah jin yang 13 saya sembelih, keluar yang lain pula tetapi jin ini mengaku iblis.....

Pesakit : Kau tidak boleh membunuh aku kerana aku iblis... Allah telah berjanji dengan aku supaya panjangkan umur ku... ha ha ha ha ( nampak sombong )

Jin ini pun hendak menyerang saya... tetapi saya sembelih juga, namun hairan kerana jin ini tak mengerang apa apa atau berlaku seperti disembelih... sudah 4 kali saya cuba tidak berhasil...( masa tu dah tiada idea namun saya tetap bermohon pada Allah supaya teguhkan iman saya)

Tiba tiba budak tu tersedar, dia pun berkata di leher dia seperti ada besi... terasa masa tu Allah membantu dan memberi ilham ( rasa nak sujud syukur masa tu jugak ). Ustaz Amli terus menghapuskan apa yang ada pada leher dia, dia gunakan ayat penggerak.... lalu saya terus meletakkan bahan rawatan sembelih di leher lalu terus sembelih dengan membaca beberapa ayat.... terus jin itu menanggis dan berkata..."aku dah terlanjur! aku dah terlanjur!... aku tak nak mati!!... menanggis sambil marahkan Allah kerana dia akan mati sedangkan dia dah buat perjanjian dengan Allah iaitu umur dia panjang,

Saya : Sebenarnya kau bukan iblis.. tetapi jin yang terlalu sombong dan angkuh... iblis tak masuk kedalam tubuh manusia...

Melihat saje jin itu menanggis dan akhirnya pesakit terbaring...  dalam beberapa minit dia banggun dan memberitahu nama dia jin Islam.... dia kata lagi aku melihat ramai jin yang saya bunuh...wallahualam.. dalam hati saya hanya Allah yang mengetahui... aku nak keluar!! teriak jin islam itu tadi tp masa tu pesakit duduk bersila... jin islam itu kata memang terlalu ramai dalam badannyer... mereka semua nyer pahlawan pahlawan.. ada kerjanya saka penghalau buaya, saka harimau, pembunuh saka, penjaga saka, pengawal saka, ada yang tugasnya membunuh saka pawang pawang lain..... dia sebut sekali pawang pawang yang telah dibunuh.... Subahanallah... semua ahli keluarga dapat mendengar kata kata jin itu.

Ayah pesakit : Apa yang dikatakan tu betul... susur jalur kami semuanya ada saka pawang atuk moyang kami... adik yang perempuan dia pun sakit juga (sambil menunjuk kearah budak perempuan dia belajar di Mesir bahasa Arab dan Tahfiz)....

Ya Allah, Ya Allah,.... beristhifar panjang saya pada masa tu....  saya dan Ustaz Amli hanya berpandang sesama sendiri.... dalam kepala ni dok fikir apa yang aku buat ni betul ker?... masa tu banyaknya doa kepada Allah...masih terfikir lagi, budak ini tak bersalah apa apa, tapi menanggung beban yang mereka sendiri tidak mampu dan tak mahu nak hadapi...

 Adakah orang yang bertanggungjawab iaitu moyangnya mendapat dosa yang berpanjangan? tu lah yang saya asik terfikir...  setelah beberapa jin islam keluar seekor demi sekor dengan ikrar perjanjian tidak akan menganggu manusia lagi.... barulah budak ini sedar... tetapi penghuni dalam tubuhnya tidak habis lagi.. saya hanya lakukan apa yang mampu.... terasa penat juga, mane tak nyer hampir 4jam merawat dia seorang... dia kata boleh dikawal tapia dulu tidak...

 Mereka amat bersyukur walaupun mereka tahu masih ada lagi penghuni dalam badan pesakit. Namun Teknik Ikrar Pemutus dan Racun diajarkan kepada pesakit supaya lakukan tiap tiap hari...

Apa pun semua pergerakkan, ilham, hidayah, ilmu, keikhlasan semuanya datang dari Allah... semua yang berlaku semuanya atas izinnya...

Sekiranya ada kesalahan semasa saya jalankan rawatan seperti saya ceritakan di atas salah, sila tunjukkan.

Cuma saya handak memberi nasihat yang tak seberapa ni, terutama kepada penyembah penyembah jin... kembalilah  kepangkal jalan... bertaubatlah!!.... kamu tidak sakit tapi isteri, anak, cucu yang menanggung.... 

Sekian.

Rabu, 29 September 2010

Teknik Ancaman guna serban makrifatkan ular berbisa.. berkesan?? terutama jumpa kes jin ganas dan terlalu sombong

Assalamualaikum...


Rawatan kali adalah berkaitan dengan saka. Selepas saja pesakit mengisi borang atau biodata peribadi, saya terus memanggil dia masuk kedalam bilik rawatan, bersama mahramnyer.

Seperti biasa kaedah pertama rawatan saya gunakan Teknik Ikrar Racun, Selepas saja ikrar kemudian pesakit diminta minum air yang disediakan saya suruh tarik nafas panjang kemudian hembus perlahan lahan. Saya hanya senyum melihat dia, dalam hati saya pesakit ni memang kritikal, tak tahulah dari mana ilham tu tp saya hanya berpacak terus pada Allah. Sebenarnya tak sempat Ruqyah pun pesakit dah pun kerasukan.. hanya saya berkata, " Wahai jin yang berada dalam tubuh manusia jika kau tak nak panas atau terseksa dengan racun yang aku sediakan, keluar! keluar!... kemudian pesakit mengilai seperti pontianak..( macam dalam TV tu lah ).

Jin ini berlagak konon dia hebatlah kerana dia mengilai, buat muka bengis, menengking, tunjukkan gigi, tunjukan tangan seperti nak bergaduh... dalam pada itu ayat penggerak digunakan untuk makrifatkan supaya serban jadi ular yg paling bisa, tasbih pula jadi kala jengking, selepas bacaan itu saya terus campakkan kepada pesakit...  dia terus terperanjat dan seperti orang ketakutan (mengigil), Menjerit jerit minta tolong, "Tolong ambil ular ni, (sambil meraung) jauhkan aku kala jengking ni.." ...wallahualam, hanya Allah yang mengetahui segalanya..

Nampak jin ini sedang ketakutan lalu saya teruskan guna ayat penunduk diulang beberapa kali terus menanggis.. saya baca lagi dengan surah As Sofaat dan Al Hasyr, tidak boleh duduk diam. Akhirnya dapatlah saya berdialog dengan tenang... Rupa rupanya jin yang ada dalam tubuh pesakit ini, suka loyar buruk, asik buat lawak jer... saya tak bagi dia buat lawak kerana yang menyaksikan dan ingin belajar rawatan masa tu asyik nak ketawa jer....

Jin ini datang dari keturunan ayahnya...  dalam tubuh pesakit ada 3 ekor, 1 berumur 500 tahun, 2 berumur 180 tahun, 3 berumur 19 tahun.. Mereka sekeluarga.Hampir sejam dok melayan kerenah dia akhirnya saya terpaksa guna Teknik Tarik kedalam botol.

Jin 1 dan 2 dapat dikeluarkan dengan mudah, kemudian hantar ker Serambi Madinah, semasa nak tarik keluar yang terakhir sekali dia banyak berlakon, biasanyer dia nak kita kesiankan dia... tp semua tu adalah pembohongan jin... sebenarnya saya tak percaya satu pun cakapnyer melainkan kata kata ini "Aduh sakitnya"... insyallah betul...

Jin ke 3 ni nampak degil, kekadang aik nak borak jer... jadi bagi Teknik Ancaman digunakan.. dia tetap masih berdegil... Akhir sekali saya terpaksa sembelih oleh kerana dia pernah berjanji dan bersumpah dengan  nama Allah supaya dia keluar dari tubuh pesakit ini, tetapi dia masih berdegil... selepas saja Teknik sembelih dijalankan pesakit sedar sendiri... seperti terpingga pingga..

Allah yang menentukan segala galanya.... dan semua yang berlaku atas izinNya..

Khamis, 23 September 2010

Pesta Ayam.... biasalah bulan syawal sering dikatakan bulan kaya dengan makanan..


Alhamdulillah... bagi saya bulan Syawal ini adalah bulan yang dilapangkan rezeki, tempahan demi tempahan diterima setiap hari, tiba hujung minggu jadi kelam kabut, sebab order semakin banyak jadi bertambah banyaklah ayam disembelih.

Sebenarnya ilham tu datang tetiba untuk membuka proses ayam, al maklum lah tiada pengusaha orang kita (melayu) yang membuat benda ni, dengan bermodalkan RM5K dapatlah membuka sebuah pasar ayam, itupun secara kecil kecilan, bermula dari 10 ekor sehari tetapi sekarang mencecah 100 hingga 200 ekor sehari, insyallah dengan kesedaran orang islam untuk membantu orang islam sendiri angka ini akan naik.
Pasar ni pun baru je 3 bulan itupun setelah mengharungi pahit dan nyaris tutup disebabkan peniaga bangsa lain lawan harga... saya hanya bertawakal pada Allah sahaja selain tu mulut kena manis dan selalu buat bising ( panggil orang beli ).


Meskipun dalam keadaan kelam kabut, namun cara cara sembelihan kena lah buat dengan teliti, yang bagusnyer kedai saya semua pekerja ada sijil penyembelihan. Mereka hadir ke kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Segamat dan Jabatan Haiwan ( VETERINA ).

Sesiapa nak keje boleh lah hubungi saya, kerana gaji mengikut target jualan.. sekiranyer lebih dari seratus ada tambahan pada gaji pokok.. waktu keje dari jam 4pagi hingga 11 pagi.

Jadi bagi mereka di luar sana mengambil berat tentang pengurusan proses ayam ini, dan makan ayam tanpa was was, boleh menghubungi saya : 019 700 2278 faizal, beralamat A47,  Pasar Awam Buluh Kasap Segamat Johor... bagi mereka yang duduk di kawasan sekitar boleh order melalui sms dan boleh dihantar ke rumah.

Sekarang ni dok fikir, apa lagi orang kita tak buat lagi... insyallah akan diikhtiarkan mudah mudahan orang kita dapat menguasai ekonomi semula... InsyaAllah


Rabu, 22 September 2010

Ada juga jin yang terlalu penakut... pengalaman baru

kisah ni berlaku pada 19.09.2010.. iaitu satu keluarga datang dari Kuantan bertujuan untuk merawat suami kerana ada masalah dalaman.. dalaman?? itu kata isterinyer tp saya bagitau isteri dia yang ada masalah..

masa nak mulakan rawatan, seperti biasa sy akan tanyer pesakit beberapa soalan mengenai mimpi kerana mimpi ini adalah ilham dari Allah yang boleh kita tahu tanda pesakit diganggu atau tidak.

Akak pernah mimpi binatang tak?.. habis jer soalan tu dia terus tumbang (pengsan). lama gak nak sedarkan dia.. sebaik jer sedar sy tanyer lagi.. pengsan lagi... sedar jer sy cuba bg air rawatan.. masa tuang air pun dia pengsan lagi...

Lemahnyer.. "Kau berlakun yer" jerit saya... sy terus pegang kepala dan bacakan beberapa ayatul ruqyah... pesakit bingkas bangun menanggis, menjerit, tutup telingga, lari pastu pengsan semula... nak wat cam maner ni?? bisik hati..

mohon ilham dan petunjuk dari Allah, akhirnyer guna tarik serban... dan hantar ker Serambi Madinah... selepas selesai pesakit tak pengsan lagi... kata mangsa dia tak boleh dgr quran dan rasa nak lari sekuat kuat hati.. sbnrnyer dia amat takut... dalam badan pesakit ni telah didiami oleh jin saka.. jadi dia sering pengsan, selepas proses rawatan dah tak pengsan lagi

Segala yang berlaku adalah dengan izinNyer.... wallaAllahualam

Ahad, 19 September 2010

TANDA TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS atau JIN

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama
bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta
ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching,
anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau
tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat
pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua
mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan
tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang
yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu
dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh
seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti
seseorang yang mengalami mimpi buruk.

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan
kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air
panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa
sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak
akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat
marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang
tinggi.

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan
syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang
dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan
perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi
dan banyak pula ulama'
yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan
oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini
menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara
mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal
manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh,
ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang
tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam
kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah
merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu
perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan
bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan.
Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu
bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang
diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak
mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk
dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka
maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak
mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari
mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan
menjadi tempat tinggal manusia.

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki
lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia
dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis
udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari
api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata:
Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah
merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke
otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang
dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan
membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki
gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam
otaknya.
Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara
pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya
bahawa mereka berada di otak manusia.

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan
istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat
dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :- o
Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan
kosong.
3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu
pagi, petang ataupun pada waktu makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon
kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang
syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat
merangsang nafsu seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan
dangan wanita yang bukan muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di
kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan
solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu
adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Pernahkah anda mempunyai tanda2 ini?

Sejauh mana benarnya yg tanda2 ini sememangnya menandakan adanya gangguan Jin?

Ada pengalaman cerita gangguan jin yg berkaitan, sila2lah kongsikan. Saya harap, tiada yg mereka2 cerita di sini. Hanya kisah benar yg saya mahukan.

Sepasang Warga Emas menangggung derita diganggu 3 ekor Jin Bisu...

Assalamualaikum..wbt

Pertama sekali masih belum terlambat saya nak ucapkan Salam Lebaran & mohon maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan sama ada zahir dan batin terutama pengunjung blog yg tak seberapa ni... sebenarnya memang tak pandai pun nak create blog ni cuma hentam cromok jer..

Semalam (18.9.10) adalah hari kedua pusat rawatan dibuka. Darul Hikmah hanya beroperasi selang sehari, hari ni buka esok tutup dan hari lusa buka balik lebih kurang cam tu lah.

Saya amat tertarik dengan cerita warga emas ni, jadi saya nak kongsikan bersama mudah mudahan ianya boleh dijadikan ikhtibar dan buka semata mata mengaibkan sesiapa pun kerana Allah mengetahui segalanya..

Warga emas ni adalah pesakit saya yang ke 4, lebih kurang setengah jam baru dapat dirawat kerana semalam ramai pesakit kritikal, jadi mereka hanya menunggu giliran.

Sebaik sajer dipanggil, dapatlah saya lihat kepayahan si suami nak berjalan kerana guna tongkat, si isteri pula terasa sakit dada dan perut, tangan pun tak boleh angkat... Kebiasaan rawatan saya menggunakan teknik racun yang diijazahkan oleh Utz Abdul Majid (AKRINE).. selepas tu sesi RUQYAH... setelah dibaca beberapa ayat badan si isteri mengeletar, goyang nyer terlalu kuat seperti org ketakutan..

Saya cuba berdialog tapi malang nyer mereka mengaku bisu, hanya gaya angguk dan geleng kepala saja. Terdapat 3 ekor jin dalam badan si isteri. Saya masih ingat lagi soalan yang paling suka saya tanya adalah ... "Adakah sakit kaki suami nyer di sebabkan oleh kau... maka jin tadi mengangguk macam tak nak berhenti.. "Aku nak kau tarik semua bisa dan racun yang kau tinggalkan dalam kaki suami nyer kalau tidak dengan izin Allah kau akan mati disembelih" Nampak reaksi pandangan isteri hanya melihat suami jer.. yang lain lain... wallahualam...

Semasa rawatan banyak lah yang dia tak suka seperti cadangan masuk islam, dakwah dan sebagainya. Lebih malang lagi mereka tak nak keluar dari tubuh isterinyer.. Melihat kan masa dah larut malam... tanpa membuang masa teknik ancaman digunakan.

Tp kedegilan mereka terserlah, akhirnyer terpaksa guna teknik sembelih, jin pertama guna ayat Lauanzalna... kemudian sembelih, jin kedua guna azan... kemudian sembelih.. dan jin ketiga saya tak sembelih kerana nampak ketakutan.. akhirnyer dia nak keluar... saya guna teknik tarik kedalam botol... dan hantar ker SM..

Selepas jer rawatan, ada perkara yang menakjubkan yang dapat dilihat termasuk pengunjung2 si suami boleh berjalan seperti orang tak sakit... isteri pula tangan yg selami ni tak boleh diangkat... dah jadi boleh.. saya terharu pulak melihat mereka amat bersyukur... sujud syukur suaminyer..

Semua yang berlaku atas izin Allah... Uts Amli memainkan peranan sebagai penyampai sedikit tazkirah kepada mereka berkesempatan untuk mendengar..

BarakaAllahu Fik

Selasa, 7 September 2010

Kontroversi : Iklan Aidil Fitri TV3 2010 : Iklan Raya 1Malaysia...

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidil Fitri.
Konsep hari raya dalam Islam adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Aidil Fitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Saya terkejut bila melihat iklan raya TV3 kali ini, Saya dapati iklan ini seolah-olah menggabungkan identiti pelbagai agama, ada santa claus, ada bunga teratai dengan pelita api. Ini seola-olah hendak menyelitkan unsur kristian, hindu, buddha secara halus. Ini merupakan satu taktik halus untuk mempengaruhi aqidah generasi baru, dengan penonjolan kanak-kanak sebagai pelakon yang mengkhayalkan perkara ini.

Apakah motif sebenar mukasurat yang bertulisan Jawi terbalik ini?

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca berwarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok dan bintang menutupi sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan.
Bagi saya tidak sepatutnya dikaitkan ‘Aidil Fitri dengan konsep agama lain, harap pihak pengurusan TV3/Media Prima mengambil tindakan segera menarik balik siaran iklan ini.


Berikut aku sertakan hujah yang aku perolehi dari sahabat facebook yang bernama Yusrizal Usop berkaitan Iklan Promo Aidilfitri TV3 ini. Namun, entri aku ini disertakan sekali babak-babak iklan yang telah aku print screen. [Aku hanya sertakan gambar bagi setiap scene yang dibicarakan, untuk memudahkan rujukan. Ada yang berlebih-lebihan. Terutama dari segi konsep Ilmuniti dan Kristianiasi. Di ruangan komentar, ramai yang berkongsi pandangan berkaitan penerangan iklan ini. Aku tidak menyuruh kamu semua terima bulat2, ia boleh dikaji dan dikemaskini, kemudian perbetulkan apa yg tidak betul, kemaskini yang mana boleh dikemaskini, tambah yang mana boleh ditambah, juga buang yang mana boleh dibuang. Teruskan memberi komentar anda di dalam entri ini, dan jangan lupa share. Kita menanti jawapan TV3 kenapa iklan ini bisa diluluskan.]



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
b) Buku – Bible
c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran



Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.




Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.
a) Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.


Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
a) Pulau - Singapore lah.


Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah


Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).

Ahad, 1 Ogos 2010

Pergi kursus Rawatan Islam....

Gambar bersama peserta Kursus Rawatan Islam di Kuang Selangor.... Anjuran Akedemik Rawatan Islam Nur Ehsan ( AKRINE ) - Ustaz Abdul Majid

 Wakil dari Segamat.. dari kiri (berdiri ) Saya, Ustaz Abdul Latif dan Ustaz Amli..duduk Ustaz Abd Majid dan Isterinya..

 Untuk kenangan.. insyallah jika panjang umur saya nak berguru lagi... terima kasih Ustaz.. sungguh tak terkira pengorbanan yang Ustaz berikan, mudah mudahan segala urusan Ustaz,....dimudahkan oleh Allah SWT.

    

....antara Teknik Teknik yang dipelajari.... banyak lagi

Khamis, 22 Julai 2010

Yasin Fadilah

Yaasin Fadilah                                                                

Rabu, 21 Julai 2010

Panas!! Panas!! Panas!!... ampun.. ampun.. ustaz bagi saya air longkang ker?

Saya, Ustaz Amli dan Ustaz Hairul masing masing sedang leka membaca quran di Markas Pas Kawasan Segamat, sebenarnya sedang menunggu pesakit untuk rawatan kedua yang terkena sihir daripada bomoh asli. Pada rawatan pertama jin yang berada dalam tubuh pesakit amat agresif, semasa rawatan suaminya teruk dimaki hamun oleh jin berkenaan.

jam 8.10pm mereka sekeluarga sampai dan membawa bahan yang diperlukan. Pada masa tu saya hanya nak buat kan air penawar dan pembatalan sihir ( mengikut teknik Sh Wahid Abdul Salam Bali ) tetapi lain pula jadinyer.. kerana mata saya suka pula melihat pesakit semasa bacaan dibuat.. tak semena mena pesakit kerasukan.. kedudukan pesakit masa tu lebih kurang 4 depa dari saya.. apabila melihat muka dan nafas dah berubah saya terus bacakan Surah Soffat dan Lauanzalna... badan pesakit bergegar.. sesi dialog berlaku, bayk dakwah dan amaran bunuh.. Dipercayai mangsa dihuni 4 ekor jin sihir..

 Tiba tiba pesakit bertindak ganas terus menerpa saya dan membaling sebotol mineral kecil tetapi tidak mengena dan dia terkaku sedepa dari saya.. nampak badan dia bergegar..

 Amaran dari Ustaz Amli kepada jin berkenaan.. sehingga 15minit jin itu masih berdegil.. kemudian Ustaz Amli membaca ayat ayat azab.. sehingga jin berkenaan berkata.. panas! panas! panas! aku dah tak tahan lagi aku nak keluar sekarang!.... " Berapa ramai dalam tubuh org ni?".. 4!... 4!... "bagaimana kau sekarang masih nak berdegil?"... Aku nak keluar!... Aku nak keluar!... Saya terus menyampuk masa tu..."Berjanjilah dengan nama Allah kau tidak akan menganggu manusia lagi... Jika kau menganggu kau akan mati disembelih.." Ya! aku berjanji ( Proses Ikrar )...

"kau nak keluar ikut maner?"... Mulut! Mulut!.... kemudian saya  terus azan, pesakit muntah dengan banyak .. sehingga pesakit menjadi lemah.

Rawatan tamat lebih kurang pukul 1030pm. macam macam pesakit tu menuduh saya, ada yang dia tanya.."Ustaz ada pijak perut saya ke? Ada cekik saya ke?.. tadi saya terasa dipukul guna kayu bloti.. ustaz guna kayu tu ke?... sehingga air yang kita bagi pun dia kata air longkang...
 
Alhamdulillah.. dengan izin Allah, pesakit tidak menanggung derita lagi.. dan amalan pesakit dan keluarganya diberikan.. Mudah mudahan Allah memberi perlindungan kepada mereka sekeluarga..
Sekian..

Jumaat, 16 Julai 2010

Isnin, 12 Julai 2010

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

Selawat Nabi                                                                

Doa Ahmar Stroke

Doa Ahmar Stroke                                                                

Ayat ayat untuk membatal Sihir - Kaedah Ustaz As Syeikh Wahid Abd Salam Bali

Surah Al Baqarah Ayat 102 ( diulang sebanyak 7x )

 
Surah Al A'raf ayat 17-122 (diulang sebanyak 7x) kemudian yang digariskan diulang sebanyak 30x


Surah Yunus Ayat 117 - 122 (diulang sebanyak 7x) kemudian yang digariskan diulang sebanyak 70x

Surah Toha Ayat 69( diulang sebanyak 7x )
 

Selasa, 29 Jun 2010

SUARA MUALIJ.......berdepan dengan pesakit yang disihir oleh Tok Bomoh Siam...

.. masuk ni dah 2 hari merawat pesakit ni.Baru tiga hari selepas rawatan pesakit ni alami muntah muntah yang banyak sehinggakan kandungan air dalam badan berkurangan, ana suruh pergi ke klinik dulu kerana badan pesakit amat lemah. 

 Keluarga mereka sudah menelefon jam 12.30tghari, tp ana datang tepat jam 6.15pm kerana memikirkan pesakit perlu dibawa ke klinik. Sampai je rumah pesakit di sebuah Taman di dalam daerah Segamat ni, ana lihat ramai sedara mara, dan jiran jiran terdekat, al maklumlah rumah teres.. sebaik masuk jer rumah pesakit rasa sesak nafas.. bukan kerana apa pun cuma terlalu ramai nak lihat.. ana kata pada mereka " saya tidak akan merawat selagi tinggalkan hanya kami dan keluarganya, jadi mereka hanya melihat dari luar sahaja... ana ni kalau buat keje tak suka di pertontonkan sebab masalah lain akan muncul... paham paham lah jika syaitan dah mencucuk hati kita... nanti lahir pulak sifat ujub dalam hati kita..
  
 Ana pun berdepan dengan pesakit... belum buat apa apa pesakit terus mengeletar dan ketawa, tapi melihat keadaan pesakit amat lemah.. " kenapa kau datang hah!! aku kan sayang dia.. aku nak jaga dia.." kata dari mulut pesakit..

ana terus mulakan bacaan Al Fatihah, dan Lauanzalna...  gegaran badan pesakit semakin kuat.. melihat seperti kesian.. tetapi kedegilan jin tu terpaksa meneruskan bacaan. lebih kurang 15 minit ana cuba sedarkan mangsa dulu.. kemudian menyuruh pesakit pindah tempah kerana sempit.. ana suruh pesakit baring.. dan mulakan rawatan... rukyah, teknik pukul guna serban, tekan perut, picit ibu jari.. sessi berdialog...

ANA   : Dengan nama Allah.. Siapa kamu?
Jin Sihir : Tak tahu
ANA   : Apa agamamu?
Jin Sihir : Tak Tahu lah
ANA   : Buat apa ko duduk dalam tubuh org ni?
Jin Sihir : aku sayang dia, aku nak jaga dia..ko datang sini buat apa kacau aku?
ANA  : aku datang sini atas urusan Allah.. berapa lama ko duduk dalam tubuh org ni? apa ko makan dalam tubuh org ni?
Jin Sihir  : dah lama dah.. tak tahunak kira.. aku suka budak ni, aku makan sikit jer tp tiap2 hari aku makan..
( patut lah lebam lebam budak ni ).

 lebih kurang 20 minit Sesi dakwah dan tarbiah pada jin ni... tapi masih berdegil tak mahu keluar.. bagi cadangan memeluk islam pun dia berkeras tak mahu.. selepas teknik memukul dan bacaan ayat2 azab, berlaku berdialog lagi...

Jin Sihir   : dah dah cukup aku tak tahan lagi...
ANA   : Adakah ko nak keluar? Kau keje dengan ahli sihir? ( terbongkar rahsia )
 Jin Sihir  : Ya.. aku keje dgn seorang cina.. tapi duk kat siam.. dia berjanji dia akan lepaskan aku sekiranya aku masuk dalam  tubuh org ni..
ANA   : ko hanya terpedaya oleh dia jer.. ko diperbodohkan.. banyak lagi keje lain dalam dunia ni.. dunia nikan luas, ni jalan yang ko pilih.. selepas ni ko boleh mulakan hidup baru... jangan menggangu manusia lagi.. ko tak sesuai dengan tubuh manusia... ko pikir elok elok.. lebih baik ko keluar daripada ko terseksa, ( jin hanya terdiam  dan menampakkan dirinya lemah )

Masa tu jam 7.33pm dah masuk waktu maghrib.. Ustaz Amli memberi amaran pada jin tu..

Ustaz Amli  : aku bagi kau amaran, ( sambil menunjukkan serban ) ko nampak ni, selepas kami sembahyang maghrib jika  ko tak keluar kami semua disini bermohon pada Allah untuk membunuh kau..

Dengan izin Allah, jin itu tadi akur kata kata Ustaz Amli.. akhirnya dia minta dilepaskan.. dangan ikrar sebelum keluar dan bantuan Azan semasa proses jin keluar.. dan pesakit sedarkan diri tapi masih terpinga pinga.. kesiannya lihat dia.. sbb keadaan tubuh nya lebam lebam..
   
Selepas berjemaah Ustaz Amli memberikan Tazkirah ringkas dan peringatan peringatan Al Quran dan Hadis..

....tiada niat pun untuk menunjuk nunjuk.. cuma hanya sekadar berkongsi cerita, segala musibah atau apa pun semua datang dari Allah, dan dia juga yang menyembuhkan.. Allah tidak  menzalimi makhluk yang ada di permukaan bumi ni, cuma mereka sendiri menzalimi diri mereka sendiri..

 .. jumpa lagi pada sesi yang lain.. insyallah